Seorang lelaki sedang membaca buku di atas batu besar yang berada berdekatan dengan air terjun. Di telinganya juga mempunyai earphone yang terpasangnya lagu.
Bertentangan dengannya pula kelihatan seorang lelaki yang sibuk memanggil lelaki yang sedang membaca buku itu. Dia tak dapat melintas sebab ada air terjun yang membatas mereka. Dia pun malas nak guna kuasa dia.
"HONG JISOO!!! WEI PANDANGLAH SINI, LAHANAT PUNYA KAWAN!!!"
Tapi apakan daya, Jisoo tak dengar panggilan sahabatnya itu. Dengan kemarahan yang masih tinggi, sahabatnya itu mengambil batu berdekatan. Dia smirk lalu membaling batu itu ke arah Jisoo- lebih tepatnya buku Jisoo sehingga terjatuh ke dalam air sungai. Dan hasilnya dia memandang sahabatnya yang masih ketawa itu.
"YAH YOON JEONGHAN!! AGAK-AGAKLAH NAK BALING BATU PUN TAPI TAK PAYAHLAH SAMPAI BUKU AKU JADI MANGSA!!!" Kali ni Jisoo pula yang memarahi Jeonghan. Earphone dia pun dah terjatuh dengan buku tu.
Jeonghan hanya memberi isyarat untuk datang sebab masih tak berhenti ketawa. "Aigoo, jarang nampak Jisoo marah"
Benar apa yang dikatakan Jeonghan, Jisoo adalah manusia yang paling susah untuk marah. Tapi apabila marah semua objek di sekelilingnya akan membeku. Dan sekarang ni tempat yang mereka duduki itu mulai menjadi sejuk. Pokok-pokok sudah mulai membeku. Tidak lupa juga air sungai yang tenang sudah menjadi tempat ski ais.
"Wei, aku gurau jelah!! Janganlah marah gila. Aku dah sejuk ni!!" mulalah panik bila nampak apa yang jadi.
Tiba-tiba sungai yang jadi ais itu pecah, dan terlihatlah seorang merman yang keluar dari air itu kesejukan. "Wei, buku makhluk mana masuk dalam air ni dan PAHAL TIBA-TIBA TEMPAT NI BEKU?!!"
Jisoo yang pada mulanya marah mula melompat ke arah merman itu dan mengambil buku itu. Tidak lupa juga untuk memeluk kawannya itu. "Minghao, kau memang penyelamat aku"
Minghao melihat sekeliling, tempat itu mulai mencair dan tiada lagi suhu yang sejuk. Kecuali kepingan ais yang digunakan Jisoo agar tak terjatuh dalam air. Jisoo melepaskan pelukan lalu membaca spell. Dia menarik Minghao bersamanya untuk ke tebing ketika kepingan ais itu berjalan. Dengan malas, Minghao mengikuti hyungnya ke tebing dengan berenang.
Minghao tidak boleh menaiki kepingan ais itu bukan kerana Jisoo tidak memberinya tetapi Minghao pasti akan bertukar menjadi ais atau tergelincir bila mendudukkan diri diatasnya. Hal ini kerana Jisoo masih belum mempunyai pasangan. Selagi Jisoo tidak berjumpanya maka tiada siapa yang mampu menjejakkan kaki dia atas kepingan ais itu malah memegang ais buatannya.
Setibanya di tebing, Jisoo menghilangkan kepingan ais itu manakala Minghao menukarkan ekornya kepada sepasang kaki. Dia bukan bodoh untuk membaca sembarangan spell tetapi spell yang tertentu. Dia takkan membaca spell yang mampu menukarkannya dalam keadaan yang naked. Dia tidak mahu kedua hyungnya melihatnya begitu. Spell itu dicipta olehnya untuk menukarkan merman atau mermaid ke bentuk manusia yang berbaju.
"Hah pahal kau panggil aku?" tanya Jisoo sambil mengeringkan buku itu dengan angin panas iaitu kuasa Minghao. Minghao redho je kat situ. "Aku nampak appa kita semua berkumpul tadi"
Minghao cuma menggulingkan matanya malas "hyung biarlah diorang nak bincang apa pun, kenapa kita kena kisah pula?" dia kembali ke aktivitinya iaitu mengeringkan buku Jisoo. Jisoo pula mengangkat keningnya meminta Jeonghan melanjutkan percakapannya.
"Aku dengar kita akan dipindahkan ke akademi, dan paling mengejutkan diorang nak kita ke UNIVERSE ACADEMY!!" Dan ketika itulah Minghao menjadikan angin panas itu sebagai api, nasib Jisoo dah alih buku dia awal-awal.
"KIMBAP KIDDING MEH?!!! ACADEMY TU?!!"
Mereka bertiga melihat ke punca suara itu, dan mendapati Seungkwan sedang melotot tak percaya manakala di sebelahnya Chan yang mengelus dada akibat jeritan mengejut Seungkwan. "Aku nak je hempuk kau hyung, nasib baik tangan aku ada makanan"
YOU ARE READING
[DC] Universe Academy || Seventeen Ship || Malay
Fantasy[Discontinued] [Seventeen multiship bxb] Wizard? Vampire? Werewolf? Angel? Human? Semuanya ada di academy ini. Academy yang cuma menempatkan kalangan yang mahir sahaja. Academy yang terletak di 𝒐𝒕𝒉𝒆𝒓 𝒘𝒐𝒓𝒍𝒅. Tujuh pelajar baru masuk di aca...