Baru sahaja Dhia ingin mengambil duit itu, tiba-tiba....
Bukk!
Satu balingan kasut dilempar tepat ke arah kepalanya. Dhia terjatuh tergolek.
Dhia mengadu kesakitan apabila terasa kepalanya sakit di baling kasut.
"Woi, anak siapa baling kasut kat kepala aku, ha. Kalau bengkok kepala aku kau nak ganti. Bayar seribu." marah Dhia sambil memegang kepalanya.
"Kau tu yang woi. Kau asal pijak duit aku ha!" Kata Izz tidak jauh dari mereka berdua berada. Ukasya yang berada di sebelah menggelakkan aku.
Lekas Dhia bangun daripada terduduk di atas lantai.
"Eh! DARLING. Ni duit you ke. Haha, sorrylah kita nak ambil pula tadi." Kata Dhia melihat Izz yang berada tepat dihadapannya. Dhia membetulkan tudungnya yang tidak terurus itu.
Hanan memandang pelik rakannya itu.
Eh betul ke kawan aku ni. Tiba-tiba kena sampuk pula. Desis hati Hanan.
"Darling? BAHAHA" Ukasya memandang Izz sambil ketawa.
"wah, dah boleh kahwin dah korang ni. Izz panggil lah dia sayang pula. Bahaha." ketawa Ukasya lagi.
Izz menjeling rakannya itu. Dia memandang kembali Dhia dengan tepat.
"Siapa darling kau?" Kata Izz yang berasa geli-geliman.
Dhia sudah memutarkan jarinya di tudung Hanan. Hanan membuat muka peliknya lagi.
"Eee, gediknya." kata Hanan yang tiba-tiba rasa ingin berkata jujur.
Dhia tersenyum-senyum di belakang Hanan. Dhia memandang ke arah Izz dan menutup mukanya dengan tudung Hanan.
"janganlah pandang, malulah kita macam ni." kata Dhia.
"woi kedutlah tudung aku nanti." Hanan cuba melepaskan genggaman Dhia yang memegang kuat tudungnya. Rasa ingin tercabut pula tudungnya itu.
Dhia memandang kasut Izz yang berada di kakinya.
"Eh! Ini.. kasut darling eh. Nak kita basuhkan ke kat rumah? "
"Tak payah, aku ada mesin basuh sendiri kat rumah. Kau bagi balik sebelum aku baling pasu ni pula kat muka kau." jawap Izz. Ukasya sudah ketawa separuh mati mentertawakan Izz.
"Ya Allah, Dhia. Kenapa kau boleh jadi macam ni. Kau lepaskan tudung aku." Hanan menolak Dhia ketepi membuatkan rakannya itu melepaskan cengkaman daripada tudungnya. Hanan mengeluh berat.
"Izz.." sebut Dhia dengan nada yang berbisik.
"kau nak apa?"
Dhia memberikan flying kiss kepada Izz. Izz yang menyedari akan itu terus berlari lintang pukang meninggalkan mereka.
"eh! Nak pergi mana tu? Jangan tinggalkan darling keseorangan." jerit Dhia.
"kurang asam punya budak. Woi jangan tinggalkan aku." jerit Ukasya.
Izz berlari sambil melihat kebelakang. Baginya kalau terkena flying kiss itu pasti akan membuatkan hidupnya sengsara. Izz terus berlari sambil menjerit. Tiba-tiba izz terlanggar sesuatu.
Bukk!
Izz jatuh ke lantai. Kali ini dia pula yang mengadu kesakitan.
"aduh, kau ni tak nampak ke?aku dah lah nak cepat." marah Izz
Izz memandang seorang lelaki yang berbadan besar di hadapannya itu. Kepala lelaki itu yang silau membuatkan Izz susah melihat mukanya dengan jelas.
Semakin lama Izz merenung mukanya semakin dia mengenali siapa tuan punya badan itu.
Izz ternganga seluasnya sama seperti pelajar lain yang lalu di situ. Tidak kurang juga dengan Dhia dan Hanan yang cuba menekup mulut masing-masing kerana terkejut.
Encik Zahin a.k.a guru besar di sekolah itu merenung tajam Izz. Izz menelan air liurnya kesat.
"Tuan. Tuan okey?" risau guru penolong kanan apabila melihat riak Encik Zahin yang bengis itu.
"pst.. Dhia bukan ke guru besar kita ada rambut." kata Hanan kepada Dhia yang masih tercengang.
"aku... Aku..." kata Dhia tergagap-gagap.
"kenapa kau ni?"
Dhia memandang Hanan tepat.
"aku nampak rambut cikgu masuk longkang."
"Ha! Rambut guru besar kita tercabut!" kata Hanan dengan kuat.
"kau ni, dah terang-terang itu rambut palsu kut." kata pula Ukasya kepada mereka berdua.
Semua orang yang ada di situ terhambur gelak masing-masing. Suara hilaian tawa para murid membuatkan guru besar di sekolah itu berasa lagi marah.
"1,2,3,4 budak ni masuk ke bilik saya sekarang."
Erk! Kami berempat mula mengelabah.
*****
Setelah beberapa minit telinga kami mendengar bebelan daripada guru besar. Kami di benarkan keluar dari bilik itu tetapi dengan syarat tidak melakukan perkara sebegitu lagi. Baginya itu sudah pun mencalar imejnya sebagai seorang guru besar.
Sejak keluar dari Bilik Pengetua Izz tidak habis-habis menjeling Dhia.
"woi, kau tunggu. Aku takkan lupa dengan apa yang kau dah buat dekat aku hari ini." kata Izz marah pada Dhia.
"mestilah Izz takkan lupa sebab inikan kenangan kita bersama." jawap Dhia sambil bermain jari jemarinya.
"aaah sudahlah. Aku dah muaklah dengan kau. Kau tengoklah nanti aku pasti akan balas perbuatan kau ni. Kau tengok." kata Izz memandang aku tajam.
Aku melambai-lambai tangan ku kepada Izz yang berlalu pergi meninggalkannya.
"we kau tak takut ke kalau dia buat sesuatu yang buruk kat kau nanti. Ayat dia macam tak main-main je." kata Hanan.
"Alah dia main-main je tu. Aku pasti suatu hari nanti dia akan jatuh cinta dengan aku. Aku pasti. "
Hanan mengelengkan kepalanya apabila melihat rakannya.
To Be Continued
#kakinovel
#BLOOMwItHyOu
❤️
YOU ARE READING
BLOOM WITH YOU
RomanceObsess. Itulah perkataan yang sesuai digunakan bagi mengambarkan seorang gadis yang di beri nama DHIA RAISHA. "Aku akan pastikan kau akan menjadi suami aku. I LOVE YOU." - DHIA RAISHA. Kata gadis dengan beraninya. "Kau siapa?" - IZZ NAUFAL. Kisah...