Chapter 14

68 3 0
                                    


Malam itu setelah makan malam, Umar Faliq menapak ke dalam bilik. Terkesima dia di muka pintu melihat Faiha Aleeya yang hanya memakai singlet dan seluar pendek. Cukup pendek yang hanya menutupi punggungnya sahaja.

Kelihatan gadis itu sedang khusyuk menyisir rambut panjangnya. Dibelai-belai dan disapukan minyak rambut.

Dia ni saja mencabar keimanan aku ke? Begitu sekali pakaiannya, siapa yang tidak tergoda. Tok siak pun boleh meleleh air liur menengoknya. Kerat jari kata tak rasa apa-apa.

"Awak memang ada baju jenis yang tak cukup kain je ke?" Selamba Umar Faliq menujah soalan pedas.

Faiha Aleeya melempar pandangan jengkel. Apa lagi masalah mamat ni. Semua tak kena dekat mata dia. Omelnya dalam hati.

"Kau ni kenapa? Apa masalah kau dengan pakaian aku? Sekarang dekat rumah kan, bukannya aku merayap ke mana-mana pun pakai macam ni." Marah Faiha Aleeya. Muak apabila soal pemakaiannya menjadi isu. Dari pagi sampai ke malam tak habis-habis.

Dia menghempas sikatnya kasar ke atas meja solek. Kakinya dibawa ke katil.

"Saya ni ustaz, bukannya malaikat. Ada nafsu juga. Baik awak pakai baju elok-elok sebelum iman saya yang nipis ni tak dapat bertahan." Kata Umar Faliq memberi amaran.

"Lagipun awak tu halal untuk saya. Kalau saya nak, saya boleh minta bila-bila masa saja dan awak tak boleh cakap tak nak. Berdosa tahu?" Keningnya dijongket sebelah.

"Tapi... ustaz yang awak benci sangat ni tak adalah kejam mana. Saya jenis tak suka memaksa. Kalau awak tak ready, saya okay je. Tapi kalau awak dah ready, lagi saya okay." Sambung Umar Faliq lagi dengan senyum nakal. Sengaja dia menguji, ingin melihat reaksi yang diterima.

Faiha Aleeya tayang muka tak percaya. Boleh tahan merenyam ustaz ni. Aku agak dah mesti dia ni berlakon je. Acah suci!

"Gatal! Yang berjubah dan berkopiah ni memang semua nafsu kuda ke? Harap je duk usung Al-quran sana sini." Kutuk Faiha Aleeya.

"Nak tahu kuda tak kuda, test lah dulu." Kata Umar Faliq dengan sengihan.

"Eeee bodoh!"

Gelak sakan Umar Faliq. Suka dapat melihat wajah geram dan marah si isteri.

"Aip, jangan guna kata kesat. Awak isteri saya, jadi saya tak suka isteri saya guna perkataan kasar."

"Peduli apa aku, kau suka ke tak suka." Kasar Faiha Aleeya membidas.

"Mestilah awak kena peduli. Setiap perbuatan awak tu berdosa tau kalau menyakiti saya. Saya suami, sekarang syurga awak bawah tapak kaki saya."

"Whatever." Faiha Aleeya menjulingkan matanya ke atas. Benci apabila soal dosa asyik diulang-ulang di mulut Umar Faliq. Menyampah betul! Macamlah kau tu tak ada dosa. Asyik-asyik nak ugut orang.


*Okay tak so far guys? Umar Faliq ni sebenarnya cute tau, dia kelakar😆 Kenalah dengan Leeya si kepala batu tu kan🌚

Telunjuk TakdirWhere stories live. Discover now