"Baby come!" Perempuan itu mengamit puterinya kearahnya.
"Apa mama?" Punggung dilabuhkan diatas sofa disisi mamanya.
"Sayanggggg, kalau mama takda nanti Gigi jaga diri yer" Diusap kepala anaknya dengan lembut. Hatinya risau tentang keselamatan anaknya.
(Cara sebut jiji, bukan gigi. aku xtahu kenapa nama ni jgk yang terlintas)"Mama nak pergi mana?" Tanya si anak dengan kebingungan.
"Mama takpergi mana mana sayang, ada dalam hati Gigi jer" Cuma untuk menyedapkan hati anaknya.
"Mama janganlah pergi, nanti Gigi rindu." Lembut suara itu, sambil tercebik cebik menahan tangis.
"Tak sayang mama tak pergi"
Dipeluk tubuh kecik anaknya, digosok belakang badan itu."Janganlah nangis. Anak mama kan cantik." Risau anaknya senyap, tangis juga tidak kedengaran.
"Ya ke Gigi cantik?" Tanya anaknya sambil mengelap mata. Menghapus air mata yang hampir menetis.
"Anak mama dengan papa mestilah cantik" Datang seorang lelaki di pintu masuk rumah itu.
"Papaaaa!!" Berlari si anak mendapatkan tubuh sibapa.
"Abang bila balik?" Tangan suami dicapai dan dicium penuh kasih setelah suaminya melepaskan pelukan anak.
"Baru je sayang,"
"Gigi cakap apa dengan mama ni?" Digosok kepala anak tunggalnya itu.
"Mama kata mama nak tinggal Gigi" Jujur si anak kecil
"Eyhhh bukann ..." sangkal si ibu. Kenapa jujur sangat sayang?
"Sayangggggg..."
"Yer maaf" Mengalah disitu, tahu slahnya bercakap begitu dengan si anak.
"Selagi abang ada abang takkan biarkan diorang apa apakan sayang" di gosok kekura tangan isterinya.
"Tapi kita tak tahu ajal kita bila abang"
"Gigi pergi main dekat sana dulu sayang" Disuruh Gigi pergi bermain, tidak mahu anak kecil itu mendengar apa yang ingin dikatakan bersama isterinya.
"Okay papa" patuh.
"Sayang, jangan macam ni" Diusap lembut belakang badan si isteri.
"Gigi kecil lagi abang. Saya tak kesah kalau apa apa jadi dekat saya. Gigi macam mana? Saya takut diorang apa apakan Gigi" Itu yang bermain di fikirannya. Dia rela mati demi anaknya.
"Insyaallah takda apa. Allah dengan kita sayang, kalau apa apa jadi dekat kita itu takdir kita" Cuba menyenangkan hati si isteri. Walaupun hati sendiri tidak tenang.
YOU ARE READING
Te amo Mr. Mafia
Action[SLOW UPDATE] Aryan Hayder Hadid ~ seorang ketua kumpulan Mafia dan pewaris pertama The Hadid's. Sangat handal dalam menggunakan senjata dan dalam seni mempertahankan diri. Walaupun mempunyai rupa paras, harta yang melimpah seperti yang di impikan...