"Nurra, tunggu."
Baru Nurra mahu menarik tombol pintu, panggilan dari lelaki itu mematikan langkahnya. Dia sekadar memandang daun pintu, bersiap siaga menadah telinga jika Arsyad mahu memerli ataupun memarahinya lagi. Bukan dia tak biasa. Sudah pun lali.
"You will never find the right person, if you never let go of the wrong one."
Nurra ulang ayat yang sama dia dengar dari mulut Arsyad. Berkali-kali kata-kata itu dituturnya sendiri. Tak lama dia berfikir, tawa halus Arsyad mencecah cuping telinganya pula. Cepat-cepat Nurra berpaling.
Elok lelaki itu menerkup muka dengan buku nota sebesar telapak tangan. Berdekah-dekah tawa Arsyad jadinya. Nurra memicing mata, mengenal pasti kulit buku berwarna coklat cair dengan corak daun itu.
Sedang dia cuba mengingat, jari tangannya galak merayap ke dalam beg kecil yang disandang. Tiada. Buku nota yang selalu dia bawa ke hulu, ke hilir tiada dalam simpanannya.
"Syad!" Naik nada suara Nurra. Dia bergegas melangkah ke arah lelaki yang sudah memerah wajah menahan gelak.
Nurra hulurkan tangan. Wajahnya sedikit mencuka. Dia tidak suka orang lain baca apa yang dia tulis. Walau sesiapapun orangnya.
Arsyad sekadar menggeleng. Dia berdiri tegak.
Nurra mula teragak-agak mahu meminta sekali lagi. Bukan apa, dia sendiri tak pernah naikkan suara sebegitu. Mungkin Arsyad sedikit tergugat dengan tingkah beraninya tadi.
"No! Aku tak akan pulangkan sebab kau sendiri dah langgar privasi aku sekarang." Arsyad jatuhkan bola mata ke arah di mana lantai yang sedang Nurra berdiri.
"Ini sebab lain. Bukan saja-saja aku nak langgar privasi kau."
Arsyad tarik nafas sebelum helaan berat dilepaskan. Nurra masih hulur tangan dengan harapan buku nota yang menyimpan seribu satu rahsianya itu selamat dikembalikan.
"Kau ingat kau boleh lepas macam ni? Merayu dengan aku? Nurra Armani, kalau mama aku boleh upah orang pasang cctv di dalam bilik ni kenapa aku tak boleh upah orang ekori kau sepanjang masa?"
Berkerut dahi Nurra. Cuba menghadam ayat terakhir Arsyad.
"Lain kali guna otak sikit kalau nak jadi stalker aku. Bukan apa, setiap petang aku boleh hafal semua aktiviti kau. Dan ingat juga, jangan tinggalkan bukti sebarangan macam ni." Buku nota tadi diangkat tepat pada pandangan wajah Nurra.
Mahu dicuri gapai tetapi Arsyad sudah bawa ke dalam pelukan tubuhnya pula. "Dengan satu syarat."
"Kenapa nak bersyarat bagai? Pulangkan jelah buku aku tu." Nurra tekan suara. Rasa geramnya tak habis lagi.
Arsyad pandang riak wajah Nurra. Sudah berubah. Mungkin gadis itu memang malu jika apa yang ditulisnya di dalam buku berkenaan terlepas ke pengetahuan orang lain.
"Kau kena temankan aku ke rumah Tuan Syed."
Nurra telan liur. Tugasnya cuma memujuk Arsyad pergi ke rumah itu dan bukan menemaninya. Nanti apa pula kata orang, dah tak tahu malu ke datang ke rumah bekas tunang tanpa dijemput?
YOU ARE READING
NURRA X ARSYAD (BACAAN PERCUMA)
Romance[CERITA PENDEK] ARSYAD AKIL × NURRA ARMANI Puan Marina meminta Nurra untuk menjadi mata-mata tentang kegiatan seharian Arsyad. Tanpa pengetahuan Nurra, lelaki itu sudah tahu siapa dirinya. Hanya dia yang belum mengenali Arsyad dengan selebihnya. Ke...