Bab 1 #MRA

13.5K 370 31
                                    

Assalamualaikum!

Tengku Affian Zaidy Ibrahim ibni Al-Sultan Adam Ibrahim Al-Ruqman

Tengku Affian Zaidy Ibrahim ibni Al-Sultan Adam Ibrahim Al-Ruqman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nabila Ilayda Noor binti Kuhairi

---------------------------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---------------------------------------------------------

WAJAHNYA yang tanpa senyuman dipandang semua. Badan tegapnya berjalan melepasi pekerja yang berdiri tegak disisinya.

Semuanya menunduk apabila tubuh tegap itu melepasi mereka. Perlu menghormati, bukan biasa-biasa orang yang berjalan dihadapan mereka ini.

"Selamat datang Tengku Affian" seorang gadis yang lengkap berpakaian kot pejabat itu berdiri penuh hormat dihadapan tubuh tegap itu.

'Tengku Affian' mengangguk dan berjalan melepasi gadis itu. Dia tidak layan langsung senyuman manis yang diberikan kepadanya.

Dadanya diusap. Huh sabar! Raja tu! Bukan biasa-biasa orangnya!

Ya, dialah Tengku Affian Zaidy Ibrahim ibni Al-Sultan Adam Ibrahim Al-Ruqman ibni Al-marhum Muhammad Yunus Al-Ruqri. Umurnya mencecah 25 tahun pada tahun ini. Dia juga seorang pemegang syarikat AF'S Entertainment Sdn.Bhd. dan Resort AFIM Ruq.

Dia juga bakal menjadi Raja selepas sahaja Ayahandanya, Al-Sultan Adam Ibrahim Al-Ruqman ibni Al-marhum Muhammad Yunus Al-Ruqri meletakkan jawatan sebagai Raja.

Tengku Affian seorang yang sangat angkuh dan tidak pernah bibirnya mengukirkan senyuman selepas sahaja kematian adik kandungnya, Tengku Adalia Zulaikha Imani.

Semenjak dari itu, Tengku Affian tidak akan langsung mengukirkan senyuman apabila dia berjumpa orang selain daripada ahli keluarganya.

Gadis tadi pula ialah Lisa Surihani, setiusaha Tengku Affian. Lisa sudah muak dengan perangai Tengku Affian setelah dia bekerja bersama Tengku Affian selama 5 tahun. Tiada siapa mampu menahan perangai bekerja bersama Tengku Affian kecuali dirinya.

Sebenarnya, dia terhutang budi dengan Tengku Affian yang pernah menyelamatkan dirinya daripada hutang arwah ayahnya. Jadi dengan itu, dia sanggup bekerja sampai bila-bila bersama dengan Tengku Affian.

(✔) Mr Raja AngkuhWhere stories live. Discover now