Bab 12 #MRA

5.3K 156 1
                                    

DI sebuah rumah teres yang bertingkat dua, seorang lelaki iaitu Adam William Kim berjalan masuk ke dalam bilik seseorang.

Pintu dibuka dan Adam masuk. Dia melihat seorang lelaki yang serupa sepertinya tetapi mempunyai wajah yang sedikit berbeza.

Lelaki itu hanya melukis gambar di papan lukis itu. Penselnya tidak henti dilakar.

“Danish”

Suara Adam yang memanggil lelaki tersebut, menarik perhatian dia. Pensel diletakkan, dan lelaki yang dipanggil ‘Danish’ itu memusingkan tubuhnya.

Danish William Kim, kembar tidak seiras Adam William Kim. Seorang pelukis terkenal dan mempunyai suara yang sangat merdu.

“Kenapa Adam? ”

Tanya Danish dengan suara merdunya. Dia mempunyai ciri-ciri suara yang sangat diminati semua gadis di luar sana.

Adam memandang Danish dengan pandangan serius.

“Adam dah jumpa Kakak angkat Adam”

“Nabila? ”

Adam mengangguk. Danish berdiri dan berjalan ke arah Adam yang tidak jauh jarak darinya.

Bahu Adam ditepuinya. Danish mengukirkan senyuman manis.

“Adam sudah tiada halangan, jumpalah Kakak Adam, jangan risau, tiada siapa akan halang lagi lepasni”

Adam mengangguk laju. Dia memeluk Danish dengan erat. Air matanya mengalir.

Akhirnya, dia berjumpa semula dengan kakaknya, kakak angkatnya.








TENGKU Affian menggelengkan kepala. Ketiga-tiga adik-beradiknya datang dan telah mengacau scene dirinya dengan Nabila di dapur tadi.

Kalau tidak, mesti akan bersepah dapur jadinya.

“Kenapa datang tak beritahu? Boleh Nabila sediakan sesuatu untuk kau orang semua.. Nabila masak tak banyak”

Tengku Affiana, Tengku Adaria dan Tengku Adryan hanya mengukirkan senyuman tidak bersalah.

“Saja datang buat suprise sikit. Its okay lah Nabila, kita orang dah makan pun sebelum datang”

“Betul tu. Tak perlu susah-susah sediakan makanan. Lagipun kami bertiga dah kenyang ”

Nabila mengangguk. Dia berasa bersalah kerana tidak menyediakan makanan untuk adik-beradik Tengku Affian.

“Sebenarnya kami berdua nak makan malam.. Semalam ada kek yang Affian belikan, jadi kalau nak makan sambil Nabila dan Affian makan, boleh makan sekali”

Tengku Affian memberikan pandangan tajam ke arah adik-beradiknya.

“Boleh je, lagipun dah lama tak makan kek, kan Adaria? ”

“Haah, teringin pula. Jomlah makan, tak elok biarkan lauk tu lama-lama.. Sejuk nanti”

Tengku Affiana dan Tengku Adaria cepat-cepat bangun dan berlari ke arah meja makan.

Manakala Tengku Adryan berjalan perlahan dan mengikut langkah kakak kembarnya itu.

Nabila menggelengkan kepala perlahan. Dia memandang Tengku Affian yang masih mempamerkan wajah tidak puas hati.

Nabila bangun dan mula duduk di atas peha Tengku Affian. Tangannya naik memeluk leher Tengku Affian. Satu ciuman di singgah di pipi Tengku Affian.

“Sudah, tak elok marah-marah, nanti cepat tua raja ni”

“Tapi aku tak puas”

“Malam ni, lepas diorang balik, saya bagi layanan istimewa dekat abang okay? ”

(✔) Mr Raja AngkuhWhere stories live. Discover now