Bab 7 #MRA

6.2K 223 17
                                    

KETIGA sahabat itu hanya berjalan sambil membawa beg kertas di tangannya. Mata tidak henti-henti melihat persekitaran kawasan yang mereka sedang berjalan ini, tak lain tak bukan, sebuah pusat membeli belah.

"Wei, kau orang nak beli apa lagi? Aku dah penat do" tanya Farah dengan keluhan dilepaskan. Sudah hampir dua jam mereka membeli belah.

Farah ini pun, hanya membeli dua barang sahaja manakala Maryam dan Hayati, membeli pelbagai barang. Al-maklumlah kalau dah keluar shopping memang habis lah.

Hayati menjeling Farah, "Kau ni, tak habis-habis merungut! Bukannya selalu kita keluar pun kan? Nabila dah kahwin, susah nak ajak keluar.

Alang-alang kita yang masih single ni kena habiskan masa bersama! " Bibirnya dimuncungkan.

Tergelak kecil Farah jadinya. Suka melihat wajah kerut Hayati. "Single konon. Aku bagitahu tunang kau baru tahu! "

Hayati yang mendengar apa yang diperkatakan Farah, terus bengang. Dia berjalan ke arah Farah dan dihempas dua beg kertasnya ke badan Farah.

Farah hanya ketawa sambil cuba mengelak. Maryam sudah tergeleng-geleng kepalanya melihat Hayati yang tidak henti memukul Farah.

Satu kedai dilihatnya. Kedai yang menjual patung teddy bear. Teringat Maryam apabila melihat patung itu. Patung teddy bear ialah patung kegemaran Nabila.

Entah kenapa, Maryam berasa rindu akan kawan baiknya itu. Semenjak Nabila berkahwin dengan Tengku Affian, jarang ingin Nabila keluar seperti dahulu.

Dia berharap sangat, Nabila keluar bersama mereka.












NABILA hanya diam sambil makan nasi goreng dihadapannya. Tengku Affian yang juga makan, diendahkannya.

Kerana ego, Nabila langsung tidak memandang apatah lagi bercakap dengan Tengku Affian. Hatinya masih terasa dengan apa yang Tengku Affian lakukan.

Tengku Affian juga diam. Dia masih bersama rancangannya. Tidak mahu bercakap atau menegur Nabila selagi rancangannya tidak selesai.

Habis sahaja makan, Tengku Affian terus bangun dan meninggalkan meja makan. Selalunya, selepas makan, mesti Tengku Affian mencium dahi Nabila tetapi kali ini, Tengku Affian hanya berjalan meninggalkan meja makan.

Semakin dalam sakit yang Nabila rasakan. Kenapa dia rasakan Tengku Affian berubah? Adakah kerana dia?

Sumpah ingin katakan, Nabila amat merindui suaminya itu. Dia ingin sangat tidur bersama suaminya, tetapi mengingati egonya, dia biarkan sahaja.

Pintu utama rumah ditutup menandakan Tengku Affian keluar untuk ke tempat kerja. Sudu diletakkan menandakan Nabila sudah selesai makan.

Bilik sementara dia, ditujunya. Pintu dibuka dan terus dia masuk. Katil bersaiz Queen itu terus dia duduk dan baring.

Perlahan-lahan, air matanya menitik. Dia sedih melihat Tengku Affian yang langsung tidak memujuknya. Adakah Tengku Affian sudah mengalah dengan dirinya?

Kejam sangat ke apa yang dia buat? Dia cuma merajuk, menginginkan perhatian.

Kadangkala, Nabila sendiri jenis perempuan yang senang berasa kasihan. Jikalau merajuk sahaja, dia cepat mengalah.

Entah kenapa, dengan suaminya, dia ingin melamakan merajuknya. Dia rindukan perhatian daripada suaminya.

Tengku Affian selalu sangat sibuk sehinggakan Nabila berasa kesunyian.

Melihat Tengku Affian yang sudah berhenti memujuk dan tidak langsung menegurnya, berjaya membuatkan Nabila lemah.

Manakala Tengku Affian sakit melihat titisan air mata Nabila dari cctv di komputernya.

Setiap bilik dan ruang semestinya mempunyai cctv sendiri. Sudah kalau raja? Mestilah kena jaga sekeliling rumahnya walapun hanya di dalam bilik air.

Tengku Affian menggelengkan kepalanya perlahan. Dia harus mengekalkan diri dalam rancangannya. Dia harapkan, rancangannya ini akan berjaya membuatkan Nabila memaafkan dirinya.

Komputernya ditutup. Tidak sanggup Tengku Affian melihatnya lagi. Kertas kerja terus diambil dan Tengku Affian sambung melakukan kerjanya sebagai seorang CEO.

'I miss you so bad, my wife'










Sorry pendek! Tak apa, episode lepas ni, panjang sikit tau!

Jangan lupa vote, share dan comment! Love u!

Assalamualaikum

(✔) Mr Raja AngkuhWhere stories live. Discover now