Chapter 7

63 2 0
                                    


"Kamu ingat budak tu nak kahwin dengan kamu? Dia tu cuma nak main-main saja."

"Zikry tak macam tu lah ayah. Dan kalau ya pun kenapa? Leeya tak kisah, kenapa ayah pula yang nak bising."

"Sekarang memang tak, kamu tunggu tiga empat bulan lagi. Nak tunggu dia buat tak senonoh dekat kamu dulu ke baru nak sedar?"

Wajah Faiha Aleeya merah menahan marah. Bengang dia apabila tidak habis-habis mahu diprovok.

"Ayah rasa Zikry tu tak layak jadi suami Leeya? Habis ustaz tu layak sangatlah?"

Entah mimpi apalah ayahnya tiba-tiba mahu menjodohkannya dengan orang yang baru saja dikenali. Entah betul atau tidak mamat itu pun dia tidak tahu, main ceroboh saja buat keputusan.

Buatnya dia hanya berpura-pura baik di depan, di belakang boleh jadi kaki pukul, kaki minum, kaki perempuan dan segala macam kaki lagilah.

Haihhh, mimpi ngeri!

"Ayah ingat orang yang acah suci tu nak ke orang macam Leeya ni? Fikir logiklah ayah. Ustaz tu kalau nak cari isteri, mestilah dia nak yang macam Ifa ni. Baik, lembut, solehah, dengar kata. Dia tak akan nak dekat Leeya. Kalau kata ayah kemaruk sangat nak menantu ustaz, apa kata ayah kahwinkan saja Ifa dengan ustaz tu. Kan ke sesuai. Habis cerita. Senang."

Haifa Alisa hanya menunduk apabila namanya disebut.

"Leeya tak nak! Leeya dah cakap Leeya tak nak, jadi Leeya tak nak." Faiha Aleeya tetap dengan pendiriannya.

"Faiha Aleeya!" Tempik Haji Rosli sambil memegang dadanya yang tiba-tiba terasa sempit.

"Ayah, Leeya, sudahlah tu." Haifa Alisa memegang lengan Haji Rosli yang kelihatan seperti mahu rebah.

"Leeya dah ada pilihan hati Leeya sendiri. Terserah ayah nak cakap dan buat apa, i'm not gonna listen to you. Muktamad."

Sejurus menyatakan itu, Faiha Aleeya keluar dari rumah. Baru saja pulang, kini dia kembali pergi. Rasa menyesal kerana pulang ke tempat yang tak memberi ketenangan.

"Leeya, Leeya." Panggilan Haifa Alisa yang memanggilnya langsung tidak dia endahkan.

Rasa amarah di hati membuatkan dia memandu tanpa arah tuju. Dia hanya mahu keluar dari rumah itu. Tidak betah duduk berlama-lama di dalamnya. Rumah yang sepatutnya memberi kenyamanan, malah menjadi beban.

Dengan minda yang penuh keserabutan, nombor Zikry didail.

Telunjuk TakdirWhere stories live. Discover now