BWY 2

325 25 0
                                    

"Hanan, kau merajuk lagi ke dengan aku? " pujuk Dhia.

Sejak Hanan merajuk dengannya. Dhia merasakan hatinya mula rasa kekosongan. Tiada siapa yang ingin diajak bergurau-senda bersamanya. Senang cakap, it's bored without your friend to be crazy every moment.

"Dahlah tu, janganlah majuk-majuk. Kau nak aku belikan apa untuk kau. Ikan? Nasi ayam? Gayung? Selipar? Batu bata? Batu konkrit? Ha cakap je, nanti aku belikan." kata Dhia walaupun dia tahu yang dia tidak mempunyai duit sebanyak itu untuk membeli semua itu.

It's okey, demi kawan, aku akan buat apa sahaja, dialah satu-satu kawan rapatnya yang selalu ada denganya.

Hanan masih senyap tanpa sebarang sahutan. Riak wajahnya hanya tidak endah sahaja apa yang dikatakan oleh Dhia. Dhia mengeluh berat.

"okey, fine. Kau cakap je apa yang kau nak."

Hanan memandang aku yang sedang duduk mencangkung di sebelah mejanya. Hanan tersenyum secara tiba-tiba membuatkan aku meremang.

Kenapa pula dengan kawan aku ni. Tiba-tiba senyum ni apahal. Eee seramlah. Desis hati Dhia.

"betul ni kau nak belikan aku apa-apa je?"

"ya, sumpah aku akan belikan kau apa sahaja."

"kalau macam tu rehat nanti kau kena ikut aku."

"pergi mana?"

"adalah rahsia."

*****

(rehat)

Kami tiba di lokasi yang dinamakan syurga bagi setiap murid di sekolah itu.

Tempat shopping complex. Atau lebih dikenali ialah Kedai buku sekolah.

Aku memandang kedai buku itu dan melihat Hanan kembali. Hanan jalan dan masuk ke dalam kedai buku itu. Aku mengikuti langkahnya dari belakang.

Hanan memandang aku tepat. Dia tersenyum sekali lagi membuatkan badan aku terasa meremang buat kali kedua.

Kenapa dengan budak ni? Kata Dhia berbisik di hati.

"kau nampak tak tu?" kata Hanan menyiku-nyiku lengan ku.

"apa benda?"

"alah.. Benda tu."

Hanan menunjukkan jarinya ke arah atas rak di sebelah kirinya itu. Terlihat pen kilat bewarna-warni yang elok tersusun di dalam kotak kecil.

Aku terkedu

Itu... Itu pen yang teringin aku nak beli. Tapi kalau aku beli.. cukup ke duit aku untuk belanja makan aku. Tapi aku pun nak juga pen tu. Bisik hati Dhia.

Aku memandang pen kilat itu seperti ia sedang melambai-lambai ke arah aku dan mencuba menghasut aku untuk membelinya. Aku memandang Hanan yang sedang mengangkat keningnya berkali-kali.

"kau... Kau nak tu?" soal ku kepada Hanan. Hanan menganggukkan kepalanya. Aku tersenyum kelat. Aku menghampiri acik kedai buku itu.

"ha, nak apa dik? " katanya seperti mahu cari gaduh.

Aduh acik kedai ni. Janganlah buat aku nervous.

"erm... Berapa pen kilat tu?" Aku menunjukkan dimana pen kilat itu berada.

"oh ini, RM1 kalau beli satu batang pen."

Aku memandang Hanan yang berada di luar kedai buku dan memandang kembali acik kedai yang garang tadi. Aku menelan air liur sambil mengeluarkan beg dompet aku yang bercorakkan kartun barbie berwarna pink.

Zippp..

Aku melihat dua keping duit kertas yang berada di dalam Wallet itu. Glup! Aku menelan air liur kesat.

"erm bolehlah cik. Saya nak 2. Saya nak warna pink dan purple. " Akhirnya aku membuat keputusan untuk membeli juga pen untuk Hanan dan diriku sendiri.

Aku mengeluarkan duit sebanyak RM2 untuk membayar pen kilat yang ku beli itu.

Hanan yang berada di luar sudah tersenyum-senyum melihat barang yang diingininya.

Tetapi senyumannya mati apabila melihat Dhia yang menangis keluar dari kedai buku itu.

Hanan berasa pelik.

"kenapa kau menangis?"

"duit aku dah habis huk huk."

Dhia menunjukkan wallet nya kepada Hanan. Hanya terlihat habuk sahaja. Entah berapa lama dia tidak membersihkan beg dompetnya. Kemudian dia memandang dua pen kilat yang di pegang oleh Dhia.

"kenapa kau beli dua kalau tak cukup duit."

"sebab...huk huk... Sebab cantik sangat. Pen ni cuba menghasut aku untuk belinya. Pink bling - bling nya buatkan aku tergoda. Akhirnya, aku beli juga untuk diri aku sendiri." jelas Dhia.

Hanan mengelengkan kepalanya.

"Jadi habislah duit belanja kau?"

"habislah.." kata Dhia dengan suara yang serak.

"haih Dhia, Dhia. Tak apa, kali ini biar aku pula yang belanja kau makan nasi ayam." Pujuk Hanan.

"betul ni.."

"yup, betul."

"aku sayang kau my best friend. Thank you so much."

"sama-sama."

Tidak jauh daripada mereka berdua membuat drama. Satu keping kertas yang berwarna hijau terbang dan jatuh ke arah mereka.

Dhia yang perasan kertas itu terbang dan jatuh ke arah kakinya lekas dipijaknya.

Hiak! Bunyi Dhia apabila memijak kertas hijau itu.

" apa benda tu?" soal Hanan.

Dhia melihat kertas itu dengan jelas dan tersenyum besar hingga menampakkan giginya yang tidak berapa nak putih.

"we Hanan tengok.... Duitlah..." kata Dhia.

"wah RM5 lah."

Mata kami mula bersinar-sinar.

"Ya Allah, terima kasih sebab kau jatuhkan duit RM5 dari langit. Tahu-tahu sahaja hamba mu ini tidak mempunyai duit." kata aku bersyukur.

Tangan aku cuba mencapai duit kertas yang bernilai RM5 itu di tapak kasut aku. Tetapi baru sahaja nak ambil tiba-tiba.....

Bukk!

To Be Continued
#kaki novel
#BLOOMwItHyOu

BLOOM WITH YOU Where stories live. Discover now