SUDAH 3 bulan berlalu. Hari ini, 2 Oktober adalah hari sah majlis pernikahan Nabila dan Tengku Affian. Segala persiapan sudah siap disediakan.
Ramai juga rakyat jelata yang hadir melihat pernikahan bakal raja baharu mereka. Nabila yang sedang didadan oleh jurusolek khas tempahan dari Eropah itu diam sahaja.
Dia masih sukar menerima hari ini ialah majlis pernikahan dia dan Tengku Affian. Esok pula majlis perkahwinannya dan lusa majlis sahnya Tengku Affian menjadi Raja.
“Done! You already look beautiful ma'am, so sweet and pretty! ” Nabila tersengih kecil. Dia melihat wajahnya di cermin yang berhadapan dengannya. Dia juga nampak perbezaan wajahnya setelah dicalit barang solek.
Sejujurnya, Nabila bukanlah seorang yang suka berhias begini. Dia lebih suka sederhana dan mukanya yang tiada apa-apa dicalit kecuali bedak dan lipbam sahaja.
Pintu diketuk. Danie masuk bersama-sama Naim di tangannya. Sesungguhnya, dia akan menemani Nabila ke atas pelamin sementara akad nikah dilangsungkan.
Naim berlari kecil ke arah Mama kegemarannya. Di peluknya kaki Nabila dan Nabila mengusap manja pipi Naim. Comel sangat anak buahnya dengan baju Melayu berwarna emas cair itu.
“Mama nak kahwin dengan Papa Ian! Tak sabar nak dapat kawan dari Mama dan Papa! ” Keningnya berkerut pelik. Kawan?
“Kawan? Apa maksud Naim? ” Naim mengekek kecil. Dia hanya menggeleng kecil dan menyorokkan wajahnya di kaki Nabila yang sudah disarung baju nikah.
Nabila yang malas memaksa, hanya diam memandang Danie yang sudah duduk disebelahnya. Nabila gementar, ye gementar! Nasib Hayati, Maryam dan Farah bakal duduk disampingnya nanti. Sudah kalau sahabat bakal permaisuri, memang duduk bahagian VVIP lah jawabnya.
“Nabila masih susah nak terima kenyataan ni, bukan? ” Nabila mengangguk mengiyakan apa yang keluar dari mulut Danie. “Akak tahu susah nak terima, tapi kamu perlu terima kenyataan. Ini dunia yang hanya sementara, Allah bagi kita pelbagai dugaan dan merasai kebahagiaan ini semua sementara. Jadi hargai sebaiknya. Mesti ada hikmah disebalik semua ini”
Nabila mengangguk lagi. Pintu bilik pengantin perempuan diketuk. Nabil masuk bersama-sama mahkota kecil di tangannya. Ini harus dipakai oleh Nabila saat akad nikahnya nanti.
Bakal permaisuri nak nikah guys, kenalah bermahkota. Kau ingat, raja je yang pakai?
“Lawa adik abang ni, seiras arwah ibu. Jom, majlis dah nak mula” Nabila bangun dan dibantu oleh Danie. Baju nikahnya yang sederhana tetapi dijait dengan kain khas ini, sungguh mahal jika dibeli oleh orang biasa.
Baju ini hanya ada satu di dunia ini. Direka khas oleh seorang pereka fesyen baju pengantin di Itali. Baju ini juga sememangnya mengikut size badan Nabila dan hanya dicipta untuk pernikahan Nabila sahaja.
Tidak akan sesekali baju ini keluar ke pasaran. Kerana ini design dari Permaisuri, tak akan nak jual sesuka hati.
Perlahan-lahan Nabila turun dari tangga besar yang berada di tengah-tengah ruang utama istana. Tangga yang mampu mencapai ke tingkat tiga itu dipandang oleh semua orang.
Seluruh ahli keluarga Tengku Affian, memandang Nabila yang sungguh cantik itu. Nabila turun bersama tangannya memeluk tangan Nabil dan Danie. Naim pula memegang tangan sebelah Danie.
“Cantik sungguh bakal Permaisuri baharu ini. Tidak terkata wajah cantik berserinya ini, menarik minat” kata-kata dari Al-Sultan Adam, membuatkan wajah Nabila malu.
Tengku Zaidah menolak perlahan lengan suaminya. Sibuk jer nak berkata manis kepada bakal menantunya itu.
Setelah tiba di hadapan pintu besar istana ini, pintu dibuka oleh pengawal di luar. Seluruh rakyat yang sedang menunggu ketibaan bakal permaisuri mereka itu mula menepuk tangan saat Nabila yang keluar dari pintu besar itu.
YOU ARE READING
(✔) Mr Raja Angkuh
Hayran Kurgu"Hanya dia yang mampu mencairkan Raja Angkuh itu" Perkahwinan antara si gadis biasa bersama-sama dengan Raja paling angkuh. Perkahwinan paksa itu mampu mengubah kehidupan Raja. Daripada keAngkuhkan yang sangat tinggi, menjadi Raja yang sangat penyay...