𝟐

143 44 133
                                    

"KAU NI MEMANG TAKDE PERASAAN KE?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU NI MEMANG TAKDE PERASAAN KE?"

Mengamuk Sun. Boleh pulak Mamat poyo bernama Han ni selamba badak je hisap pod. Dihembusnya asap di hadapan mereka dengan muka poker face.

Seok dan Jung cuma mendiamkan diri. Kai pula seolah-olah tak peduli.

"Aku dah kunci rapat-rapat setiap pintu gril. Buat masa ni, tingkat 2,3 dan 4 selamat. Tapi aku sarankan kita semua duduk kat tingkat 4 je."

"Ok, aku nak bilik sana."

Han dan Kai berbual-bual tanpa memperdulikan Sun yang sedang berapi.

"Sudahlah, tak guna jugak bertekak dengan diorang. Diorang takkan dengar punya."

Sun berpaling ke arah suara rendah yang halus tu. Teh, mula mengambil satu persatu stok makanan untuk diletakkan di dalam sebuah bilik.

Rin mengusap bahu Sun lembut. Cuba mengangkat tubuh kecil molek Sun, membawanya jauh daripada semua lelaki di situ.

"Sun, sabar ye? Aku faham perasaan kau sekarang ni. Tapi kita takde pilihan dah. Tenang je ok?"

Takde pilihan? Sun tak puas hati dengan kata-kata Rin tapi dia lebih memilih untuk mendiamkan diri saja.

Air mata yang gugur, disapu dengan hujung lengan baju. Sun cuba kuat. Walaupun tanpa Mina di sisi.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik komputer yang berada di tingkat 4. Sebelum masuk, mereka berselisih dengan Jung.

"Sorry" bisik Jung pendek tanpa menoleh langsung ke arah Sun dan Rin.

"Kenapa dengan dia?"

Rin tidak menjawab, sebaliknya membuka tingkap-tingkap yang tertutup. Terbatuk kejap kerana habuk yang berterbangan daripada langsir.

"Sun, kau boleh tolong aku check line kat sini tak?"

Mendengar permintaan Rin, Sun teringat akan phonenya. Phonenya dikeluarkan daripada poket baju dan dinyalakan.

Tapi bar line dia menunjukkan tanda pangkah.

"Takdelah Rin..."

Rin kelihatan kusut namun masih cuba tenang. Dia membuka satu persatu komputer yang ada.

Tapi tak berguna.

"Kita tak boleh hubungi sesiapa kat sini..."

Rin menekan butang shut down bagi setiap komputer. Mencabut satu persatu suis yang terpasang.

"Kita kena bagitau diorang, tempat ni pun tak selamat."

Sun hanya terpinga-pinga. Dia langsung tak faham apa yang Rin cuba sampaikan. Namun dia mengikut sahaja.

"Han, kat sini.. "

Belum sempat Rin menjelaskan apa-apa, dia dicelah boleh Kai

"Aku rasa kita mampu berteduh kat sini selama beberapa hari sebelum kita cari tempat lain."

𝐀𝐍𝐈𝐌𝐀𝐋 𝐊𝐈𝐍𝐆𝐃𝐎𝐌Where stories live. Discover now