Bab 6 #MRA

6.5K 229 4
                                    

TENGKU Affian mengeluh kali ke 10. Dia buntu ingin memujuk kesayangannya itu. Kesayangan? Kalau dah isteri, kesayangan lah kan?

Tengku Affian sendiri buntu. Betul ke dia sayangkan Nabila? Ataupun dia hanya mempergunakan isterinya itu atas dasar nafsu dan atas kertas sahaja?

Keluhan dilepaskan. Tengku Affian sendiri tidak tahu untuk memastikan perasaannya terhadap Nabila. Nak kata tak sayang, tapi dia terlalu melindungi Nabila.

Alah dari musuh, biasa lah tu.

Nak kata tak cinta, dia selalu menyuruh Nabila melayannya setiap malam dan dia akan sentiasa menidurkan Nabila.

Bunyi pintu dihadapannya di buka menarik perhatiannya. Nabila hanya diam tanpa memandang Tengku Affian. Dia berjalan masuk ke dalam bilik dia dan Tengku Affian. Nak tukar baju.

"Kenapa tak angkat call aku? Tahu tak aku risau? " soalan dari Tengku Affian dibiarkan tanpa jawapan. Nabila mengambil beberapa helai baju dan seluarnya.

Beg baju diambil dan dimasukkan pakaiannya. Tengku Affian pelik melihat apa yang dilakukan Nabila.

"Kau nak buat apa masukkan baju-baju kau dalam beg tu? " soal Tengku Affian lagi.

Hatinya membara panas apabila Nabila masih tidak menjawab soalannya. "Aku tanya jawab, Nabila Ilayda Noor! "

Nabila bangun dan memegang beg yang sudah berisi baju itu dengan erat. Dia memandang mata Tengku Affian dengan pandangan tajam.

"Saya nak tidur bilik sebelah" jawapan dari Nabila itu tanpa sedar, melemahkan hati Tengku Affian.

Mampukah dia tidur tanpa Nabila? Walaupun baru tiga minggu perkahwinan dia dan Nabila, dia tidak mampu tidur tanpa teman di sisi.

"Asal? Suami isteri kena tidur sama kan? " suara dalam Tengku Affian itu menandakan Tengku Affian amat kecewa dengan tindakan Nabila.

Nabila menarik nafas dan memandang Tengku Affian semula. "Saya tak tahu apa rasa saya jikalau tidur dengan awak. Kalau awak halang saya tidur bilik sebelah, saya sendiri keluar dari rumah ni"

Terdiam Tengku Affian jadinya. Biarkan isterinya tidur bilik lain ataupun isterinya tinggal di rumah lain?

Kedua-dua dia tak nak! Tapi dia tahu, dia perlu buat keputusan. "Aku tak benarkan dua-dua "

"Tak kisah" terus, Nabila keluar dari bilik tidur dia dan Tengku Affian dan membawa beg itu ke bilik bersebelahan dengan bilik Tengku Affian.

Pintu dikunci. Tengku Affian masih terpaku berdiri di bilik mereka.

Entah kenapa, Tengku Affian seakan rindu pelukan isterinya. Rindu bauan isterinya ketika dia tidur.

Rindu akan kata manja dan sayang dari Nabila.

Dia rindu, sangat rindu.








KESEMUANYA memandang antara satu sama lain dengan pandangan pelik dan risau. Risau apabila Tengku Affian masih diam dan berwajah kusut dihadapan mereka.

Jarang seorang raja yang ditakuti dan paling terkenal itu kusut seperti ini, melainkan gaduh dengan cinta hati.

Ada ke cinta dalam hati dia tu?

Atau gaduh dengan bini dia?

Teng!

"Kau gaduh dengan bini kau ke, Ian? " tanya Tengku Izzat Al-Azhar. Sahabat Tengku Affian dari kecil lagi merangkap sepupunya. Manakala lagi dua orang ialah seorang gadis, sahabat mereka dan sepupu juga, Tengku Zaina Imani Sofea dan kembar Tengku Izzat, Tengku Izami Al-Azhar.

Ke-empat mereka ini sentiasa bersama dari kecil dan menjadi sahabat. Tiada siapa yang mampu memisahkan mereka.

Tengku Izzat sudah berkahwin dengan isterinya, Putri Nur Aisyah, seorang model muslimah Malaysia.

Tengku Zaina juga sudah berkahwin dengan suaminya, Raja Musa Iman, seorang polis berjawatan tinggi.

Tengku Izami juga sudah berkahwin, isterinya Nur Soufina Imani, seorang cikgu matematik. Mereka juga di kurniakan seorang anak perempuan yang dinamakan, Tengku Izani Al-Azhar yang baru berusia setahun.

Tengku Izzat dan Tengku Zaina baru sahaja berkahwin setahun lepas. Jadi masih tiada lagi zuriat dan hanya berusaha.

Tengku Affian mengangkat mukanya. Dia memandang Tengku Izzat yang paling rapat dengannya dengan muka yang begitu kusut.

Tiga hari, Nabila langsung tidak bercakap dengan Tengku Affian apatah lagi memandang muka Tengku Affian.

Berkali-kali Tengku Affian mencuba memujuk Nabila, tetapi tetap tidak berjaya. Tengku Affian buntu, teramat buntu.

"Aku buntu Izzat, aku tak tahu nak buat apa lagi.. Aku rindu telatah isteri aku yang comel tu.. Aku rindu segalanya tentang dia.. Aku rindu nak tidur sambil peluk dia"

Tengku Izzat, Tengku Zaina dan Tengku Izami memandang Tengku Affian dengan pandangan kesian. Mereka faham apa yang dirasai oleh Tengku Affian.

Lagipun bukan mudah untuk pujuk seorang perempuan yang lagi-lagi amat penting bagi kita apabila dia terasa dengan kita.

Tengku Zaina memandang Tengku Affian dengan pandangan serius. Dia berdehem kecil. "Aku nak tanya kau satu soalan penting Ian, aku nak kau jawab dengan jujur ikhlas dari hati kau"

Perlahan-lahan Tengku Affian mengangguk.

"Kau sayangkan Nabila tak? Kau cintakan isteri kau tak? " soalan dari Tengku Zaina itu berjaya membuatkan Tengku Affian tidak tentu arah.

Tengku Affian menunduk semula. Soalan itu masih sukar untuk dirinya memberikan jawapan yang ikhlas dari hatinya.

Dia sendiri buntu dengan diri sendiri.

"Kalau kau tiada jawapan, aku tak nak bantu kau pujuk bini kau"

Bersinar-sinar mata Tengku Affian. Pujuk Nabila? Nak! Aku rindu tubuh kecil bini aku tu!

Tengku Zaina memandang Tengku Affian dengan pandangan tajam. "Jawab soalan aku dulu"

Tengku Affian memikirkannya lagi. "Kalau kau tak sayang dan cintakan bini kau, tapi kenapa Tengku Affian? Kenapa kau rindu dia sedangkan dua perasaan penting itu tiada dalam hubungan kau orang sebagai pasangan suami isteri.

Aku kalau jadi seorang perempuan pun, akan terasa dengan apa kau lakukan. Tapi, Nabila terima dengan hati yang terbuka. Dia sentiasa dengan kau.

Dia layan kau, sanggup berhenti kerja untuk kau sebab apa? Sebab dia sayang dan cintakan kau. Dia ikhlas sebab kau suami dia yang sah. Kau syurga dia, Ian.

Dia pun ada kau je sekarang ni.. Susah ke kau nak berikan jawapan yang hanya perlu ayat dari hati sendiri " panjang perjelaskan daripada Tengku Izami.

Ayat dari Tengku Affian itu sedikit demi sedikit menyedarkan Tengku Affian. Dia memandang tiga sahabat merangkap sepupunya itu dengan pandangan yang penuh harapan.

Senyuman juga telah terukir.

"Aku... "












Ha suspen tak? Hehehe

Tunggu for next part! Jangan lupa vote serta comment dan share.

Assalamu'alaikum

(✔) Mr Raja AngkuhWhere stories live. Discover now