» RINDU «

145 42 6
                                    

[ KHAMIS - 24.9.2020 ]

Bila kita berjauhan, mesti rasa rindu,kan❔
Siapa saja yang tak rindu bila orang yang kita rapat, tiba-tiba jauh.

Ada yang.. Pergi. Pergi yang tak akan kembali.

Mesti rindu sangat, kan?

Rindu tu sakit sangat.
Sebab apa❔

Sebab dah tak bersama dia. Dulu selalu ada bersama tapi bukan sekarang. Rindu yang paling sakit ialah rindu orang yang sudah tiada.

Tak akan kembali dalam hidup kita buat kali kedua. Tiada pengganti. Ya, sakit...

Tambah-tambah lagi bila kita teringatkan
segala kenangan bersama dia dulu. Mana boleh dilupakan dan tidak akan boleh melupakan. Itu.. Sudah jadi sebahagian dari hidup kita. Memori ~

Sebab itu penting nya untuk kita hargai. Hargai seseorang tu bila masa kita
dengan dia.

>> Sebab takut, takut satu hari nanti kita

🍂 Dah tak dapat jumpa dia...
🍂 Dah tak dapat dengar nasihat dari dia...
🍂 Dah tak dapat dengar dia marah kita
bila kita buat salah..
🍂 Dah tak dapat keadaan yang dulu.

▪️

▪️

▪️

Mana tahu satu hari nanti dia dah berubah. Tak sama macam yang dulu.
Well, manusia akan berubah.. Right❔

Kita mesti akan rindu segala yang berlaku tu satu hari nanti.

Tapi, rindu ni boleh diubati.
Walaupun jauh, kita masih boleh rasa dia dekat dengan kita.

Macam mana cara dia?
Caranya, doakan dia. Selitkan nama dia dalam doa kita bila lepas habis solat atau bila-bila masa je.

Doa ialah senjata. Jalan yang paling terbaik. Yang jauh boleh rasa dekat. Walaupun tak nampak depan mata, tapi kita rasa dia dekat je. Sebab dia ada kat dalam hati kita.

[ JUMAAT - 13.11.2020 ]

Biarlah dia nampak kita
macam tak kisahkan dia,
Biarlah dia nampak kita macam lupakan dia,
Biarlah dia nampak kita macam abaikan dia,
Biarlah. Biarlah begitu.
Biar allah saja yang tahu.

Untuk yang sudah pergi buat selamanya,
Kita juga boleh doakan dia.
Insyaallah rindu tu terubat sikit.
Moga tenang disana...
Moga berada di kalangan orang beriman. Aamiin.

Please move on, dear.
Kau kuat !!
Kau yang tengah baca ni, kau kuat tau!


Moga orang yang kita rindukan,
yang kita sayang sentiasa berada di bawah lindungan allah SWT. Moga diberikan kesihatan yang baik, dan berjaya dunia akhirat.
Moga hatinya sentiasa tenang dan moga allah hadirkan orang yang baik-baik dalam hidup dia. Moga dia dapat capai apa yang diimpikan.

Insyaallah, aamiin.
Doa tu juga untuk kita semua.

// snurzafirahk- //

K E H I D U P A NWhere stories live. Discover now