PERMANDANGAN di luar tingkap, menjadi santapan mata. Badannya yang hanya dililit selimut tebal itu, tidak menghalangnya untuk menikmati pemandangan yang indah di pagi hari ini.
Satu tangan melingkar di pinggangnya. Rambut panjangnya di usap penuh kasih. "Good morning, sweetheart" .
"Good morning, husband " senyuman manis terukir di wajah. Mahu menjadikan perkara yang ini untuk kenangan bagi mengingatinya sampai bila-bila.
Bahunya terasa berat. Dagu tajamnya diletakkan di atas bahu sang isteri. Dia merapatkan badan mereka sambil mata tidak henti melihat permandangan yang indah ini.
Sama-sama mereka melihat matahari yang bakal naik. Sungguh bertuah dirinya duduk di rumah yang dapat melihat permandangan matahari terbit.
"Sayang suka? " tanya Tengku Affian. Nabila mengangguk. Siapa sahaja tidak suka bukan?
"Hari ni, aku nak bawak kau keluar ke suatu tempat" kata dari Tengku Affian itu menarik perhatian Nabila. Dia memusingkan tubuhnya dan tangan naik memeluk leher sang suami.
"Kita nak pergi mana, abang? " Tengku Affian hanya diam. Dia mencium sekilas dahi si isteri . "Pergi suatu tempat, tempat tu rahsia. Sebelum pergi sana, kita melawat kubur adik aku"
Nabila mengangguk. Mereka berdua terus menikmati semula permandangan di luar tingkap.
Tanpa mereka sedar, ada mata yang memerhati dari jauh. Hatinya berkencang marah. Matanya mula memandang Tengku Affian dan Nabila yang bermesra di pagi hari.
"Gembira lah selagi masih ada, Affian"
Nabila memandang Tengku Affian yang segak berpakaian tshirt putih bersama jaket kulit hitam dan dipadankan dengan seluar jeans hitam. Sungguh kacak jika dilihat dengan sebelah mata.
Manakala Nabila hanya dress panjang yang berbelang putih, hitam dan kelabu turut dipadankan dengan seluar jeans putih dan tudung shawl berwarna putih juga.
Dia tidak pernah terfikir dia mempunyai pakaian ini. Pakaian dia juga dipilih oleh Tengku Affian sendiri.
Tiba sahaja di tapak perkuburan Islam, mereka berdua keluar dengan Yaasin di tangan. Tengku Affian juga membawa keluar tikar bersama.
YOU ARE READING
(✔) Mr Raja Angkuh
Fanfic"Hanya dia yang mampu mencairkan Raja Angkuh itu" Perkahwinan antara si gadis biasa bersama-sama dengan Raja paling angkuh. Perkahwinan paksa itu mampu mengubah kehidupan Raja. Daripada keAngkuhkan yang sangat tinggi, menjadi Raja yang sangat penyay...