"Puan, selamat pengantin baru tau.. Kitorang memang dah expect yang puan akan jadi isteri bos.." Kata Jasmin Salah seorang pekerja suaminya.
"Terima kasih semua aaa.."
"Nanti buat majlis tak?" Soal seorang lagi pekerja.
"Insyaallah.. Nanti kalau ada, kami panggil juga kamurang semua datang.." Siti Aminah memang seorang yang peramah dan dia sangat disenangi oleh semua yang ada di situ.
"Mesti sedap ni kan puan..? Tak sabar nak makan nanti.." Dia terus-terusan dipuji.
"Rasalah dulu nanti, lepas tu boleh complain sa kalau inda sedap aaaa.."
Semua yang berada di sana mengucapkan terima kasih kepadanya. Siti Aminah sangat teruja dan gembira.
Selama perkahwinan mereka, suaminya mengajarnya macam-macam perkara. Berkenaan internet, pengiraan dan pelbagai ilmu dikongsi. Dia juga diajar bertutur bahasa Inggeris sedikit-sedikit. Memang sukar baginya tetapi dia bersemangat belajar. Terlalu banyak ingin dipelajarinya. Maklumlah dia bukan seorang yang terpelajar.
"Abang, abang lama lagi kah? Sayang mau pigi minum dulu sana di restoran India tu.. Bulih?" Soalnya lembut.
"Okay.. Sayang pegi dulu.. Dalam 15minit abang pegi sana eh.."
"Bah.. Bye.."
Siti Aminah meninggalkan ruang pejabat itu. Sewaktu dia melangkah masuk ke dalam lift, dia berlanggar bahu dengan seorang gadis cantik dan seksi.
"Sorry aaa.. Tia sengaja..." Dia memohon maaf kepada gadis itu.
"Lain kali, guna mata tu baik-baik.." Balas gadis itu kasar.
Siti Aminah tersentak.
"Ai.. Ai.. Ai.. Sudah minta maaf pun, dia marah lagi.. Padahal dia yang sibuk tingu handphone.. Hmmm.."
*******
[Siti.. Ui.. Rindu baaa sama kau.. Bila balik sini? Mau siap sudah tu projek kamu.. Ada aku sama bapa pigi sana kelmarin tingu-tingu tu projek.. Cantik oooo..]
[Ui.. Kau ni.. Tiada lagi bagi salam..]
[Hahaaa… Assalamualaikum..]
[Waalaikumsalam.. Ui.. Lama lagi mungkin kami sini ni.. Kesian bapa mertua aku ni.. Inda sihat bah dia.. Tulaaa laki aku suruh aku kasi kawan dia di rumah.. Kadang-kadang aku ikut pigi pejabat.. Macam ni hari.. Aku buat sup tulang sama rojak untuk pekerja-pekerja laki aku..]
[Waaa.. Untungnya dorang dapat bini bos yang baik.. Ui.. Jangan lama-lama aaa.. Ramai tanya nasi lemak kau..]
[Iya baaa... Kirim salam aunty sama uncle..]
[Insyaallah.. Nanti aku kasi sampai.. Ui.. Kau mau tau ka???? Cikgu Razlan pindah lagi mengajar sini.. Tapi di sekolah sana Lohan..]
[Haaa???? Biar betul kau Fatin???]
[Iya.. Tulaaa tu.. Emmm.. Tapi jangan risaulaaa.. Mana dia berani kacau kau lagi.. Kau sudag kahwin kan.. Biarlaaa..]
[Emmm.. Iya.. Biarlah dia sana.. Ui.. Ada sudah laki aku.. Nanti lagi kita gossip-gossip aaa.. Assalamualaikum..]
[Uiii.. Ba iyalaaa. Waalaikumsalam..]
"Sayang.. Siapa call?"
"Fatin.. Eh.. Siap sudah kerja?"
"Sudah.. Emmm.. Kita balik terus eh.."
"Awal juga.. Kenapa inda sekali ambil abah d hospital nanti?"
"Abang dah minta tolong Firdaus jemput abah nanti.. So, kita minum dulu.. Emmm sayang nak makan?"
"Indala.. Ada lagi lauk di rumah tu.. Sayang mau minum ja tadi.. Haus.."
"Haus? Kat rumah pun boleh minum.."
"Hah?" Siti Aminah tercengang.
"Air abang lagi sedap.." Usiknya nakal sambil mengenyitkan matanya.
"Isshhhh.. Abang ni.." Merah padam wajahnya mendengar usikan suaminya itu.
"Eleh.. Cepat minum ni.. Nanti sampai rumah, minum air abang lagi.."
"Abang..... Sudahlaaa.. Bikin malu.."
"Cantiknya bidadari abang ni.."
YOU ARE READING
Dia Bidadariku
RomanceHanya kerana permintaan terakhir seorang insan yang bergelar ayah, Nazmi diminta menikahi seorang gadis kampung yang tidak berpelajaran dan agak ketinggalan zaman. Siti Aminah, gadis yang sangat lemah lembut dan berwajah manis merupakan anak seoran...