Chapter 10

69 5 0
                                    


Pernikahan di antara Umar Faliq dan Faiha Aleeya terasa amat janggal. Masakan tidak, mereka tidak bercinta bahkan kenal juga hampir kepada tidak.

Ditambah pula rasa benci Faiha Aleeya dengan fikiran skeptikalnya tentang 'ustaz', lagilah membuatkan penyatuan ini bagaikan tiada erti.

Majlis akad nikah berjalan dengan lancar. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Faiha Aleeya sudah menjadi milik mutlak kepada Umar Faliq. Acara pembatalan air sembahyang juga telah sempurna dilakukan.

Tetamu-tetamu yang hadir tersenyum gembira kerana acara akad nikah telah selesai. Yang paling gembira adalah Hajah Danisha. Hatinya berbunga-bunga apabila mendapat permintaan dari anaknya untuk melamar sekuntum bunga.

Kini, kesemua tetamu pakat bangun dan mula memberi ruang buat sesi bergambar pengantin.

"Pengantin lelaki dekat lagi. Jangan malu-malu, dah halal kan." Usik jurugambar yang berbayar itu. Dan usikan itu mengundang tawa suka dari saudara-mara dan tetamu yang ada.

Tetapi lain halnya di pihak Faiha Aleeya. Rasa meluat dan marah yang datang. Tapi dia diamkan sahaja, malas mahu membuat kecoh di depan orang ramai. Nanti diri sendiri juga yang malu.

Tidak semena-mena, pinggangnya ditarik rapat ke tubuh Umar Faliq.

"Hey, kau ni ambil kesempatan pula. Lepaslah ustaz gatal!" Marah Faiha Aleeya dengan nada berbisik.

"Eh, saya pula yang gatal. Photographer tu yang suruh." Umar Faliq menayang muka tak bersalah.

Faiha Aleeya merengus tidak suka. Geram betul bercakap dengan manusia ini.

"Senyum."

Umar Faliq menoleh ke kiri, wajah sang isteri dipandang. Selama ini, dia tidak pernah benar-benar dapat memerhati wajah Faiha Aleeya demi menjaga sebuah kesucian. Namun kini, dengan kuasa Allah bukan saja wajah malah keseluruhan milik wanita itu sudah halal baginya untuk ditatap.

Faiha Aleeya cantik. Lebih cantik dan ayu bila wanita itu mengenakan tudung, tidak seperti kebiasaan. Meskipun tidak labuh, tapi sekurang-kurangnya tertutup. Manis di pandangan Umar Faliq.

Penat bergambar, kini harus melayan tetamu pula. Faiha Aleeya menyumpah dalam hati. Ikutkan hati, rasa mahu dibakar saja pelaminannya hari ini.

"Congrats abang." Ucap Umairah Nadia pada Umar Faliq yang berdiri di sebelahnya.

Gadis itu comel molek dan manis berpurdah. Meski Faiha Aleeya tidak dapat melihat keseluruhan wajahnya, dia dapat merasakan kejelitaan gadis itu.

"Terima kasih adik."

"Pandai abang pilih, cantik." Puji Umairah Nadia lagi.

Faiha Aleeya tidak dapat menahan senyumnya apabila dipuji sedemikian rupa. Meski dia tidak menyukai perkahwinan ini, tetap saja. Hati perempuan mana yang tidak kembang semangkuk pabila diberikan pujian.

"Welcome to the family kak." Tangan Faiha Aleeya dicapai sekilas. Dari matanya yang sedikit sepet, Faiha Aleeya pasti gadis itu sedang tersenyum dibalik kain yang menutupi.

Baiknya. Lintas Faiha Aleeya dalam hati.

Meskipun dia begini, tapi gadis itu sedikit pun tidak memberi pandangan jijik. Tetap mengalukan kehadirannya dalam keluarga mereka. Tiba-tiba rasa malu menghambat diri.

Faiha Aleeya tersenyum manis dengan keikhlasan adik iparnya.

Semua saudara-mara dan para tetamu yang hadir masing-masing mula mengundurkan diri.

Faiha Aleeya melangkah ke biliknya. Katil yang dulunya set bujang sekarang sudah bertukar kepada katil king.

Katil Haifa Alisa juga sudah dipindahkan keluar. Hati yang mula terasa kosong cuba ditepis. Dia termenung seketika.

Ah! Perkahwinan ini tak akan mengubah apa-apa. Aku akan tetap jalani hari sama macam dulu. Ustaz bajet tu tak boleh ubah hidup aku. Nekad Faiha Aleeya dalam hati.

Telunjuk TakdirWhere stories live. Discover now