Chapter 19

44 2 0
                                    


Dari kejauhan, Ellyana sudah dapat melihat Faiha Aleeya yang termenung jauh. Mula terbit akalannya mahu mengejutkan wanita itu.

"Hoi!" Ellyana yang baru muncul, menepuk meja makan agak kuat.

"Assalamualaikum." Tegur Faiha Aleeya. Mana taknya, tiba-tiba datang 'hoi'kan orang. Tak beradab betul. Terkejut tahu. Nasib tiada sakit lemah jantung. Tergolek dekat sini nanti, baru tahu kalut minah ni.

"Wah, dah pandai bagi salam sekarang. Siapa ajar? Suami?" Gurau Ellyana dengan tawa suka. Dia kemudian melabuhkan punggung di hadapan Faiha Aleeya.

"Kau tak payah perli akulah Yana, aku tumbuk muka kau karang." Garang Faiha Aleeya memberi amaran.

Mengekek Ellyana. Terhibur dengan reaksi yang diterima. Bukan dia tak tahu, Faiha Aleeya pantang disebut tentang Umar Faliq.

"Amboi, garangnya. Haa, kenapa kau nak jumpa ni?"

"Laa, tak boleh nak jumpa dah ke sekarang?" Soal Faiha Aleeya dengan kening tinggi.

Sekali lagi, Ellyana ketawa. Entah kenapa, Faiha Aleeya makin sensitif selepas kahwin. Pantang salah cakap sedikit, semua dia salah tafsir.

"Tak adalah, kau tu ada masalah je baru cari aku." Ujar Ellyana pura-pura sedih.

Tidak mengendahkan kata-kata Ellyana, Faiha Aleeya menukar haluan topik.

"Kau ada jumpa Iman?"

"Tak adalah pula. Kenapa?"

"Aku call dia asyik masuk voicemail je. Dia kenapa eh?"

"Entahlah, dia kan memang macam tu dari dulu. Susah nak mengangkat telefon. Lagi-lagi dah kerja ni, makin sibuklah kut."

Sibuk? Tapi akaun media sosial bukan main aktif lagi. Tak akanlah berkongsi gambar boleh, tapi jawab panggilan dari kawan sendiri tak sempat? Pelik.

"Aku rasa dia macam marah akulah." Luah Faiha Aleeya.

"Kenapa pula?"

"Entah, tapi aku macam dapat rasa."

"Kau sensitif sangat kut, dia dengan aku elok je."

"Sebab dia elok dengan orang lainlah aku hairan, kenapa dengan aku dia macam nak larikan diri?"

"Apa kata kau tanya dia?" Usul Ellyana.

"Macam mana nak tanya, telefon pun tak berjawab. Nak jumpa apatah lagi. Sebab itulah aku jumpa kau ni, mana tahu dia ada cakap apa-apa. Aku risau dia ada pendam sesuatu."

"Ha'ah, ya tak ya juga. Eh entahlah, aku pun tak fahamlah masalah kau orang ni." Kalau diikutkan, Ellyana tidak gemar untuk masuk campur hal peribadi orang lain. Ya lah, bukan semua orang suka dipaksa untuk bercerita tentang masalah diri.

"Aku ni kawan dia, salah ke bercerita dan berkongsi masalah dengan kawan sendiri? Ke dia tak anggap aku ni kawan dia? Dia tak percaya aku ke?" Faiha Aleeya mula mempersoalkan persahabatan mereka.

"Err..." Ellyana kehilangan kata-kata. Tak tahu apa yang patut dibalas. Salah cakap nanti, malah makin mengeruhkan keadaan pula.

Yang seorang buat perangai, yang seorang lagi tak habis-habis mendesak. Susahnya asyik tersekat di tengah-tengah begini.

"Hmm tak apalah, nanti aku cuba tanyakan." Ujar Ellyana kasihan melihat Faiha Aleeya yang risau.

Ellyana mengeluh kecil. Ada betulnya apa yang Faiha Aleeya katakan. Sepatutnya Iman beritahu, bukannya tiba-tiba menghilangkan diri seperti budak kecil yang merajuk tak kena tempat. Kalau ada masalah, bincang. Bukannya mendiamkan diri.

Telunjuk TakdirWhere stories live. Discover now