SINOPSIS

944 43 11
                                    

EBOOK

ARFA AYESHA, seorang gadis biasa hidup dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan. Namun itu bukan tiket untuk Arfa abaikan pelajarannya. Bagi Arfa selagi ada masa, ada kesungguhan, Arfa berusaha sehabis baik untuk bahagiakan ibu dan ayahnya.

Bagi Arfa, keluarganya merupakan tonggak dan semangat untuknya terus berjaya dalam hidup. Di sekolah, Arfa ada ramai kawan tak kiralah lelaki atau perempuan.

Tapi, manusia yang selalu ambil berat tentang Arfa dari sekolah sampailah rumah adalah QARIZH WAFIY. Lelaki itu langsung tidak jemu mengambil berat tentangnya.

Sampai Arfa rasa yang budi Wafiy itu terlalu banyak untuk dia adik-beradik. Keluarga Wafiy juga Arfa kenal cuma ayah Wafiy sahaja jarang-jarang pulang ke kampung kerana urusan syarikat mereka di Kuala Lumpur.

Cuma apa yang Arfa tahu, keluarga Wafiy semuanya baik-baik. Itu yang membuatkan Arfa terlalu malu dengan mereka.

"Kau dah sarapan ke belum Arfa? "-QARIZH WAFIY

Perempuan mana sahaja yang tidak cair jika terdapat seorang lelaki yang begitu mengambil berat tentang mereka. Jadi, tidak lari situasi ini daripada Arfa. Tapi ini jadi satu masalah untuk Arfa.

Ya, masalah sebab Arfa terjatuh suka dekat Wafiy. Berkali-kali Arfa ingatkan hati dan akalnya bahawa ARMEL HANINA adalah kekasih hati Wafiy.

Pasangan itu sememangnya seperti 'The best couple in the world' kerana sama cantik dan sama padan. Taraf mereka juga sama. Sepadanlah mereka berdua nak dibandingkan jika Arfa yamg berada di tempat Armel. Bagai langit dengan bumi.

"Girlfriend kau tak marah ke kau asyik dengan aku ni? "-ARFA AYESHA

"Chill la kau ni. Kau kawan aku, dia girlfriend aku. Kawan dan girlfriend berbeza maksud dia. Kau tengok ejaan pun dah lain kan? "-WARIZH WAFIY

Cukup hanya ayat itu sahaja sudah buat Arfa faham di mana kedudukannya di sisi Wafiy. Cinta mana boleh dipaksa dan Arfa anggap ini adalah cinta monyet kerana dia masih di zaman persekolahan. Almaklumlah, Arfa selekeh. Arfa tak pandai make up. Mana ada lelaki yang akan suka dia. Wafiy mahu berkawan dengannya pun sudah besar rahmat.

"Kenapa sakit sangat perasaan ni? Tak layakkah aku dicintai dan mencintai? Aku juga manusia yang punya hati dan perasaan... "-ARFA AYESHA

Tamat sahaja persekolahan, Wafiy terus tidak tinggal di kampung. Wafiy ke Kuala Lumpur duduk bersama ayahnya untuk sambung belajar sekaligus sambung kerja di sana. Selama itu, Arfa langsung tidak berhubung dengan Wafiy.

Hanya tahu khabar lelaki itu daripada ibu Wafiy ketika Arfa pulang bercuti. Arfa juga berjaya melanjutkan pelajarannya. Arfa sudah buktikan kepada keluarganya yang dia mampu.

Enam tahun, tidak bersua muka. Dan selama dua tahun ketika Wafiy mula bekerja di bawah ayahnya, Wafiy mengikat tali pertunangan dengan Armel.

Arfa redha jika bukan Wafiy jodohnya. Mungkin lelaki itu sememangnya layak menjadi kawan baiknya sahaja.

"Sampai bila awak nak tutup pintu hati awak untuk saya Arfa? Saya ikhlas dengan awak, "-IKRAM

Datang beberapa lelaki dalam hidup Arfa langsung tak dapat Arfa nak terima. Arfa tak nak berpura-pura mencintai orang lain sedangkan hati dia tiada kepada mereka. Arfa yakin kalau dia ada jodoh dengan mana-mana lelaki pun nanti, dia nak kahwin je terus. Bercinta selepas nikah lebih baik.

"Tolong kahwin dengan Wafiy? Aunty tak tau nak letak muka dekat mana dah kalau majlis hari ni tak jadi, "-IBU WAFIY

Arfa tersepit antara rasa mahu menolak dan juga budi. Dah nama pun budi mesti lebih kepada mahu membalas budi, Arfa korbankan dirinya demi mahu menutup malu keluarga Wafiy.

Namun bagi Wafiy, dapatkah lelaki itu menerima sahabat baiknya menjadi isteri? Tak pernah terlintas di hatinya yang dia akan berkahwin dengan Arfa.

Apa-apa pun, Arfa tetap sah menjadi isterinya dengan dua kali lafaz.


Amacam bila baca sinopsis?

Kalau nak bab 1...meh lerr follow acc saya dulu kimiafina and mention for followback okay?

DIARI HATI ARFA |E-BOOK|Where stories live. Discover now