PERMANDANGAN pantai menarik minat mereka. Nabila hanya tersenyum sambil menikmati permandangan pantai waktu malam sambil pinggangnya dipeluk oleh Tengku Affian.
Sungguh, dua hari berada di pantai ini, sangat membuatkan Nabila rasa tenang.
"Sayang" Nabila mula memandang Tengku Affian yang meletakkan kepalanya di bahu Nabila.
Tengku Affian tersenyum kecil. Dia mengusap kepala Nabila yang disarung tudung bawak itu. "Abang nak tanya"
"Apa dia abang? " tanya Nabila semula. Tengku Affian mengusap perlahan perut Nabila.
"Siapa Adam William Kim? " tanya Tengku Affian dengan pandangan serius. Nabila terus meleraikan pelukan mereka dan memandang Tengku Affian dihadapannya.
"Macam mana, abang tahu tentang Adam? " soal Nabila dengan suara dinginnya. Tengku Affian yang ingin memeluk Nabila semula, dihalang Nabila.
"Jawab soalan saya abang" Tengku Affian mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh, macam mana nak explain ni?
"Kelmarin, sayang ada mengigau nama Adam sambil menangis. Abang tenangkan sayang, dan lepastu abang mimpi adik abang, dia suruh carikan Adam William Kim"
Terkejut Nabila mendengarnya. Sudah lama dia tidak mengigau nama adik kesayangannya yang sudah menghilangkan diri itu.
Nabila terjatuh terduduk atas pasir pantai. Air matanya menitis. Sakit di bahagian jantungnya mengcengkam kuat.
Tengku Affian terus memeluk tubuh Nabila perlahan. Dia mengusap kepala Nabila.
"Adam.. Adam adik s-saya.. S-saya rindukan dia abang" Nabila menangis teresak-esak di dalan dakapan suaminya.
Tengku Affian mengangguk dan mula membacakan beberapa surah untuk menenangkan tangisan Nabila.
Dia akan cari Adam William Kim,
Itu permintaan adiknya,
Dan satu-satunya janjinya.
SEORANG lelaki yang lengkap berpakaian suit hitam itu berjalan di seluruh perkarangan rumah keluarga Tengku Affian.
Dia sebagai seorang sekuriti yang berjaya itu hanya menjalankan tugas.
Saat dirinya ingin melihat di satu arah, jantungnya seakan mengcengkam. Tengku Affian terduduk menangis perlahan. Terus, langkah lelaki itu berjalan dekat ke arah Tengku Affian.
“Tuan, tuan kenapa? ” tanya dirinya dengan suara yang dalam. Tengku Affian perlahan-lahan mengangkat wajahnya dan memandang gerangan tersebut.
“Sebenarnya, aku tengah cari seorang lelaki. ” Lelaki itu mengangguk. Dia perlahan-lahan membantu Tengku Affian duduk.
Tengku Affian menarik tangan lelaki tersebut dan menyuruhnya duduk bersebelahan dengan Tengku Affian. Wajahnya hanya dingin sentiasa.
“Kenapa Tuanku menangis? ” tanya lelaki tersebut. “Aku teringat adik aku. By the way, kau siapa? ” tanya Tengku Affian.
Lelaki lengkap bersuit hitam itu bangun dan berdiri di hadapan Tsngku Affian. Dia menunduk dan mula bow dihadapan Tengku Affian.
“Nama saya Adam William Kim, tetapi Tuanku boleh panggil saya Adam sahaja” Tengku Affian mengangguk perlahan sebelum terus memandang wajah lelaki yang dinamakan, Adam William Kim.
“Adam William Kim?! ” Tengku Affian terus berdiri dan memandang Adam William Kim dengan pandangan serius. Adam William Kim mengangguk.
“Ini arahan dari raja, aku nak kau bukak baju kau, cepat! ” Adam yang berwajah blur itu terus membuka suit hitamnya. Kemeja terakhir dibuka.
YOU ARE READING
(✔) Mr Raja Angkuh
Fanfiction"Hanya dia yang mampu mencairkan Raja Angkuh itu" Perkahwinan antara si gadis biasa bersama-sama dengan Raja paling angkuh. Perkahwinan paksa itu mampu mengubah kehidupan Raja. Daripada keAngkuhkan yang sangat tinggi, menjadi Raja yang sangat penyay...