"Tapi uncle, kenapa uncle bagi sa semua ni?"
"Sebab uncle tak tau dah camna lagi nak balas budi arwah orang tua Siti tu.."
"Uncle, sa rasa kalau dorang bapa sa masih ada, dorang pun inda akan ambil apa yang uncle bagi ni.."
"Siti anggap ja ni hadiah dari uncle untuk keluarga Siti.. Uncle sudah lama beli tanah tu dan uncle memang berniat nak bagi kamu sekeluarga tanda terima kasih uncle pada kamu sekeluarga.. Apa yang uncle bagi kamu ni tetap masih tak terbalas dengan apa yang orang tua kamu tolong uncle dulu.. Tolong terima ni Siti.. Jangan buat uncle tak selesa.."
"Tapi uncle.. Sa.. Sa mana tau urus tu semua nanti.." Siti Aminah berterus terang.
Dato' Tajuddin teringat kata-kata Husin jikalau gadis ini ada kekurangannya.
"Takpe.. Siti belajar perlahan-lahan sementara tunggu eco pelancongan tu siap nanti. Nanti uncle akan suruh Nazmi bagi Siti tunjuk ajar.."
Siti Aminah kelu seribu bahasa. Usulan orang tua itu terpaksa diterimanya.
"Terima kasih uncle.."
"Lagi satu, uncle kalau boleh nak Siti bagi sendiri nama untuk perusahaan tu nanti. Tak kisahlah nama apa pun.."
Siti Aminah tersenyum. Antara gembira dan gelisah.
******
"Eh, janda kau ada datang sini kelmarin.. Cari kau.." Seloroh Firdaus.
"Hani?"
"Siapa lagi?"
"Hmm.. Lain kali tak payah layan.. Buat semak je.."
"Ehh.. Kejap.."
"Apa lagi?"
Firdaus mengambil sesuatu di atas mejanya.
"Ni.. Alamat baru Hani.."
"Isshhh.. Tak perlu aku ambil tau kot.. Buang je laaa.."
"Eh kau buanglah sendiri.. Aku nak keluar dulu.."
"Hmmm.. Pegilah.."
"Apa lagi kau nak dari aku?" Hael Nazmi geram dengan tindakan Hani Kirana.
Dia menyeluk handphone di kocek seluarnya. Didailnya nombor yang baru dimintanya dari Fatin.
[Hello..]
[Hello.. Siapa ni?]
[Saya nak cari bidadari saya yang hilang..]
[Apa??? Eh.. Salah nombor mungkin..]
[Eh.. Yeke? Ni bukan Siti Aminah?]
[Ya.. Saya.. Ni siapa?]
[Bersiap tau.. Kejap lagi saya ambil awak..]
[Nazmi???]
[Hahahaa.. Awak kenal jugak eh suara macho saya..]
[Aduiiii.. Bikin panas ni..]
[Hahaahaa.. Bersiap.. Ada bag atas meja kat dapur tu.. Ambil.. Bersiap.. Kejap lagi ada kawan saya nama Sally datang.. Saya dah pesan jugak dekat Mak Jah..]
[Eh kejap.. Sa tia paham.. Apa bah ni? Mau pigi mana juga kita? Sally?? Kenapa dia??]
[Alaaa.. Bersiap jelaaaa.. Cepat..]
"Bidadariku.." Hael Nazmi tersenyum bahagia.
YOU ARE READING
Dia Bidadariku
RomanceHanya kerana permintaan terakhir seorang insan yang bergelar ayah, Nazmi diminta menikahi seorang gadis kampung yang tidak berpelajaran dan agak ketinggalan zaman. Siti Aminah, gadis yang sangat lemah lembut dan berwajah manis merupakan anak seoran...