BWY 8

221 15 0
                                    

Aku ketawa tak berhenti-henti. Ada sahaja lawak yang mereka berdua buat. Tak jemu rasanya apabila bersama dengan mereka.

Aku kembali ke dapur dan duduk di samping Hanan.

"okey kita kembali kepada cerita kita. Kenduri doa selamat itu untuk siapa?" kata aku sambung akan perbualan kami yang tergantung sepi tadi.

" untuk abang aku, sempena dia dapat tawaran sambung belajar kat overseas."

"seriuslah, wah pandai abang kau. Dahlah handsome dan berjaya pula tu. Untung siapa dapat abang kau nanti."

"handsome kau kata? Aku rasa tak ada beza muka dia dengan lesung batu. Dah lah keras kepala."

"tak baik tau cakap macam itu. Kau patut bersyukur dan berbangga sebab ada abang yang handsome dan sekali pakej dia pandai memasak pula tu. Siapa nama abang kau? Abang Muiz kan kalau tak silap. "

"sudahlah cerita pasal abang aku. Bernanah telinga aku dengar nama dia."

Aku ketawa. Dorang dua beradik memang macam anjing dengan kucing. Tak pernah nak berbaik.

Pernah sekali itu Hanan merajuk dengan abangnya sampaikan dia berani lari dari rumah. Rumah yang jadi mangsa ialah rumah aku.

Terasa kelakar pula apabila teringat kejadian itu di mana Hanan marah akan abangnya kerana tidak membelikannya Ice cream.

Haih, bersiap sedialah wahai bakal suami Hanan pada masa hadapan. Jangan nanti tak pasal-pasal jadi kes isteri merajuk sebab tak dapat makanan.

Aku ketawa perlahan.

"kau kenapa gelak?"

"nothing, miss Hanan Suhayla."

Aku tersenyum tanpa memberi sebab. Biarlah hanya fikiran aku sahaja yang mengetahuinya.

"Ni ha aku nak cakap, yang cousin landak aku tu nak ajak couple dengan hangpa. Hangpa terima tak."

"what! Again? Dia ni tak pernah kenal erti kata putus asa ke. Berapa ribu kali dia nak confess kat aku. Aku dah tolak confessions dia kut."

Eh, eh kata orang laju je. Dia pun sama, tak kurang tak lebih sama je dengan si landak tu. Selama ni dia confess dekat Izz ada Izz terima?hmm.

"dan kau pun patut bersyukur sebab ada lelaki yang sukakan kat kau. Daripada aku, Semua lelaki lari daripada aku macam baru nampak hantu."

"alolo kesian dia ya. Lain kali jadi cantik macam aku. Tapi kau kena ingat satu benda. Kecantikan aku hanya untuk Izz seorang sahaja."

Aku melibas rambut aku ke muka Hanan. Hanan terdiam seketika sebelum menutup hidungnya.

"wei, busuk gila rambut kau. Kau tak basuh ke? Uwek, bau rumput." Hanan menutup hidungnya.

Ada pula dia kata rambut aku berbau rumput. Aku mengambil beberapa helaian rambut aku dan membaunya.

Uwek. Betullah kata Hanan, rambut aku bau rumput. Bau dia tertusuk sampai ke esofagus aku.

" i told you. "

Aku mencebik kecil. Aku mengambil sudu di tepi Hanan dan menyuap kek coklat yang tinggal separuh itu ke dalam mulut.

Kan best kalau aku menyuap kek coklat ini kat dalam mulut Izz. Mesti dia bahagia selamanya. Aku tertawa seorang diri.

" Darling, buka mulut darling aahh...kapal terbang nak masuk ni."

Aku melihat Izz memakan kek coklat yang di suap oleh aku.

"thank you, Dhia ."

"I'll do it anything for you."

Sementara itu, di dunia realiti. Hanan melihat rakannya itu yang ingin menyuap kek ke dalam mulutnya.

"woi, kau pahal."

Aku tersentak dan kembali ke dunia nyata. Terlihat Hanan membuat muka mengerikan. Aku baru tersedar yang aku hampir menyuap mulut Hanan. Ish, ingatkan ada Izz kat sini. Sibuklah Hanan ni.

"kau ni memang kuat beranganlah. Sampaikan aku pun kau nak di suapnya."

" sorry lah. Aku cuma membayangkan masa hadapan aku yang indah oh."

"kau memang dah teruk Dhia. Aku tak sanggup tengok kau macam ni. Aku rasa kau memang patut pergi jumpa doktor. Takut wayar kat kepala kau tersumbat dengan ingatan merepek kau tu."

"tak payah nak jumpa doktorlah. Cukup jumpa Izz je dah cukup. confirm wayar otak aku akan berjalan seperti sedia kala."

"aku tak rasa wayar kepala kau akan berjalan sedia kala. Aku dapat rasakan wayar kau akan meletup bila kau berjumpa dengan Izz."

Risau pula rakan aku ni. Macam tak kenal aku ni yang kuat berangan.

"alah kau ni jangan risaulah. Aku bukannya jadi patung pun kalau aku berangan tentang Izz." jawab aku.

"memanglah kau tak jadi patung tapi aku nasihatkan kat kau. Kau jangan terlampau obsess sangat. Manalah tahu tiba-tiba suatu hari nanti dia bagi harapan palsu dekat kau dan hancurkan hati kau. Tak ke kau menyesal. Aku tak nak tengok kawan aku menangis air mata darah nanti."

"alah kau ni, Izz takkan buat macam itulah. Aku percaya yang dia takkan biarkan seseorang itu sedih. Mesti dia pujuk balik."

"kau fikir lelaki nak ke pujuk perempuan yang dia tak sayang. Lagi-lagi lelaki itu berasa terganggu dan rimas dengan diri kau."

Aku terdiam.

"tapi tak apa kan kalau mengharapkan sedikit."

Hanan mengeluh.

"Aku cuma tak nak kau mengharap sangat je. Aku tak nak kau sakit. "

"Hanan jom balik, nak." laung mak cak di ruang tamu memanggil Hanan.

"okey mama. Eh aku balik dulu. Jumpa esok, bye. "

"bye" balas aku dengan senyuman tipis.

Mereka berdua pulang ke rumah. Aku sambung memakan kek coklat didapur.

Senyap, sunyi dan sepi di dapur. Aku teringat dengan apa yang dikatakan Hanan sebentar tadi.

Tak apa kan kalau aku menharapkan sedikit walaupun aku tahu yang dia takkan membalasnya.

Dhia!

Dhia!

Dhia!

Aku tersentak dan melihat mak sedang memanggil aku.

"ye mak?"

"apa yang termenung tu. Mak panggil banyak kali pun tak dengar. Haih teruk dah anak mak ni."

"hehe, kenapa mak panggil Dhia?"

"mak nak cakap nanti tolong angkat kain ye. Mak nak masuk bilik dulu, nak berehat. "

"baik, mak."

To Be Continued
#kakinovel
#BLOOMwItHyOu
❤️

BLOOM WITH YOU Where stories live. Discover now