Bas meluncur laju melebihi speed limit yang telah ditetapkan. Sudah jauh perjalanan mereka namun masih tidak mampu menjumpai sesiapa yang bernyawa, manusia.Mereka telah melintasi beberapa pekan, namun apa yang mereka lihat ialah bangunan-bangunan yang telah hangus terbakar. Mungkin terbakar kerana litar pintas atau sebaliknya, membakar zombie di dalamnya.
" Lambat lagi ke nak sampai? " soal Rin seraya mengurut lehernya sendiri. Letih tidur dalam bas.
Dia tidak menerima jawapan. Sebaliknya keluhan daripada lelaki yang sedang fokus memandu itu.
" Bas ni hampir kehabisan minyak.." ujar Jung.
............
Setelah lama memandu, bas mereka berhenti di sebuah stesen minyak. Mereka keluar satu-persatu dengan berhati-hati. Mujurlah tiada zombie berdekatan.
" Hampir haus bunga tayar bas ni..". Kai terkekek pelan mendengar Jung merungut. Tangan putih milik Jung mula dicemari dengan tanah sebaik saja dia memeriksa setiap tayar.
"Aku harap ni kereta sport, tapi cuma bas sekolah je. Apa sangat" kata Seok sambil menepuk bahu Jung yang masih terduduk di lantai. Letih memandu tanpa henti selama berjam-jam, yang lain bukan ada lesen pun nak ganti.
"Kalau camtu, jom singgah kedai kereta. Curi kereta sport kat situ. " gurau Sun.
" Mengarut, kereta sport tak mampu tampung kita seramai ni " tempelak Teh cuba menyedarkan mereka yang masih kuat berangan.
Bunyi sesuatu yang pecah mengalihkan perhatian mereka. Rupanya Kai memecahkan mesin duit yang berada di kaunter stesen minyak tu.
"Weh kau buat apa?? " teriak Sun, panik. Takut bunyi tu bukan saja menarik perhatian mereka.
"Aku tengah amik duit la, buta ke? "
Kai selamba menjawab sambil mengutip wang dlm mesin duit kat kaunter tu. Tersenyum sorang bila mengira jumlahnya.
Teh mengambil kesempatan tu untuk mengambil beberapa minyak diesel yang berada di tepi kaunter, termasuk serbuk teh kesukaannya.
"Ambil jelah semua terus. Stok kau kan?" kai memerli. Dia menerima jelingan maut daripada The.
"Diamlah, kau jugak yg akan minum nanti."
"Aku pun nak jugak ni."
Mereka semua meluru masuk ke dalam kedai stesen minyak itu. Mencapai apa sahaja yang diingini, makanan, barangan harian dan banyak lagi.
"Masuk cepat, ada zombie nanti susah! ". Han memanggil kawan-kawannya yang masih galak mencuri barang.
Seolah-olah mencuri tu amalan mulia.
Tanpa mereka sedar, ada satu figura yang mula bangun perlahan-lahan cuba menerkam salah satu daripada mereka.
Namun tiada sesiapa sedar akan kewujudannya, sehinggalah seseorang mula menjerit.
YOU ARE READING
𝐀𝐍𝐈𝐌𝐀𝐋 𝐊𝐈𝐍𝐆𝐃𝐎𝐌
HorrorYou had two choice, " alive or dead " Start : 28 NOV 2020 End : 🚫 NO PLAGIARISM! Thanks sbb support citer ni even cuma bermula drpd status wasap. 🥺💜