31. DOA

8K 89 7
                                    

"Siti.. Apa khabar.. Emmm.. By the way.. Tahniah.."

Siti Aminah tidak memandang wajah itu. Dia tidak ingin. Dia benci.

"Siti.. Tolong bagi saya masa jelaskan semua.."

Siti Aminah yang ketika itu berada di beranda rumah Husin mengangkat punggung untuk meninggalkan lelaki itu. Dia sebenarnya sedang menunggu Hael Nazmi tiba. Tetapi Razlan pula yang muncul.

"Emmm.. Sa mau pegi dapur dulu.."

"Siti.." Tangannya ditarik.

"Eh.. Lepas!!! Apa ni??? Kita tiada apa-apa lagi kan.. Besok sa mau nikah sudah.." Suaranya dikawal agar tidak terdengar mereka yang berada di dalam.

Razlan melepaskan tangan itu.

"Sorry.. Sayang.. Emmm Siti.. Saya minta maaf.. Saya takde niat nak tipu awak.."

Tidak lama kemudian, sebuah kereta tiba di perkarangan rumah Husin. Siti Aminah segera turun meninggalkan Razlan yang terkulat-kulat.

"Ehh.. Bapa.. Mama.. Sampai sudah dorang Abang Nazmi.." Fatin mengintai dari jendela ruang tamu rumah mereka.

"Syukur alhamdulillah.." Ujar Husin.

"Assalamualaikum.." Hael Nazmi memberi salam. Dilihatnya ada seorang lelaki berdiri di beranda rumah itu bersama-sama Husin dan Fatin.

"Waalaikumsalam.. Nah syukurlah.. Sampai juga kamu.. Bah naiklah.. Siti, bawa dorang naik sini.."

"Okay uncle.."

Hael Nazmi merenungnya lama.

"Baru je berapa jam, dah rindu.. Aduh.. Susah sangat nak jauh-jauh dah ni lepas ni.." Hael Nazmi mengusiknya.

Merah padam muka Siti Aminah. Dia seakan lupa kehadiran Razlan.

"Mari naik.. Uncle.. Aunty.." Dihulurkan tangannya untuk bersalam.

"Sayang.. Pak Su Mak Su laaa.." Tegur Hael Nazmi.

"Eh Naz, biarla.. Ikut mana selesa.. Manisnya Siti ni.." Puji Puan Sharifah.

"Jom kita naik.. Rehat-rehat dulu.. Makan.. Lagipun masih awal lagi ni.." Siti Aminah menjemput penuh ramah.

"Lapar sangat ni sayang.." Ujar Hael Nazmi sambil menutup pintu kereta.

"Ngada.. Bah mari.."

Razlan masih memerhatikan  dari beranda itu.

"Uncle Husin.. Kenalkan ayah saudara saya.."

"Farid.." Sambil mereka berjabat tangan.

"Ehhhh.. Nazmi, hampir terlupa.. Haaa.. Ni Cikgu Razlan. Bekas Guru dorang si Fatin.. Dia ni pun dari KL juga ni.."

"Cikgu, ni Nazmi.. Bakal suami Siti.."

"Hai.." Mereka juga berjabat tangan.

"Besok jemput datang.." Jemputnya ramah.

"Insyaallah.."

"Fatin, pigi panggil mama kau dulu.. Inda dia dengar tu ada orang datang kalau dia sudah di dapur tu.. Ada makcik Abang Nazmi bilang.."

"Bah.."

********

"Kami minta diri dulu ye uncle.. Assalamualaikum.." Hael Nazmi meminta diri.

"Hati-hati.. Jumpa besok.." Ujar Husin.

"Ye.. Insyaallah.. Baiklah Cikgu Razlan, jangan lupa besok tau.." Hael Nazmi kelihatan selesa sekali dengan Cikgu Razlan. Selepas makan tadi, perbualan mereka rancak. Siti Aminah agak resah juga melihat mereka bergelak tawa. Dia diselubungi rasa bersalah. Bersalah kerana  menyembunyikan sesuatu daripada Hael Nazmi.

Hael Nazmi sempat mengenyitkan matanya sambil diperhatikan oleh Cikgu Razlan. Dia sangat cemburu melihatnya.

"Tak mungkin aku dapat memilikinya lagi.."

Siti Aminah pada ketika itu sangat gelisah. Gelisah yang teramat. Dia terbayang macam-macam perkara akan berlaku jika bekas kekasihnya itu masih mengganggu hidupnya. Tambahan pula dengan rahsia mereka yang masih disembunyikannya daripada bakal suaminya itu.

"Ya Allah.. Bantulah aku.. Permudahkanlah urusanku.. Jauhkanlah aku daripada sebarang masalah.."

**hai assalamualaikum..
S

orry  lambat update.. Sibuk saat kebelakangan ni.. Buat kuih, buat kek, urus rumah, urus anak, main tik tok.. 😌😂😂 Aduiiii.. Harap masih ada yang sudi mmbaca tulisan sa... 😔

Dia BidadarikuWhere stories live. Discover now