Chapter 18

49 3 0
                                    


Hampir sebulan sudah dia dan Umar Faliq berkahwin. Tapi mereka masih tinggal di rumah ayahnya.

Umar Faliq ada mengusulkan untuk pindah ke rumah mereka sendiri tapi ditolak mentah-mentah oleh Faiha Aleeya. Dengan alasan takut lelaki itu mengapa-apakannya, dia berkeras mahu tinggal di rumah ini.

Untung saja Umar Faliq tidak membantah. Diikutkan saja permintaannya.

Sibuk mencari kasut tumit tinggi di dalam rak, mata Faiha Aleeya terpandang akan ayahnya dan Umar Faliq yang sedang berbual-bual di taman. Mereka kelihatan akrab sekali seperti anak beranak. Dia yang merupakan anak kandung pun tidak dapat berbual begitu. Baru beberapa minit duduk bersama, pasti ada perkara yang ditelagahkan.

"Leeya, nak ke mana?" Soal Haji Rosli apabila melihat anaknya kelihatan kemas berpakaian. Umar Faliq juga sudah berpaling menghadapnya.

"Interview kerja."

"Kerja apa? Jadi model tu ke?" Soal Haji Rosli dengan riak kurang senang. Cukup dia tak berkenan.

Haji Rosli sedia tahu anaknya itu memang minat kalau yang berkaitan dengan fesyen dan glamor. Dia tanpa sengaja terdengar perbualan antara Faiha Aleeya dan Haifa Alisa tempoh hari tentang sesi temu duga yang bakal diadakan di Kuala Lumpur.

"Saya tak izin awak keluar." Laju Umar Faliq menggunakan kuasa vetonya.

"Excuse me, who do you think you are?" Faiha Aleeya menjongket sebelah keningnya.

"Macam tu ke cara bercakap dengan suami?" Haji Rosli menegur. Tidak gemar akan kebiadapan si anak.

"Well I'm your husband if you forgot." Umar Faliq menyatakan fakta hanya untuk mendapat jelingan dari gadis itu.

Faiha Aleeya menyampah betul dengan jawapan yang keluar dari mulut lelaki acah bagus ini.

"I don't feel like it."

"Leeya!"

"Tak apa yah, biar saya cakap dengan dia." Halang Umar Faliq seraya bangun dari kerusi batu yang didudukinya sebentar tadi. Kasihan dia melihat bapa mertuanya itu. Lama-lama boleh naik darah tinggi dengan perangai Faiha Aleeya.

"Sini." Umar Faliq menarik tangan Faiha Aleeya sehingga ke dapur.

"Ish, lepaslah! Apa tarik-tarik tangan orang ni?"

"Boleh jaga mulut tak?" Tegas Umar Faliq menyoal. Wajahnya jelas mempamer keseriusan.

"Saya tanya, boleh jaga mulut tak?" Soalannya kembali diulang.

Tidak kasar, tapi tegas.

Faiha Aleeya tergamam. Tak pernah dia lihat wajah lelaki itu setegang ini. Namun kerana ego, dia tak boleh tunjukkan yang dia takut. Padahal dalam hati kecut juga melihat mata tajam itu merenungnya. Buatnya pipi dia yang mulus ini ditampar, sia-sia sahaja.

Umar Faliq meraup mukanya. Jelas bingung mahu dicakapkan bagaimana lagi. Memberi nasihat pada isterinya itu bagai mencurah air ke daun keladi. Masuk ke otak tidak, penat yang dapat.

"Leeya, dia ayah awak. Umur dia tu bukannya makin muda, tapi makin tua. Awak tak kesian ke dekat dia nak kena fikir masalah anak perempuan dia yang kepala batu ni."

Umar Faliq menghela nafas panjang sebelum kembali menyambung bicaranya.

"Tolonglah ubah perangai awak yang kebudak-budakan ni. Belajar jadi matang bila bercakap, bila buat keputusan."

"Hey, kau tak payah nak tunjuk pandailah. Kau siapa nak atur-atur hidup aku? Kau tu cuma orang luar yang tiba-tiba datang menyusahkan aku.

"Suka hati awaklah nak cakap apa, yang penting saya tak izin awak pergi interview kerja tu. Macamlah saya ni tak mampu tanggung awak. Banyak lagi kerja lain yang lagi elok dari jadi model tu."

"Kenapa dengan kerja model? Berdosa?" Tanya Faiha Aleeya. Seperti dapat mengagak apa yang akan keluar dari mulut Umar Faliq.

"Pelik saya, kenapa awak suka sangat nak tayang tubuh bagi ramai orang tengok? Tak malu ke? Tak rasa macam murah? Tak rasa macam berdosa ke?"

"Dekat mata kau, memang orang lain semua salah. Ini dosa, itu dosa. Ini haram, itu haram. Entah apa yang halal pun tak tahu." Bentak Faiha Aleeya jengkel dengan sikap Umar Faliq. Lelaki itu, semuanya berdosa dekat mata dia.

Mengucap Umar Faliq bila Faiha Aleeya mempertikai hukum tuhan. Dah kalau memang terang lagi bersuluh hukumnya haram, tak akan dia perlu menipu semata mahu menjaga hati?

"Awak tu perempuan, fitnah terbesar akhir zaman. Tak elok untuk seorang wanita terpampang wajah dan tubuh di khalayak ramai. Walau pakai jubah sekalipun, awak ingat semua mata sama ke? Bukan semua orang yang melihat, ada niat yang baik."

"Suka hati akulah nak buat apa pun, kau tak boleh halang aku."

"Siapa cakap? Saya suami, saya boleh halang awak."

"Hey pak ustaz, dengar sini eh."

"Hmm apa?" Umar Faliq buat tak tahu saja dengan jari telunjuk halus yang dituding ke dadanya.

"Kita kahwin sebab ayah je tau. Aku tahulah yang kau sebenarnya ada hati dekat kembar aku tu kan. Heleh, macamlah aku tak tahu. Huh!" Faiha Aleeya menyilang tangan ke dada.

Mahu ketawa Umar Faliq dengan sangkaan isterinya. Entah dari mana Faiha Aleeya dapat fikiran seperti itu. Tapi sengaja dia mengiakan, mahu melihat respon yang bakal diterima.

"Ha'ah, memang pun. Saya suka kembar awak tu. Sebab dia tu baik, sopan, berbudi bahasa, tak macam manusia depan saya ni. Tak ada adab, tak bertamadun. Pakai baju pun terdedah sana, terdedah sini. Kalau cantik tak apa juga."

Merah muka Faiha Aleeya mendengar bicara spontan dari mulut Umar Faliq. Berani dia kata aku tak cantik. Lelaki ni memang wujud untuk menyakitkan hati aku ke? Ergh!

"Hey! Suka hati akulah nak pakai baju macam mana pun, duit aku. Lagi satu, kalau kau suka sangat dengan kembar aku tu, apa pasal kau tak kahwin dengan dia? Apa pasal kau kahwin dengan aku?"

"Dah jodoh saya dengan perempuan gila, nak buat macam mana. Saya terima sajalah. Tak akan saya nak marah dengan perancangan Allah pula." Jawab Umar Faliq tenang, penuh selamba.

"Eeee... serabutlah aku dengan kau ni. Tepi." Ditolak tubuh lelaki itu yang jelas lebih tinggi darinya.

"Eh, eh, nak pergi mana? Naik!" Arah Umar Faliq apabila Faiha Aleeya mula ingin menapak ke luar rumah.

"Saya cakap naik, naik." Ujarnya sekali lagi dengan riak garang.

Faiha Aleeya merengus geram. Kakinya dihentak-hentak bagai anak kecil yang tidak mendapatkan apa yang dimahu.

Sakitnya hati. Dan disebabkan terlampau sakit hati, dia menangis. Tertekan dia dibuatnya kalau hari-hari menghadap si ustaz ini.

Umar Faliq tersenyum nipis. Macam-macam hal isterinya ini.

Telunjuk TakdirWhere stories live. Discover now