Bab 13 #MRA

7.1K 174 38
                                    

Ending

Okayla, author akan ubah sikit jalan cerita dan ini pengakhirannya.

Maaf kerana jalan cerita yang pendek, tapi author memang tiada idea untuk menyambungkannya.

Jadi mari kita teruskan.

---

LIMA tahun sudah berlalu, kehidupan Tengku Affian dan Nabila sangat bahagia dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Adam juga sudah berjumpa dengan Nabila semula selepas sahaja Tengku Affian membenarkannya.

Kerajaan Tengku Affian juga sangat gembira kerana Tengku Affian dan Nabila dikurniakan sepasang kembar yang berlainan jantina.

Selepas setahun perkahwinan mereka, barulah Nabila disahkan mengandung dan melahirkan sepasang kembarnya selepas sahaja hari perkahwinan Nabila dan Tengku Affian yang ke dua tahun.

Sekarang ini, anak Tengku Affian dan Nabila sudah berusia tiga tahun setengah.

“Mama! Darwish ambik makanan Sumayyah! ”

“Mana ada! Sumayyah tipu mama! ”

Itulah dia, sepasang kembar Tengku Affian dan Nabila, Tengku Darwish Syafwan Ibrahim  dan Tengku Darwisha Sumayyah Ibrahim. Kedua-dua anaknya sangat nakal dan aktif ketika di istana.

Naim juga dikurniakan dua orang adik selepas sahaja Danie melahirkan adik lelaki untuk Naim, setahun selepas itu Danie dan Nabil dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pula.

Muhammad Naim Danish dan Noor Naien Danisha. Naim Daniel ketika ini berusia 8 tahun manakala Naim Danish dan Naien Danisha berbeza usia setahun.

Adam juga sudah berkahwin dengan pilihan hatinya termasuk Danish yang sekarang sudah menjadi pelukis terkenal negara.

Keluarga mereka sangat bahagia tanpa kesusahan lagi. Ketika ini juga, Nabila sedang mengandung 9 bulan 4 hari.

“Darwish, Sumayyah, jangan kacau mama boleh? Kan mama tak sihat”

“Tapi papa, rindu nak main dengan mama”

“Mama kan tengah mengandung.. Ha kejap lagi, abang Daniel, Naim dan Danisha akan datang”

“Yeke papa? Yeay! ”

Dari lahir lagi, Darwish dan Sumayyah memang rapat dengan Naim, Naim Danish dan Danisha. Sangat rapat sehingga sekarang.

Mereka suka bermain bersama-sama.

Nabila perlahan-lahan berjalan keluar dari dapur dengan memegang sebiji kek coklat yang mempunyai hiasan pelbagai coklat.

Selepas melahirkan kembarnya, Nabila mula berminat membuat kek dan Tengku Affian membenarkannya.

Nabila juga mempunyai satu bilik kek khas untuk barang masakkan keknya. Jikalau Nabila mahu jual juga dibenarkan.

“Sayang ni, kan abang cakap biar abang yang bawakkan”

(✔) Mr Raja AngkuhWhere stories live. Discover now