Semenjak Ukasya memberi tahu tentang Izz yang akan berpindah masuk sekolahnya. Hatinya asyik berbunga-bunga sahaja dari sekolah hinggalah pulang ke rumah.
Tidak sabar baginya untuk berjumpa dengan lelaki yang amat disukainya semenjak sekolah rendah lagi.
Gadis itu berbaring di atas katil yang bersaiz katil bujang. Well bilik aku ni tak adalah sebesar mana. Cukup untuk dia seorang sahaja.
Dhia bermain fon sambil memakai headfone yang berwarna biru laut di atas kepalanya. Lagu jiwang dimainkan bagi mengurangkan bosan baginya.
Dia sedang scroll melihat gambar-gambar di Instagram yang menarik perhatiannya. Dia melihat satu gambar yang baru di hantar oleh seorang pengguna account itu.
"haih... Wahai jejaka idaman hati ku. Kenapalah kau begitu handsome sekali. Rambut kau yang hitam bagaikan di sapu arang. Muka kau yang putih bagai di tabur tepung beras. Bibir mu yang merah dan sexy bagaikan merah buah delima. Oh, aku cinta padamu. Cinta ku tidak akan hilang buat selamanya, HAHAHA."
Dhia ketawa berseorangan di dalam bilik dan berguling-guling di atas katil tanpa menyedari seseorang sedang melihat kearahnya.
" seronok nampak anak dara ni. Mesej pakwe lah tu. " tegurnya.
" ish apa kak long ni. Adik mana ada pakwe. "
" eleh habis tu yang senyum-senyum dari tadi tu apa benda . Siap puji bagai. 'Wahai jejaka idaman hati ku. Rambut kau bagaikan di sapu ara..' "
" ish kak long.."
Dhia memukul kakaknya sedikit kuat tetapi sama sahaja apabila kakaknya tetap mentertawakannya.
" kak long datang bilik adik nak apa. Orang tengah sedap berangan kak long pergi kacau kenapa. Terus adik tak ada feel dah."
"sebab kak long tak nak adik kak long asyik beranganlah kak long masuk bilik kau."
Kak long memelok aku dengan kuat secara tiba-tiba. Ish kenapa pula dengan kak long aku ni. Sesak nafas aku dia pergi peluknya.
"kak long kenapa? Pergilah peluk suami kak long tu. Adik pula yang dipeluknya. "
"saja lepaskan rindu dekat adik kak long sorang ni."
Kak long melanyak aku di atas katil. Ya Allah, kau tahu tak kau ni berat. Dah tua, dah kahwin pun perangai still macam budak-budak. Pergilah lanyak suami kau tu sampai leper.
"aduh.. Kak long, kau beratlah."
Kak long ketawa dan membetulkan posisinya kepada duduk.
"ni kak long nak cakap ni. Nanti kak long dah nak balik rumah kak long. Adik duduk rumah jaga mak ya. Dengar cakap mak. Jangan buat mak nangis. Ingat sejak arwah ayah tak ada mak selalu berjuang untuk menyara hidup kita. Sekarang dia dah tua. Adik jaga dia ya. "
Aku yang mendengarnya lekas ke posisi duduk menghadap kak long.
"kak long dah nak balik? Sekejapnya kak long dekat sini. Kata duduk sini sampai hari ahad. Sekarang baru hari jumaat.
" bos suami kak long call tadi. Bos dia kata kena kerja esok. So kak long kena balik ikut dia jugalah. "
" kenapa kak long tak duduk sini je. Biar suami kak long pergi kerja esok."
"tak boleh sayang. Kak long pun ada kerja juga kat sana"
"ala kak long, kak long tak kasihan ke kat mak dengan adik. Mak selalu cakap kat adik yang mak rindukan kak long."
"kak long pun rindukan mak dan kau. alaa kak long bukannya tak balik sini pun. Setiap bulan kak long balik." katanya.
Aku memuncungkan mulut ku tanda protes. Kak long bangun dari atas katil ku dan menuju ke pintu untuk keluar.
"tak nak bye-bye kak long ke. Kak long dah nak pergi ni. Kau duduklah situ sampai berjanggut. Kak long tak kesah."
"ish.. Iye lah." kata aku merungut.
Aku mengikuti langkah kak long ku dari belakang. Di ruang tamu terlihat mak dan suaminya kak long sedang berborak.
"ha turun pun. Apa lama sangat kat bilik tu." kata mak sambil meminum air tehnya.
"tak ada apa-apalah mak. Cuma kakak lepaskan rindu kakak kat adik je." jawap kak long.
Mak hanya menganggukkan kepala sahaja tanpa menjawap. Dia hanya mengambil biskut dan mencelupnya di dalam air teh lalu memakannya.
"kau balik lagi tak ke sini?" soal mak.
"insyaallah, balik mak. Kalau ada cuti bulan depan." jawap abang Rizz yang merupakan abang ipar aku.
"mak kami minta diri dulu ye. Takut nanti jem pula balik sana." kata abang rizz meminta diri untuk pulang ke rumah mereka.
"hmm iyalah."
"ni duit untuk belanja mak dengan adik. Mak jaga diri ya. Maaflah sebab Rizz terpaksa balik awal. Boss tempat kerja suruh kerja esok pula."
"tak apa, Mak faham rizz. Kau pun ada kerja juga nak dilakukan. Sekurang-kurangnya kau menjenguk mak, tunjuk muka kau kat mak pun dah cukup bagi mak. Kau nanti balik singgah rumah mak kau sekejap kan. Ha nanti kirim salam kat dia ya."
"baik mak."
Aku memimpin mak menuju ke pintu rumah. Kak long sempat menyalam tangan mak dan memeluknya erat. Nampak sangat muka kak long seperti sedih kerana tidak mahu meninggalkan kami berdua.
"mak jaga diri ya."
"kamu tu pun sama."
Kami berdua melihat kereta perodua bezza meninggalkan kawasan perkarangan rumah. Melihat mak sedih membuatkan aku pun berasa sedih.
TBC.
YOU ARE READING
BLOOM WITH YOU
RomanceObsess. Itulah perkataan yang sesuai digunakan bagi mengambarkan seorang gadis yang di beri nama DHIA RAISHA. "Aku akan pastikan kau akan menjadi suami aku. I LOVE YOU." - DHIA RAISHA. Kata gadis dengan beraninya. "Kau siapa?" - IZZ NAUFAL. Kisah...