Bahagian (17)

753 65 8
                                    

Sudah lama Arsyad menapak masuk ke dalam kediaman milik Puan Awina ini. Hanya Nurra yang berdiam diri di dalam kereta. Walaupun berpanas, dia lebih rela berpeluh di situ daripada ikut serta bersama Arsyad.

Melihat di halaman bersebelahan banglo mewah itu terdapat gazebo kosong, laju Nurra keluar dari perut kereta. Dia hayun langkah ke arah yang mahu dituju tetapi bola matanya laju menangkap kelibat Falisya yang sudah muncul di muka pintu.

Nurra berhenti melangkah. Sedar dengan riak penuh tanya Falisya itu, dia hanya mampu berdiri berpanas di bawah terik mentari pula.

"Datang dengan Syad ke?"

Nurra angguk.

Falisya tersenyum. "Sepupu Syad?"

"Isya." Suara garau di belakang Falisya memaksa gadis itu menoleh. Begitu juga Nurra yang sedari tadi terpaku pada wajah manis dan ayu Falisya.

"Syad, kenapa tak ajak dia masuk sekali?"

"Dia tak penting pun."

Tersentak dengan ayat balas Arsyad, Nurra kaku tak berganjak sedikit pun.

"Eh, tak apalah. Isya tak suka kalau ada yang masih duduk dekat luar walau tetamu lain dilayan baik dekat dalam."

"Tak mengapa. Saya dah nak balik." Nurra potong ayat Falisya. Dia segera menapak pergi tanpa menoleh lagi.

Falisya serba salah. Dia pandang Arsyad di sebelah tetapi ternyata lelaki itu langsung tak endahkan pemergian Nurra.

Telefon pemberian Puan Marina dibawa keluar dari beg silang. Skrin telefon didekatkan pada cuping telinga. "Puan, Syad dah ada di rumah Puan Awina."

"Nurra sekali?"

"Saya nak balik."

"Bukan pergi sana dengan Syad, kenapa dah nak balik? Syad singgah sekejap je ke?"

"Tak. Saya nak balik sendiri."

Puan Marina diam di hujung talian. "Awak tunggu. Saya dah nak sampai ke sana."

Terhenti langkah Nurra. Dia sudah beberapa meter dari pintu pagar selepas kakinya laju melangkah meninggalkan Falisya dan Arsyad tadi. Skrin telefon yang kembali gelap itu segera disimpan semula.

Beberapa minit kelibat kereta Puan Marina sudah kelihatan. Kereta diperlahankan berdekatan Nurra. "Naik, awak temankan saya ke rumah Puan Awina."

"Tak perlulah puan. Saya memang nak balik terus."

"Jangan degil Nurra. Naik."

Nurra terpaksa mengalah. Dia bingkas masuk ke dalam perut kereta. Jika difikirkan kembali situasinya pasti kelakar apabila Falisya melihat dia bersama Puan Marina pula, padahal tadi dia katakan yang dia sudah mahu pulang.

"Awak temankan saya pula walaupun Syad dah tak pedulikan awak." Puan Marina nampak tenang.

"Saya rasa sampai hari ini jelah saya tolong puan."

"Tak. Saya nak awak teruskan sampai Syad naik pelamin dengan Falisya. Itu janji kita bukan?"

"Saya..."

"Nurra, kenapa nak terus bohong dengan diri sendiri. Kalau awak ada perasaan dengan Syad juga, berterus terang dengan dia."

Nurra sudah terlihat kelibat Puan Awina yang menunggu di pekarangan rumahnya.

Puan Marina disambut mesra setelah dia turun dari kereta tetapi tidak Nurra. Nurra masih diam di kedudukannya itu.

"Kenapa tak datang sekali dengan Syad?"

"Syad kata nak belikan buah tangan untuk Awina dengan Falisya."

Puan Awina senyum. Dia angguk mengeyakan perihal buah tangan itu. "Yang tu siapa?"

Puan Marina menoleh ke dalam keretanya pula. "Oh, anak arwah pemandu keluarga kami. Saya dah anggap dia macam anak saya sendiri."

"Ajaklah masuk sekali."

Puan Marina hanya senyum. Seketika kelibat Falisya dan Arsyad muncul di sebelah mereka.

"Ha, yang inilah Isya tu. Falisya. Isya, salam kawan ibu ni. Mama Syad."

Laju Falisya menyalam tangan Puan Marina. Seketika pandangannya menangkap kelibat Nurra. "Eh, tadi bukan..." Cepat-cepat Falisya memandang Arsyad.

"Mama hantarkan dia balik nanti," jelas Puan Marina tatkala berjalan di sebelah Arsyad.

Mata Arsyad masih menangkap wajah Nurra yang langsung tak memandang ke arah mereka ini.

"Syad? Syad!"

Teguran Falisya memaksa Arsyad membiarkan Nurra sebegitu. Laju kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

Nurra yang berseorangan di dalam kereta itu, hanya mampu menjeruk perasaan. Dia cukup terasa dengan kata-kata Arsyad tadi. Namun, tatkala memikirkan tekadnya yang langsung tak mahu terus ada apa-apa kaitan dengan lelaki itu Nurra terpaksa mengalah.

Andai kata Arsyad mahu menyindir ataupun memarahinya di hadapan Falisya sekali pun, dia rela. Asalkan, dia tak bersama Arsyad untuk waktu yang lebih lama lagi.

NURRA X ARSYAD (BACAAN PERCUMA)Where stories live. Discover now