Nah! Kisah sebelum ini menceritakan pertemuan antara Dhia dan Izz semasa sekolah rendah. And know kita ceritakan pula kisah mereka di sekolah menengah pula. Stay tuned❤️
---------------------------------------------------------(secondary school)
-Form 5-
Aku membuat latihan Ekonomi yang di beri oleh Cikgu Mirza. Kelas aku senyap tanpa sebarang bunyi. Di sekolah kami cikgu Mirza ialah cikgu yang paling garang. Ramai jugalah murid yang kena rotan dengan cikgu itu.
Kalau tak siap kerja sekolah. I shouldn't have spoken of his regret but dia confirm akan denda kitorang suruh berjalan itik dari hujung lorong kelas aku hinggalah ke hujung lorong.
Bagi korang kelakar tetapi bagi aku ia sangat memalukan.
Kringgg! Kringgg!
Bunyi loceng sekolah berbunyi tanda waktu rehat.
"okey semua, next class saya nak semua orang siapkan kerja saya. Kalau tak siap! Kamu tahulah apa yang saya akan buat. Okey, ketua nanti pergi meja saya ambil kertas latihan tambahan bagi kepada mereka."kat Cikgu Mirza yang sedang mengemas buku-bukunya yang bersepah di atas mejanya.
Kami sekelas mengeluh berat.
"Seriously, latihan tambahan lagi. Haih bengkoklah tangan aku." kata aku perlahan.
"kan, tangan aku dah cramp dah tulis banyak-banyak." sokong rakan sekelas ku dengan pendapat aku.
" Ha mengeluh, macam mana nak berjaya dalam SPM kalau asyik mengeluh je. Kata nak jadi pelajar yang berjaya." Kata Cikgu Mirza yang terdengar rungutan kami sekelas.
Selepas sahaja cikgu keluar daripada kelas. Aku terus meletakkan kepala aku ke atas meja. Badan aku terasa lelah yang teramat.
" pst.. Dhia Raisha."
Aku mendengar seseorang memanggil nama aku di luar kelas. Aku melihat gerangan punya suara tersebut.
"Hanan!"
Aku tersenyum apabila melihat Hanan yang berdiri di sebelah pintu kelas aku.
Actually, aku dengan Hanan tidak sama kelas. Hanan masuk ke dalam kelas Ekonomi manakala aku masuk kedalam kelas Srt.
"we lambatnya kau, cepatlah. Kau tak nak rehat ke?"
"sabarlah aku penatlah."
Dhia mengemaskan mejanya yang bersepah dengan kertas-kertas latihan yang Cikgu Mirza bagi sebentar tadi. Aku laju keluar dari kelas apabila selesai mengemas.
Kami berdua berjalan bersama pergi ke koperasi sekolah untuk membeli makanan. Kenapa tak pergi ke kantin? Sebab kantin jauh dari kelas kami dan agak sesak kerana tarlalu ramai murid di sana.
Selesai membeli makanan yang ingin kami makan. Kami berdua pergi ke tempat kebiasaan kami lepak iaitu di pondok sekolah yang tidak jauh dengan koperasi sekolah itu.
Aku makan sambil termenung teringatkan sesuatu.
"woi, asal kau makan termenung ni? Teringatkan boyfriend ehh.." kata Hanan mengusik aku.
"haah teringatkan boyfriend."
"ha, sejak bila kau ada boyfriend ni."
"tu, si Izz tu."
"hmm tu bukan boyfriend tu crush namannya. Tapi asal kau fikir fasal dia?" soal Hanan.
"tak adalah. Aku fikir aku masuk sekolah menengah masa form 1 dia ada sekali sekolah kat sini. Tapi tak sangka Uksya bagi tahu kita yang dia tak sekolah sini. Aku rasa sedih. Last aku jumpa dia masa sekolah rendah je." Luah aku pada Hanan walaupun ini bukan pertama kali aku meluahkan rasa sedih pada Hanan.
" ha itu lah. Kalau nak suka orang tu biarlah senyap-senyap. Jangan terlalu obsess. Kau tengok apa dah jadi. Dia pun dah lari nak tengok kau. Dia pun takut nak tengok muka kau"kata Hanan.
Dhia membuat muka masam mencuka. Ingin saja dia menangis di situ. Dhia makan sambil memuncungkan mulutnya.
"eh eh jadi itik pula budak ni. "
Hanan menepuk belakang rakannya itu supaya tidak bersedih. Sudah 4 tahun setengah sekolah di sekolah ini tapi tetap sahaja Dhia berasa sedih. Dia sudah tidak tahu mahu memujuk bagaimana lagi.
Sedang Hanan memujuk rakannya itu. Dia ternampak sesosok tubuh yang amat dia kenali. Dia ialah mamat yang selalu mencari pasal dengan dirinya.
Entah kenapa sejak mereka berdua memasuki kelas yang sama. Lelaki itu asyik menganggu dia sahaja.
"Ukasya!" jerit Hanan lantang hinggalah didengari oleh lelaki itu.
Ukasya yang bersama rakannya itu menghampiri mereka berdua.
"yes bebe, any problem? Aku rasa hari ni tak ada pula aku kacau kau. Don't tell me that you've started to miss me." kata Ukasya.
"Hang jangan nak mengendiklah. Chek tibai sat gi kang menangis belakang pintu bilik ayaq."
"come on bebe, relax. Ha, kau nak apa panggil aku ni. Aku ni busy tau orangnya."
Hanan memandang wajah rakannya di sebelah.
"ha kau tanyalah apa-apa soalan kat kasya."
"soalan, soalan apa?"
Hanan mengeluh. Bengap pula rakannya hari ini.
"aku maksudkan kau tanya soalan about him. Kau kan miss him."
Dhia pun yang pada mulanya bela terus dapat tangkap apa yang cuba disampaikan kawan baiknya itu. Dhia menganggukkan kepalanya berkali-kali dan memandang Ukasya yang sedang bersandar di tiang pondok itu.
" Ukaysa, aku nak tanya ni. "
" apa? "
" Izz..Izz"
"Izz? Kenapa dengan dia?"
"Izz dah kahwin?"
Ha!?
To Be Continued
#kakinovel
#BLOOMwItHyOu
❤️
YOU ARE READING
BLOOM WITH YOU
RomanceObsess. Itulah perkataan yang sesuai digunakan bagi mengambarkan seorang gadis yang di beri nama DHIA RAISHA. "Aku akan pastikan kau akan menjadi suami aku. I LOVE YOU." - DHIA RAISHA. Kata gadis dengan beraninya. "Kau siapa?" - IZZ NAUFAL. Kisah...