"Izz, sudahlah tu main game." tegur Puan Mariam di hadapan pintu bilik.
"give me five more minutes, please ibu."
"no more five minutes, we're gonna late because of you. Sekarang dah pukul 6 petang. Nanti kita lambat nak pergi rumah kawan ayah." marah Puan Mariam kepada anaknya yang sibuk bermain game di telefonnya.
"ibu kata pergi malam, kenapa pula sekarang nak pergi." rungut Izz di atas katil.
"ayah kamu yang nak pergi awal. katanya bolehlah bantu sikit-sikit ke kat kenduri rumah kawan ayah nanti."
" can i asking you something?"
"what son?"
"emm boleh tak kalau Izz tak ikut pergi rumah kawan ayah tu. Izz busy lah. " kata aku cuba memujuk ibu.
"busy apa? Busy main fon? Jangan nak mengada-ngada. Kalau kamu tak nak tengok ayah kamu mengamuk balik kerja nanti baik kamu pergi bersiap sekarang."
Aku memandang muka ibu dengan wajah yang simpati. Tetapi wajah ibu tidak pun menunjukkan dia kesah dengan wajah simpati aku. Aku mengeluh berat dan bangun dari katil.
" alright, izz pergi bersiap sekarang. "
" good, That's my son"
Selepas ibu keluar dari bilik aku. Aku terus baring kembali di atas katil. Badan terasa berat pula hendak bangun kali ini.
Haih, kenapalah parents kat Malaysia ni suka bawak anak-anaknya pergi kenduri.
"Izz, kamu baring lagi ke. Go take a shower quickly. Lagi beberapa minit sahaja sebelum ayah kamu balik. Cepat! " jerit Puan Mariam dari bawah.
"ye ibu, on the way lah ni." balas aku.
Izz mengambil tuala yang tergantung di kerusi dan secara tidak sengaja telah menjatuhkan sebuah buku di atas meja belajar itu.
Dia mengutip kembali buku itu yang terjatuh di atas lantai bilik. Izz menatap buku yang agak usang dan lama itu. Dia mula mengenangkan seseorang.
Dia teringat akan masa lalunya. Buku yang di genggamnya itu ialah kepunyaan seorang kenalannya semasa kecil. Dia memberikan buku itu kepada Izz sebagai tanda perkenalan mereka yang pertama kali.
Dia menggenggam buku yang bertajuk Bloom itu dengan kuat.
"aku benci kau. " katanya dengan nada yang agak perlahan.
******
"anaklah ayam~ anak ayam turun sepuluh~ mati seekor, mati seekor tinggal sembilan~"
"menyanyi pula anak dara seorang ni. Pegang elok-elok kuih karipap tu. Nanti jatuh." marah Puan Sofeah kepada Dhia yang berjalan sambil melenggang.
"Alaa, mak ini. Baru Dhia nak feeling, feeling zaman P. Ramlee dulu."
"Ha ye zaman P. Ramlee. Kang jatuh terkehel habis kuih aku."
"Jangan risau, Dhia tak aka... auch! "
jatuh aku tersandung batu. Haih, cepat betul nasib malang aku sampai. Nasib kuih itu selamat cuma tuan yang memegangnya je tak selamat.
"kan mak dah cakap."
"Aduh mak sakit, sakit. Kaki Dhia tiba-tiba terasa kejang."
"ha, kau biar betul. Mak mana boleh membongkok nak selamatkan kau. Nanti belakang mak sakit."
"aduh sakit mak. Dia tarik mak, dia tarik."
Aku mengadu kesakitan di kaki kerana kekejangan.
Aduh, dah lah kat tepi jalan, buat malu saja nanti orang lalu tengok. Dan betul sangkaan aku apabila ada sebuah kereta lalu dan berhenti berdekatan dengan kami.
"eh Abang kenapa dengan budak tu. Kesian saya tengok. Dia cacat ke? Susah nak berjalan. " kata Puan Mariam risau.
"haahlah, kenapa tu? Izz kamu pergi tengok budak tu sementara ayah pergi cari parking." kata pula Encik Ijam.
"ala ayah, itu budak kampung tengah cari cacing tu. Jangan layan. " kata Izz sambil matanya tidak lekang melihat telefon.
"Banyaklah kamu cari cacing. Pergi tolong cepat."
Izz membuat muka pasrahnya. Telefon diletakkan di tepi seat. Dia keluar dari kereta dan menghampiri mereka berdua.
"mak sakit mak. Tolong, aduh." mengaduh Dhia dengan kuat. Sakit gila dia tarik ibu jari kaki aku. Kenapalah kau kejang sekarang wahai kaki ku sayang.
"erm maaf, boleh saya bantu?" tegur Izz untuk memberi bantuan kepada mereka.
"ha dik, tolong anak mak cik sekejap. Kaki dia kejang. Mak cik tak boleh nak membongkok sebab nanti belakang mak cik sakit. Tolong anak mak cik." jelas Puan Sofeah.
Izz mengangguk dan menghampiri si kaki kejang itu.
Izz terkaku. Mata mereka berdua menatap antara satu sama lain. Terkejut bukan ke palang. Terlihat Dhia pun menunjukkan reaksi yang sama sepertinya.
Betul ke apa yang aku nampak ni. Ini IZZ NAUFAL. Aku bermimpi ke? Desis hati Dhia.
"Argh! Sakit tolong." jerit aku sakit kekejangan. Mahu sahaja dia menangis di situ. Heh dramalah kau Dhia. Mentang-mentang bakal suami kau kat hadapan kau bukan main kau kuat berlakon.
"bahagian mana yang sakit, meh sini aku tolong." kata Izz sedikit berlembut. Dhia menunjukkan ke arah ibu jari kaki kirinya.
Izz tanpa melengahkan masa mengangkat kaki Dhia dan meletakkan di atas pehanya. Dia mengurut perlahan dan membengkokkan ibu jari kakinya ke arah Dhia bagi mengurangkan kekejangan.
Aku mengerut dahi. Sakit woi.
"Dhia, kamu ok tak." kata mak yang risau akan anaknya itu.
"ok sikit mak, nasib baik bakal menantu anak mak tolong Dhia." jawap aku dengan muka yang masih berkerut.
Ceh! Dalam hati masih sempat mengambil kesempatan nak kenalkan dekat mak, hoho.
"ha? Bakal menantu?" Puan Sofeah memandang budak lelaki yang mengurut kaki anaknya.
"ehem, kau jangan nak mengada-ngada." Izz menekan kaki aku dengan kuat.
Argh!
Aku menjerit kesakitan.
To Be Continued
#kaki novel
#BlOOMwItHyOu
❤️
YOU ARE READING
BLOOM WITH YOU
RomanceObsess. Itulah perkataan yang sesuai digunakan bagi mengambarkan seorang gadis yang di beri nama DHIA RAISHA. "Aku akan pastikan kau akan menjadi suami aku. I LOVE YOU." - DHIA RAISHA. Kata gadis dengan beraninya. "Kau siapa?" - IZZ NAUFAL. Kisah...