[ ISNIN - 5.10.2020 | RABU - 7.10.2020 ]
"Wei, terima kasih au."
"Wei, aku mintak maaf."Simple, right?
Tapi itulah yang susah orang nak buat, nak ucapkan, nak sebutkan. Kadang-kadang ego tu tinggi sangat.
Kenapa kita kena minta maaf?
Walau.. masa tu kita memang yakin yang kita takde buat salah? Masa tu.Okey sebabnya hati manusia ni kita tak tahu macam mana.
Mungkin ada yang dia terasa hati ke dengan kita.
Kebanyakkan orang pendam.
Jadi takutlah nanti jadi dendam pula.▪️Dosa dengan manusia kena selesaikan dengan manusia. Jadi, mintalah maaf. Tak rugi apa pun. Cuba cakap, apa yang ruginya bila buat macamtu? Ada ke ruginya?
Pandangan orang ke apa tu tolak ketepi.
Bila ada orang sudi belanja kita, sudi beri nasihat, sudi kongsi apa yang dia ada dengan kita, luangkan masa dengan kita sedangkan sebenarnya banyak perkara dia nak buat tapi dia sanggup ketepikan sebab nak luang masa dengan kita,
Ucap terima kasih.
Hargai apa yang kawan tu, orang tu dah buat untuk kita. Boleh, kan?Tak salah untuk kita pratikkan dalam diri.
Bukan 'tak salah', tapi perkara tu memang perlu diamalkan. Who knows, orang akan rasa senang bila kita buat macamtu.📌 Jaga adab dan jadi manusia yang beradab supaya orang rasa suka berkawan dengan kita.
📌 Jaga apa yang patut dijaga.
📌 Jaga percakapan.
📌 Jaga tutur kata. Andai kata kita rasa sesuatu tu kurang baik untuk orang lain dengar, maka simpanlah. Tak perlu kata. Diam lebih baik.
// snurzafirahk- //
YOU ARE READING
K E H I D U P A N
De Todoكهيدوڤن؟ Takkan diri mengenali erti kehidupan jika tidak.. ✔️Diuji, ✔️Dihina, ✔️Dicaci, ✔️Dimaki, ✔️Dipinggirkan, ✔️Dipermainkan, ✔️Dipergunakan. ┏━ sabr ━┛ حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ ❝ Cukuplah Allah (menjadi penol...