Bahagian (4)

873 67 1
                                    

Belum sempat lelaki yang disapa dari arah belakangnya itu menoleh dan menjawab pertanyaan tadi, satu tumbukan tepat mengena pada rahang sebelah kirinya.

Nurra yang sudah terlepas daripada pegangan Arsyad, hanya mampu terkaku menjadi penonton aksi luar jangkaan itu.

Hadad yang jatuh tersembam ke tanah hanya mampu mengaduh kesakitan sebelum gadis di sebelahnya duduk melutut mahu memapah tubuh Hadad. "Kau dah kenapa?" jerkahnya tak berpuas hati. Mahu bangkit berdiri tetapi Arsyad mula mencengkam bahu kiri lelaki itu.

Terjerit Hadad menahan rasa sakit tatkala bahunya menjadi mangsa Arsyad pula.

"Sanggup kau, kan? Dasar jantan tak guna!" Belum sempat tangan kiri yang dikepal erat itu menyentuh dasar pipi kanan Hadad, Nurra sudah menarik lengan kiri Arsyad agar tidak meneruskan perbuatan sebegitu.

Jatuh pandangan Arsyad pada wajah cemas Nurra. Dia leraikan genggaman tangan kirinya. Hanya helaan nafas kasar yang kedengaran. Arsyad tidak lagi menyerang Hadad.

"Puas tak hati kau?" Arsyad berlalu di tepi Nurra.

Pelik dengan soalan yang diutarakan sebegitu kepadanya tetapi tatkala dia melihat Hadad di samping Alina itu, hatinya bagai dirobek-robek. Kantung jantung pula bagi ditoreh-toreh.

Walaupun mereka sudah tiada jodoh, Nurra masih setia menanti. Namun, tindakan Arsyad seketika tadi sedikit sebanyak buat dia berpuas hati. Ya, dia rasakan segala keperitan dahulu sudah terbalas walaupun hanya sekali tumbukan Arsyad yang singgah pada wajah Hadad. Kalau dia tahu, rasa sebegitu yang dia alami. Pasti dia tak akan tahan tindakan Arsyad seterusnya. Biar pecah muka lelaki tak guna itu.

Nurra tinggalkan halaman yang mula sepi sunyi dek kerana tetamu yang lain turut terlopong memerhati adegan cemas seketika tadi. Laju kaki dibawa melangkah menuju ke arah Arsyad. Namun, dia mula merasa cemas. Wanita yang berdiri di hadapan Arsyad kali ini bakal buat dia dalam masalah yang lebih besar.

"Kita bincang di rumah, Syad. Nurra pun. Ikut sekali." Jelas nada bicara Puan Marina tak sama dengan riak wajah manis yang dibuat-buatnya itu.

Arsyad memang menempah bala kepadanya kali ini. Menyesal tak sudah Nurra apabila dia tahu hal sebegini akan terjadi selepas bersetuju mahu menemani Arsyad ke sini.

NURRA X ARSYAD (BACAAN PERCUMA)Where stories live. Discover now