BWY 1

963 42 9
                                    

'I love him very much. He always makes my days feel happier. I hope someday the heart will be open to love me. Will this happen?'

(primary school)

-darjah 6-

"We kau betul ke ni nak buat?" soal Hanan kepada rakan baiknya Dhia yang sedang menarik lengannya itu menuju ke sebuah kelas.

"Aku nekad we, aku betul-betul nak buat." jawap Dhia.

"kau tak rasa malu ke nak buat." kata lagi Hanan yang berlari anak yang cuba mengikuti langkah rakannya itu.

"Aku tak kisah orang lain kata apa. Aku cuma nak dia."

"kau jangan malukan aku we. Kau ni pun tak payahlah obsess sangat dengan dia. Bukannya dia pandang kau pun."

"belum cuba belum tahu."

Dhia tersenyum apabila mereka tiba di hadapan sebuah kelas yang tidak jauh dari kelas mereka. Hanan melihat rakannya tersenyum dengan penuh makna. Kau bernasib baik Dhia sebab dapat kawan yang boleh teman kau pergi buat kerja gila ni.

Dhia menguak pintu kelas sebesar-besarnya. Semua murid di dalam kelas itu memandang Dhia dari atas ke bawah. Dhia memandang seorang budak lelaki yang duduk di belakang sedang bermain pemadam bersama rakannya.

Tanpa memberi salam, Dhia berkata,

"IZZ NAUFAL!"

Laung Dhia menyebut namanya dengan lantang kuatnya hinggakan bergema kelas itu. Izz Naufal yang terdengar namanya dipanggil lekas memandang gerangan suara yang memanggil namanya itu.

Izz melihat kearahnya yang berdiri di hadapan pintu kelas.

"kau siapa?" soal Izz.

"Aku nak kau ingat nama aku baik-baik. Aku ialah DHIA RAISHA budak cantik kelas sebelah. Aku nak cakap yang aku akan pastikan kau akan menjadi suami aku pada masa hadapan. I LOVE YOU, IZZ!" Kata Dhia tanpa rasa gentar. Sempat dia membuat mini love.

Hanan di sebelah sudah mencari tempat untuk menutup mukanya. Perasaan malunya tidak dapat dibendung lagi.

Izz ternganga besar bersama dengan rakan-rakan sekelasnya.

Pft.

Mereka semua tergelak mentertawakan Dhia di hadapan pintu kelas.

"kau siapa? Dahlah gemok! Ada hati nak jadi isteri aku. Pintu rumah aku dahlah kecik. Mana muat untuk orang macam kau masuk. Pecah pintu rumah aku nanti." kata Izz. rakan-rakan Izz ketawa akan Dhia yang menunjukkan muka tidak berpuas hati.

Dhia mengetap bibirnya.

"jangan mimpilah nak jadi isteri Izz. Izz bukan type suka perempuan gemok macam kau. Hahaha." kata seorang budak perempuan di dalam kelas itu. Dhia berasa panas.

"Eleh, aku pasti suatu hari nanti dia akan menjadi suami aku. Aku tahu kau jealous sebab aku cantik, kan! Kau mana cantik. Pakai tudung pun senget. Awning pon tajam macam piramid." balas Dhia geram.

Budak perempuan itu mencebik tanda tidak berpuas hati. Suasana menjadi tegang.

"Apa kau cakap. cantik? Eww apa dia cakap we. Cantik? Jangan nak perasanlah." Balas budak perempuan itu kembali.

"Dah kau pergilah dari kelas ni. Nanti kelas ni berbau busuk tak senang aku nak berlajar. " Halau Izz membuatkan pelajar lain mentertawakan Dhia.

Dhia menggenggam tangannya apabila mendengar hilai tawa mereka.

" pergilah, apa kau tunggu lagi. "kata Ukasya iaitu rakan Izz.

Ingin sahaja Dhia menumbuk muka Ukasya itu biar sampai lebam. Hanan menyeret Dhia keluar dari kelas itu. Hilai tawa mereka masih tidak berhenti.

"Aku takkan mengalah. Aku akan membuatkan kau jatuh hati dengan aku. Kau tunggu Izz! Kau tunggu!" jerit Dhia keluar dari kelas.

Izz memandang kelibat mereka berdua keluar dari kelasnya. Muka Izz hanya dihiasi dengan senyuman sahaja.

" Buat apa aku nak tunggu, tak ingin aku nak dia. "

*****

(rehat)

"huak... Kau buat aku rasa malu Dhia. Semua orang tengah pandang kita sekarang. Aku nak makan pun tak senang. Macam mana kau boleh relax je macam tak ada apa-apa berlaku." kata Hanan yang masih menutup mukanya menggunakan kain lapik meja di kantin.

"entah, mungkin sebab muka aku tebal kut." jawap Dhia selamba sambil memakan karipapnya.

Huak! Lagi kuat pula teriakan rakannya itu. Dhia menutup telinganya.

"ish, kau ni. Tak payahlah malu sangat, aku yang luahkan perasaan aku kat dia yang kau pula nak malu kenapa?" kata Dhia lahi.

"aku malu sebab ada kawan macam kau. Manalah datang berani kau tu."

Rasa menyesal pula kerana mengikuti Dhia membuat perkara bodoh itu.

Haih, Susah dapat kawan yang terlampau berani ni.

"kenapalah kau suka kat lelaki lidi tu. Dah lah kurus kering. Kena tiup angin confirm terbang sampai ke London. Kalau sado tak apalah juga. " kata Hanan sambil menekup mukanya di atas meja.

Krik krik. Senyap. Hanya bunyi suara pelajar sahaja di kantin itu.

"woi kau dengar tak apa yang aku cakap ni."

Tiada sahutan dari Dhia. Aik dia tinggalkan aku ke? Takkan lah dia nak buat macam tu kat aku.

Hanan mengangkat kepalanya untuk melihat Dhia yang tiba-tiba senyap.

Di depan mata Hanan terlihat Dhia sedang melambai-lambai tangannya ke arah Izz yang tidak jauh dari meja mereka.

"hi! Izz" sapa Dhia. Izz hanya membalas dengan riak muka yang menyampah.

"woi!" jerit Hanan membuatkan Dhia terkejut.

"kenapa? Asal? "

" 'kenapa' kau cakap. Jadi dari tadi aku cakap sorang-soranglah. Tak guna punya kawan."

"oh ye ke." jawap Dhia. Dia kembali melambai-lambai tangannya ke arah Izz.

Hanan yang mendengar jawapan Dhia lantas memukul kepala rakannya itu. Habis tercampak karipapnya masuk pinggan pelajar sebelah. Dhia menjeling Hanan yang berada di sebelahnya.

"padan muka." Hanan menjelir lidah kepada Dhia.

"jelirlah lidah lagi nanti kat neraka tuhan potong lidah kau baru tahu." kata Dhia sambil matanya menjeling ke arah Hanan.

"ha, jelinglah lagi. Aku cocok mata kau baru tahu." kata pula Hanan membalas.

Heh!

Mereka berdua berpaling muka serentak dan sejak dari itu dua sahabat baik itu tidak bertegur sapa selama 3 hari 2 malam.

To Be Continued
#kaki novel
#BlOOMwItHyOu
❤️

BLOOM WITH YOU Where stories live. Discover now