𝟔

110 21 12
                                    

Beberapa lubang di kawasan belakang bangunan rumah anak yatim HOPE sudah siap digali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Beberapa lubang di kawasan belakang bangunan rumah anak yatim HOPE sudah siap digali. Mayat termasuk 2 zombi yang telah 'mati' akan ditanam di dalamnya.

Mayat zombi-zombi sudah ditanam sepenuhnya, tinggal mayat Seok sahaja belum.

Walaupun kepala Seok mempunyai satu lubang terbakar kesan tembakan Han, mayatnya seperti sedang tidur. Seolah-olah dia akan bangun kembali keesokan hari dan mengukirkan senyuman pagi untuk mereka semua esok.

Namun, hal itu tidak akan berlaku lagi.

"Maafkan aku, Seok..."

Beberapa cangkulan tanah dibuat, mayat Seok akhirnya tertanam jua.

.....

"Kai, buka pintu ni!"

Teriakan Teh tidak disahut. Ketukan bertalu-talu di pintu masih tak diendahkan.

Sun yang berada di sebelah Teh memegang dulang berisi makanan dan minuman untuk Kai. Kai langsung tak turun ke ruang makan semasa mereka menghidangkan makanan sejak kematian Seok.

Teh mengeluh. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Sun yang masih setia di sisinya.

"Letak jelah dulu depan pintu dia. Nanti pandai-pandailah tu dia nak makan."ujar Teh.

Namun jauh di sudut hatinya, dia risau dengan keadaan Kai sekarang.

Teh mula melangkah pergi, menuju ke sebuah lagi bilik yang mana penghuninya pun tak keluar-keluar jugak.

Melihat Teh sudah berlalu, Sun mengetuk perlahan pintu bilik Kai.

"Kai? Sun ni.. Sun letak makanan depan pintu tau."

Tiada sahutan.

"Kai.. Aku tahu kau sedih. Tapi kau kena fikirkan pasal diri kau jugak. Kau dah makan ke belum? Belum kan? Keluar sekarang. Aku tanak kawan-kawan aku sakit. Aku yakin Seok pun akan cakap benda sama kalau dia masih hidup."

Tanpa disangka-sangka, pintu bilik Kai terbuka mendedahkan keadaan sebenar Kai ketika ini. Wajahnya basah dengan air mata dan wajahnya juga sedikit cekung berbanding sebelumnya.

"Dia.. Dah takde.."lirih Kai dengan suara serak.

Hatinya masih terluka. Melihat sahabat karibnya mati di depan mata, dibunuh oleh sahabatnya sendiri juga. Segalanya amat pahit untuk ditelan.

"Kai.. Kau ingat tak Seok cakap apa kat kita sebelum dia meninggal?"

Kai tercengang seketika. Wajah Seok yang telah memucat sepenuhnya dengan anak mata putih bermain di fikirannya.

"Dia cakap jangan sedih Kai. Aku tahu apa perasaan kau sekarang sebab itulah yang aku rasa bila Mina meninggal dulu. Tapi kau tak boleh seksa diri kau macam ni."

"Cara kau cakap tu macam kau dah lupa siapa penyebab Mina mati."

Sun terdiam. Wajahnya ditundukkan seraya menarik nafas untuk menenangkan diri.

"Aku yang bunuh dia, dan Seok mati sebab aku gagal selamatkan dia. Kau tak boleh nak nafikan kenyataan tu."

.....

"Rin.. Tolonglah.."

"Kau taknak percaya aku Han? Aku hampir mati tau!"

Han termati kata. Dia bukan taknak percaya Rin. Namun dakwaan Rin terlalu melampau baginya.

"Dia nak bunuh aku, Han. Kawan-kawan kau.. semua nak bunuh aku!"

"Rin stop! Cukup! Kau boleh gunakan aku, tapi kalau kau nak fitnah kawan-kawan aku. Aku takkan terima!"tegas Han di tutur katanya.

TBC

Lol chapter ni pendek banget.

𝐀𝐍𝐈𝐌𝐀𝐋 𝐊𝐈𝐍𝐆𝐃𝐎𝐌Where stories live. Discover now