SUDAH masuk sebulan 1 minggu perkahwinan antara Nabila dan Tengku Affian. Mereka berdua masih tidak menegur antara satu sama lain.
Nabila memandang permandangan di atas bumbung rumah dia dan Tengku Affian yang bak istana ini. Air matanya menitis tanpa disedarinya.
Jujur, dia merindui belaian suaminya. Merindui kata-kata manis walaupun suaranya dalam dan tegas. Rindu segalanya tentang suaminya.
Telefonnya dipegang. Dia melihat bahagian call log telefonnya. Langsung tiada tanda-tanda Tengku Affian akan menelefonnya.
Keluhan dilepaskan. Nabila bangun dan terus berjalan masuk ke dalam rumah. Dia terasa ingin keluar untuk ke belakang rumah.
Sebelum niatnya tercapai, Nabila masuk dulu ke dalam bilik dia dan Tengku Affian. Ingin menukar pakaian.
Sampai sahaja di dalam bilik itu, terlihat di matanya satu helai kertas yang tertulis ayat,
"I want you to wear this dress. Pakai cepat, dan pakai makeup juga. Lawa-lawa tau? Lagi 20 minit, akan ada orang datang ambik, cepat sayang.
From your handsome husband,
Tengku Affian~"Senyuman terukir. Cepat-cepat Nabila masuk ke dalam bilik air untuk bersiap. Mukanya dicuci dan giginya digosok.
Dia tidak perlu mandi teruk-teruk kerana dia baru sahaja mandi petang tadi.
Sehelai dress panjang dan berlengan panjang berwarna merah jambu cair itu disarungkan ke badannya. Meja soleknya didekati.
Beberapa alat solek ditepek ke wajahnya. Bibirnya dicalit lipbum yang berwarna merah jambu cair.
Sehelai tudung shawl yang berwarna putih dililit ke wajahnya. Dia memastikan segalanya siap sebelum tangannya mengambil satu beg tangan panjang dan dimasukkan telefon, dompet dan beberapa alat soleknya.
Pintunya diketuk. Cepat-cepat Nabila keluar dan terlihat di matanya, sepupu Tengku Affian, Tengku Zaina dihadapan matanya.
"Dah siap? " tanya Tengku Zaina sopan. Nabila mengangguk. "Okay tak? Hehe, saya tak pandai nak bercantik sangat"
Tengku Zaina mengangguk. Pandai Tengku Affian memilih dress ini. Sesuai dengan tubuh badan Nabila yang kecil itu.
(Nabila Dress)
YOU ARE READING
(✔) Mr Raja Angkuh
Fanfic"Hanya dia yang mampu mencairkan Raja Angkuh itu" Perkahwinan antara si gadis biasa bersama-sama dengan Raja paling angkuh. Perkahwinan paksa itu mampu mengubah kehidupan Raja. Daripada keAngkuhkan yang sangat tinggi, menjadi Raja yang sangat penyay...