"Nak berapa helai? Saya tolong ambilkan.."
Siti Aminah terperanjat apabila melihat sosok Hael Nazmi berdiri tidak jauh daripadanya.
"Emmmm.. Ja.. Janganlah.. Sa ambil sendiri saja.." Siti Aminah tiba-tiba gagap. Hatinya berdebar kencang.
"Betul ni?" Nazmi kelihatan bersungguh-sungguh.
"Iya.. Biarlah sa saja buat.." Merah padam muka Siti Aminah.
"Siti.. Emm ambik ni.."
Hael Nazmi menghulurkannya sebuah beg kertas yang didalamnya masih tidak diketahui apa isi kandungannya.
"Apa tu?" Siti Aminah masih belum mengambilnya.
"Ambillah.."
"Tapi sa tia berani mau sembarangan ambil.." siti Aminah masih menolak.
"Saya bagi awak handphone ni.. Sebenarnya kelmarin petang saya tak sengaja dengar perbualan awak dengan Fatin.."
"Apa???? Kau curi dengarka????"
"Ehhh.. Tak.. Saya terdengar.. Jangan salah faham.." Hael Nazmi bimbang jikalau gadis itu salah faham.
"Emmm.. Kenapa bagi sa handphone? Sa bukan perlukan pun.. Lagi pun sa rasa sa tia perlu terima apa-apa dari orang yang sa tia kenal.. Tiba-tiba lagi tu.."
Hael Nazmi menelan air liurnya. Malu dengan dirinya sendiri.
"Boss, kalau boss tiada apa-apa lagi mau cakap, sa rasa bagus boss jalan dulu laaa.. Sa bukan apa.. Sa takut sama mulut-mulut orang kampung di sini.. Nanti ada cerita inda bagus pula didengar.."
"Ehhh kejap.. Ala Siti.. Tak payahlah panggil saya 'boss'.. Panggil Abang Nazmi je.."
"Emm.. Apa-apa sajalah.. Pegilaaaa.. Okay.. Assalamualaikum.."
Hael Nazmi agak kecewa.
"Waalaikumsalam.. Saya minta diri dulu.."
*******
Siti Aminah duduk termenung di beranda usang peninggalan orang tuanya. Hujan turun dengan lebatnya.
"Mama.. Bapa.. Kesian Siti.. Tinggal Siti sorang-sorang saja di rumah ni.. Siti selalu penat.. Inda cukup tidur.. Tapi Siti puas hati bila Siti dapat kumpul duit sendiri.. Sekarang ni Siti tambah sibuk.. Nasib baik ada Fatin tolong Siti.. Siti rindu mama sama bapa.."
Airmatanya deras mengalir sederas air hujan yang masih turun menyirami bumi.
******
"Sejuknya.. Hujan lagi.. Hmmm.. Bestnya kalau ada bini.. Boleh peluk-peluk.. Ni solo!!!"
Hael Nazmi mula membayangkan sesuatu yang nakal."Siti Aminah.. Susah sangat nak dekati kau ni.. Tak macam perempuan lain.. Kau ni kan.. Lain dari yang lain.. Dahlah muka kau manis, pandai masak lagi.. Aku ni hobi memang suka makan.. Aduhhhh.. Kalau aku dapat miliki kau ni, aku rasa akulah lelaki paling bahagia sekali.. Lainlah perasaan aku ni.. Tak macam aku dengan Hani tu.. Kenapa eh? Tapi betulka dengan apa yang aku rasa ni? Kalau aku je bertepuk sebelah tangan, koyak aku.. Hmmmm.. Ehhhh.. Aku ni dah gila ke apa? Boleh pulak fikir sampai ke situ?"
Hael Nazmi membaringkan badannya yang sasa di atas tilam empuk itu. Fikirannya terus menerawang memikirkan gadis itu. Dan akhirnya dia terlelap.
YOU ARE READING
Dia Bidadariku
RomanceHanya kerana permintaan terakhir seorang insan yang bergelar ayah, Nazmi diminta menikahi seorang gadis kampung yang tidak berpelajaran dan agak ketinggalan zaman. Siti Aminah, gadis yang sangat lemah lembut dan berwajah manis merupakan anak seoran...