2

851 55 21
                                    

"Hyung" panggil Chan apabila dia sudah tidak boleh menghadapi tahap kedahagaannya itu. Jisoo yang pada mulanya membaca buku kini menumpukan sepenuh perhatian kepada di maknae. "Wae? Chan dahaga ke?"

Chan mengangguk kecil sambil memuncungkan mulutnya. Jisoo yang memang sudah lama mengenal Chan cuma menggelengkan kepala sebelum mengambil sebuah botol yang bertulis 'susu original, fresh from farm' lalu menghulurkan kepadanya. Chan mula menampilkan senyuman lalu meminum susu ataupun darah yang terkandung sebenarnya. Chan masih tidak belajar untuk mencari darah sendiri walaupun sudah 15 tahun.

Ketika ini, semua pelajar sedang belajar tentang werewolf. Chan yang memang spesies malas tidak mengambil tahu tentangnya.

"Okay, tutup buku masing-masing. Kita mulakan kuiz sekarang" Chan mula menulis jawapan di kertasnya atas bantuan Jisoo yang bertelepathy dengannya sekarang.

"Aku sebut sekali je tau, kalau kau tak dapat tangkap siap kau aku gulai dengan labu"

"Ye ye, Chan tahu. Cepatlah hyung cakap soalan no.1 sampai habis ni apa"

"Aku doakan kau berjaya tahun ni dalam mencari mate"

"Alah hyung janganlah cakap macam tu. Aku nak single lagi. Lagipun patutnya hyung yang jumpa mate hyung dulu kan?( ͡° ͜ʖ ͡°)"

"LEE CHAN!!! KAU JAWAB SEMUA SOALAN SENDIRI!! BY. YOUR. SELF"

"HYUNG!!!"

Tinggalkan saja mereka di situ.

...

Di kelas angel pula, Jeonghan sedang tidur bertutupkan buku teks 'History Of Angel' manakala Wonwoo tengah membaca novel bertajuk 'Are You My Soulmate?' sambil mendengar lagu.

Guru mereka, Kim Namjoon tiada di kelas kerana mempunyai perjumpaan dengan guru yang mengajar para vampire iaitu Min Yoongi. Kelas mereka sekarang ni cuma ada 54 pelajar. Pelajar yang lain di kelas lain. Mereka berdua ditempatkan di kelas pertama kerana mereka memang bijak dalam mengawal kuasa sejak kecil lagi.

Brak

Pintu kelas dibuka secara mengejut lalu menampilkan Seungcheol dengan muka bangga kerana baru sahaja merosakkan harta sekolah dengan menendangnya dan Hansol yang menunjukkan muka tak puas hati sebab tak dapat tendang pintu itu.

Mereka berjalan kearah satu meja yang menempatkan seorang pelajar yang sudah menayangkan facepalm terhadap dua sahabatnya itu. "Boleh tak sekali je jangan masuk kelas aku dengan tendang pintu tu?!" Dia pun annoy juga sekali-sekala.

[DC] Universe Academy || Seventeen Ship || MalayWhere stories live. Discover now