"Nasiblaaa kau ni pandai bikin nasi lemak yang macam arwah mama kau buat kan Siti.. Sedap.. Sama ja rasa ni.." Puji Aunty Misah.
"Syukur alhamdulillah Aunty.. Ni saja harapan sa.. Mau sambung belajar pun susah juga kalau tiada pendapatan. Sa ni bukan ada siapa2 lagi.. Saudara mara pun bukan dekat-dekat.. Lagipun bikin malu juga kalau minta tolong sama durang.. Durang pun ada juga keluarga mau diurus.." Ujar Siti Aminah dengan nada sedih.
"Inda apa Siti.. Aunty tau kau jenis kuat.. Sama macam arwah mama kau.. Eh.. Cuba kau tanya Uncle Husin pasal tu geran tanah arwah mama kau.. Sekali laaa sma kebun dan dusun arwah bapa kau yang dia pigi gadai tu.. Mungkin Uncle Husin tau tu.."
"Segan bah sa mau tanya aunty.."
"Astagha.. Apa pula kau segan.. Hak kau bah tu.. Kau ni kan.."
"Bah nantilah sa pigi jumpa tu si Uncle Husin.. Eh aunty, terima kasih aaa beli ni nasi lemak sa.."
"Sama-sama.. Memang aunty sengaja beli lebih.. Ada anak buah aunty datang ni hari.."
"Bah.. Sa balik dulu aaa aunty.. Ada lagi tempahan besok pagi ni untuk di sekolah sana.. Mau cari daun pisang lagi.. Beli bahan-bahan lagi.."
"Syukur alhamdulillah.. Mudah-mudahan rezekimu sentiasa melimpah ruah Siti.."
"Aamiin.. Terima kasih aunty.. Bah.. Jalan dulu aaa.."
"Hati-hati Siti.."
******
[Innalillahwainnalillahirojiun.. Baiklah.. Nanti saya hantar anak saya sebagai wakil.. Saya nak ke sana pun saya tak berapa sihat..]
[Baik Dato'.. Minta maaf sebab lambat hubungi Dato'.. Sebab saya baru dapat nombor Dato'..]
[Takpe Husin.. Emmm.. Bagaimana dengan kenduri tahlil.. Buat kat mana?]
[Ooo.. Tu orang-orang kampung sudah uruskan.. Buat di surau.. Lagipun kesian anak arwah tu.. Sudahlah tunggal..]
[Ya Allah.. Mulianya hati penduduk kampung kat sana.. Terima kasih Husin.. Oo ya tak silap saya nama dia Siti kan.. Apa khabar anak arwah tu..?]
[Sudah jadi kewajiban orang-orang kampung sini Dato'.. Siti sekarang berniaga nasi lemak.. Inda sambung belajar.. Kesian juga.. Tapi dia sendiri sudah buat keputusan macam tu..]
[Masya-Allah.. Hmm.. Macam nilah Husin, besok saya suruh anak saya ke sana.. Nak minta tolong jemput dia kat KKIA je dan carikan dia sebuah homestay untuk seminggu dua macam tu.. Sebab dah bertambah kerja dia ni ke sana..]
[Okay Dato'.. Nanti ada apa-apa lagi, call saja saya.. Assalamualaikum..]
[Waalaikumsalam..]
"Ramli.. Semoga kau dan Saleha ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Budi kamu sekeluarga akan aku kenang sampai bila-bila.. Aku akan serahkan kembali hak kamu kepada waris kamu seperti yang kamu minta dulu.. Minta maaf Ramli, aku takde masa kau dikebumikan.. Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan mereka.."
YOU ARE READING
Dia Bidadariku
RomanceHanya kerana permintaan terakhir seorang insan yang bergelar ayah, Nazmi diminta menikahi seorang gadis kampung yang tidak berpelajaran dan agak ketinggalan zaman. Siti Aminah, gadis yang sangat lemah lembut dan berwajah manis merupakan anak seoran...