Aku menutup pintu rumah. Mak sedang duduk menghadap tv menonton cerita akasianya.
"Assalamualaikum, piah.. Oh piah. Kau ada kat rumah."
Haih.. Belum sempat aku menutup pintu rumah dah ada orang datang pula. Memang rumah aku ni tak boleh pintu terbuka sikit mesti ada orang nak datang.
Famous betul mak aku ni.
"waalaikumusalam... Ooh aunty cak." jawab aku apabila melihat mak cak di depan pintu pagar.
Kenapa panggil mak cak. Sebab dia kata itu nama glamour nya semasa di kampung. Jadi sudah sampai terbawa-bawa ke sini jadi aku pun panggil lah aunty cak.
"janganlah panggil aunty, panggil mak cak je sudah. mak kau ada Dhia."
"ada ni ha. Tengah tengok tv. Masuklah."
Bahhh!!
"ouh mak kau cicak."
Sergah seseorang dari belakang mak cak. Membuatkan mak cak terkejut.
"bertuah punya anak." marah mak cak kepada gadis yang bernama Hanan. Btw, mak aku dengan mak Hanan ialah kawan baik. Rumah kami pun tidaklah jauh mana. Lebih kurang 3 minit je jalan kaki.
"mama nak jadi cicak." kata Hanan sambil ketawa.
"tak nak mama jadi cicak. Geli."
" best apa jadi cicak. Boleh melekat kat dinding mengintai orang handsome mandi."
"gatalnya budak ni. Kau gatal sangat pergi kahwin."
"alaa saja je nak gurau-gurau dengan mama."
Aku dan Hanan ketawa bersama-sama.
"siapa tu Dhia?" soal Mak dari dalam rumah.
"aunty cak, mak."
"Assalamualaikum, piah. Kau sihat?"
serbu mak cak melulu masuk ke dalam rumah. Sempat aku menyalam tangan mak cak tetapi agak sakit apabila dia menghantuk tangannya ke dahi aku. Wui berdenyut dahi aku.
"syukur, alhamdulillah sihat."
" Dhia buatkan air untuk mereka berdua."
"baik mak."
"alah susah-susah je."
Aku pergi ke dapur dan membiarkan mereka berdua berborak.
"hello makwe. Tengah buat air ke?"
Tegur seseorang dari belakang aku. Siapa lagi kalau bukan beruk kesayangan aku seorang ini. Hehe.
"hello, ni ha tengah berus baju suami ni. Tak nampak ke?"
"amboi kau. Senyap-senyap belakang family kau lagi gatal daripada aku."
Dhia ketawa.
"alang-alang kau dah ada kat dapur ni tolong ambilkan gula dalam peti sejuk. Gula dalam bekas ni dah habislah."
"okey madam."
Hanan membuka peti sejuk.
"wah, ada kek coklat. Nak sikit boleh?"
kata Hanan apabila melihat bekas tupperware yang berisikan kek coklat yang diberikan oleh kak long.
"tak boleh, itu kek coklat buatan kak long khas untuk aku seorang sahaja. Hanya aku dan mak aku sahaja boleh makan. "
"alah bolehlah sikit je."
Hanan dengan selamba badaknya mengambil bekas tupperware itu dan meletakkan di atas meja. Inilah kawan. Kalau datang rumah aku benda pertama sekali dia ambil adalah makanan.
Memang wajib baginya curi makanan kat rumah aku ni. Maybe rumah dia tak ada makanan. Tapi tak mungkinlah, mak dia selalu masak sedap-sedap setiap hari kut. Sampai kat rumah aku ni pun boleh bau haruman ayam masak merahnya.
"kau tak payah tanyalah kalau aku kata tak boleh kau ambil juga. Gula mana gula. Aku suruh ambil gula bukan ambil kek."
Hanan ketawa.
"jangan marah."
Hanan kembali ke peti sejuk dan mengambil sepeket gula dan memberi kepada Dhia. Aku membuka peket gula itu.
"we kau kenalkan cousin aku yang minat kat kau tu?" soal Hanan sambil menyuapkan kek coklat ke dalam mulutnya.
"oh, lelaki berambut landak tu ke. Eww kenapa kau tanya pasal dia tiba-tiba."
"tak adalah, hari ini dia tidur rumah aku sebab besokkan ada kenduri doa selamat kat rumah aku."
"kenduri doa selamat? Aku tak tahu pun ada kenduri doa selamat."
"macam mana kau nak tahu kalau kau asyik duduk terperap dalam bilik melayan lelaki pujaan hati kau tu."
"dia yang tak bagi tahu kita lepastu nak marah-marah kita pula. Suka hati i lah nak layan apa-apa pun miss Hanan suhayla."
Aku membancuh air sirap di dalam jug air. Ais diambil di dalam peti sejuk dan di letakkan di dalam jug air itu. Aku membawa air itu ke ruang tamu bagi tetamu minum.
" iya Piah, aku pun tak tahu kenapa jadi macam itu. HAHAHAH."
Amboi, mengilai suara mak cak dari hadapan. Membawanglah tu dua orang kat depan tu. Itulah kerjanya kalau datang ke sini.
Aku meletakkan dulang di atas meja.
"aunty cak, jemputlah minum." pelawa aku.
"terima kasihlah Dhia oi. Bagus anak dara kau ni. Kalau nak mengharapkan anak dara aku yang kat dapur tu ada sahaja alasan nak buat kerja."
"Mama, Hanan dengar mama mengumpat Hanan kat depan tu." jerit Hanan dari dapur dengan suara yang penuh dengan makanan.
"dengar pula mama mengumpat, kalau mama panggil kat rumah tak ada pula dengar."
"Hanan ada panca indra ke-6 iaitu firasat orang mengumpat tahu."
"banyaklah kamu."
Aku ketawa tak berhenti-henti. Ada sahaja lawak mereka berdua ni. Tak jemu rasanya apabila bersama dengan mereka.
To Be Continued
#kakinovel
#BLOOMwItHyOu
❤️
YOU ARE READING
BLOOM WITH YOU
RomanceObsess. Itulah perkataan yang sesuai digunakan bagi mengambarkan seorang gadis yang di beri nama DHIA RAISHA. "Aku akan pastikan kau akan menjadi suami aku. I LOVE YOU." - DHIA RAISHA. Kata gadis dengan beraninya. "Kau siapa?" - IZZ NAUFAL. Kisah...