"Assalamualaikum.."
Terjaga Hael Nazmi dari lenanya.
"Aduh.. Siapalah pula awal-awal pagi datang ni.. Dahlah best je aku rasa tidur sejuk-sejuk ni.."
Hael Nazmi terasa malas untuk bangun. Tetapi disebabkan dia terfikir harus menjaga adab di tempat orang, dia menggagahkan dirinya untuk bangun.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam.. Ooo Fatin.. Sorry abang baru bangun.. Penat sangat kelmarin kot jalan jauh.."
"Ala.. Sorry abang.. Sa pigi sini sebab bapa suruh panggil abang.. Bapa bawa abang sarapan di rumah.."
"Sarapan? Aduh.. Kenapalah korang ni bersusah-susah..? Hmmm okaylaaa.. Abang mandi dulu, bersiap, lepas tu abang pegi sana ye.."
"OK abang.."
******
Hael Nazmi menikmati nasi lemak itu penuh berselera."Sedapnya uncle.. Ni aunty Misah ke buat?"
Husin dan isterinya tersenyum.
"Bukan.. Ni Siti Aminah yang buat.."
Hampir tersedak bila dia mendengar nama itu.
"Wow.. Serba boleh budak Siti tu kan.. Memang pandai masak laaa pendek cerita?"
"Iya Nazmi.. Lepas orang tuanya meninggal dunia, dia inda sudah sambung belajar.. Dia berniagalaaa nasi lemak ni.. Bikin kesian.. Tapi tulah.. Dia ni memang rajin.. Macam arwah mama dia.."
Hael Nazmi berminat mengetahui tentang gadis itu. Ada yang menarik tentangnya.
"Dari kecil, Fatin saja kawan Siti tu. Dia belajar inda berapa pandai.. Tapi tulah.. Banyak kelebihannya.."
Simpatinya dia pada gadis polos itu.
"Emm.. Uncle, uncle sudah check apa yang abah saya kirim tu?"
"Oh.. Astaghaaa.. Ya sudah.. Tu adalah surat pajak gadai kebun dan dusun arwah Ramli. Sekali dengan geran tanah milik arwah Saleha.. Dato' Tajuddin sama arwah Ramli tu kawan baik.. Tapi taulah.. Fikiran orang-orang kampung di sini ni sempit sikit.. Termasuklah abang kepada arwah Ramli.. Dia mau bolot semua milik arwah sama tanah arwah Saleha.. Arwah Ramli ni jenis seorang yang lurus bendul. Nasib baik Dato' Tajuddin ni bijak.. Dia inda mau Arwah Ramli sekeluarga kena tipu.. Jadi Dato' Tajuddin pun buatlah rancangan secara terperinci.. Dan syukur alhamdulillah, rancangan itu berjalan lancar seperti mana yang dorang rancang.."
Hael Nazmi bertambah semangat mendengarnya.
"Patutlah abah beria sangat nak saya ke sini.."
"Emm kalau uncle tanya, bulih?"
"Tanyalaaa uncle.."
"Projek yang Nazmi mau urus tu projek apa?"
"Oooo.. Abah nak buat rumah penginapan.. Abah suruh saya check tapak.. Sepatutnya bukan saya yang ke sini.. Tapi abah berkeras sangat suruh saya yang handle projek ni.."
"Nah.. Okay laaa tu.. Kalau Nazmi mau minta tolong apa-apa, bagitau saja uncle aaa.."
"Terima kasih uncle.."
"Bah.. Makanlah.. Tingu tu.. Banyak lagi tu sana.. Aunty kau ni memang suka betul makan nasi lemak si Siti ni.."
"Sedap.. Tulah pasal.. Seumur hidup saya, nilah nasi lemak paling sedap saya pernah rasa.. Sumpah sedap!"
"Nah.. Kalau macam tu makanlah lagi.." Pelawa Aunty Misah.
"Berapa harganya?"
"Seringgit.."
"Haaa murahnya!!!" Melopong mulut Hael Nazmi.
"Sedap macam ni.. Kuantiti yang banyak.. Seringgit?? Masih wujud lagi harga macam ni di zaman sekarang ni?"
Tergelak Husin dan isterinya.
"Bukan aunty inda pernah suruh naikkan harga.. Tapi apa Siti jawab? Biarlah aunty.. Janji orang suka.. Lagipun dengan harga nilah jualan Siti laku.. Inda rugi pun.."
"Hmmm.. Aku tertarik sangat dengan dia ni.."
"Nazmi.."
Dia mengelamun.
"Nazmi.." Bahunya dicuit.
"Ehhh uncle.. Sorry.."
"Lepas ni mau ikut uncle jalan-jalan round kampung ni..?"
"Boleh jugak.." Hael Nazmi teruja.
"Okay.. Dalam jam2 kita jalan.. Sempat lagi Nazmi berehat.."
"OK uncle.. Emmm Nazmi nak balik dulu.. Nak call abah lagi.."
"Ehh bawa ni nasi lemak.. Banyak ni.."
"Terima kasih aunty.. Baru 2hari kat sini, makan je memanjang.."
Mereka tergelak mendengarnya.
"Rezeki kamu Nazmi.."
"Kan.. Syukur alhamdulillah.. Okay.. Saya minta diri dulu.. Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam.."
********
"Siti.. Hemsemkan abang Nazmi tu..? Muka orang putih.. Aduiiii hensem!!! Yang aku inda tahankan.. Rambut dia tu bah.. Astaghaaa..."
Siti Aminah hanya diam. Dia masih meneruskan kerjanya menggoreng kacang.
"Siti.. Kau dengarka?"
"Iya.. Dengar bah.."
"Hensemkan.."
"Emmmm.."
"Kaya lagi.. Aduiii.. Full package ni.. Untungnya siapa dapat dia.."
"Ishhh!!! Bantaton!!! Kalau dengar bapa kau, kana buang kau sana parit.."
"Bongok.. Hahaaa.." Fatin terketawa.
Siti Aminah gelisah.
YOU ARE READING
Dia Bidadariku
RomanceHanya kerana permintaan terakhir seorang insan yang bergelar ayah, Nazmi diminta menikahi seorang gadis kampung yang tidak berpelajaran dan agak ketinggalan zaman. Siti Aminah, gadis yang sangat lemah lembut dan berwajah manis merupakan anak seoran...