"Ada pasangan amik aku jadi anak angkat.."Penjelasan yang pendek, namun kata-kata Kai berjaya mendapatkan perhatian aku daripada terus bermain bola.
Kedua-dua belah tanganku ditepuk memberi reaksi gembira namun hanya cuma mendapat balasan yang dingin. Tiada riak muka gembira dari wajah Kai.
"Alah.. Kenapa ni? Tak suka ke kena adopt, Kai?"
Kai menggeleng. Sejak dia dikhabarkan oleh abeoji yang dia telah diambil sebagai anak angkat, dia berasa tak senang duduk.
Sejujurnya, aku tak faham kenapa Kai tak suka kena adopt. Kena adopt la best, dapat family sendiri. Pendidikan terjamin, dapat rasa balik kasih sayang parents yang dah lama tak dapat. Ye tak?
Cuma aku terfikir la jugak. Siapa yang adopt dia?
Otak lembab aku tak mampu nak ingat dengan baik. Mungkin sebab kelembapan minda aku ni lah, takde nak adopt aku. :)
......
Tahun berganti tahun, bilangan anak yatim di HOPE orphancare semakin sedikit.
Yup, ramai yang dah kena adopt, tapi masih ada yang tidak bernasib baik. Macam aku.
Aku sentiasa menunggu mana-mana pasangan untuk mengambil aku menjadi anak mereka. Namun sayangnya, umur aku dah sampai limit.
Nobody gonna take 18 years old orphan as their adopted child.
Aku akur. Maybe aku takde tuah untuk merasai nikmat kasih sayang parents.
Kebanyakan anak-anak yatim yang ditempatkan di sini, majoriti dah diambil oleh keluarga angkat mereka. Sedih, cemburu, marah.. Tapi tak mampu dinafikan, mereka layak mendapat kasih sayang keluarga sebenar.
Sejujurnya... Aku rasa sunyi dan sedih. Tapi di sini aku ada abeoji... Ada adik-adik yang aku tolong jaga. Daripada bayi yang selalu kena tukar lampin sampailah adik-adik aktif yang selalu tersangkut kat batang pokok.
Ya, aku masih di sini. Tetapi hanyalah untuk meringankan beban abeoji. Menjaga saki baki anak-anak yatim yang belum diadopt dan yang belum ditukar ke rumah anak yatim yang lain.
Kalau diikutkan, sepatutnya HOPE orphanage ni dah ditutup sebab masalah kewangan dan kekurangan staff. Hampir setiap tahun, aku akan nampak ramai staff akan keluar, sebab? Abeoji tak dapat bayar gaji mereka.
Kiranya, aku stay kat HOPE orphanage ni.. sebagai kuli jelah. Hahaha. Boleh la daripada takde. Kalau aku keluar pun, aku tak tau gak mana nak pergi. Takut-takut kalau aku terjah bandar suka hati kang tiba-tiba kena culik jadi... Gigolo? Entah la, Kai yang cakap kat aku dulu. Aku tak tau pun gigolo tu natang apa. Mungkin maksud dia diculik jadi monyet? Nama pun macam monyet.
Adakalanya Teh akan datang, bawak mainan untuk adik-adik. Kadang-kadang dia akan stay lama sikit, padahal banyak je tempat dia boleh pergi.
Yelah kan? Teh boleh je pergi Paris ke... Tokyo ke.. Amerika ke nak luang masa cuti dia tapi dia datang gak sini. Kadang-kadang adik-adik kat sini suka usik Teh tapi Teh tak marah. Dia redha je. Walaupun adik-adik main gelongsor belakang badan dia time dia duduk, curi serbuk teh dia untuk main masak-masak, main rambut dia masa dia dye rambut warna mint.. Teh tak marah. Mantap.
Cuma aku perasan Teh selalu sangat masuk office abeoji. Boleh tahan serious gak perbincangan antara Teh ngan Abeoji. Cuma aku tak faham sangat apa yang dorang cakap. Iyalah, aku ni lembab sikit. Mana faham sangat frasa orang dewasa ni.
Kadang-kadang aku serba salah, kalau aku bijak sikit. Mesti aku boleh tolong dorang. Tapi apakan daya, aku ni bodoh. Belajar pun tak habis. Abeoji tak dapat bayar yuran sekolah aku, jadi aku terpaksa berhenti belajar.
Aku cemburu, Teh, Kai, Han dan Jung semua dapat nikmat belajar. Dah la dapat kena adopt, family kaya, dapat sambung belajar. Aku sorang je yang ketinggalan.
Dunia ni, adil ke untuk aku?
.....
"Maaf Seok, tapi Abeoji rasa... Sampai sini jelah kamu boleh tinggal sini. Kamu terpaksa pergi" ucap Abeoji dengan nada yang sedih.
Hampir luruh jantung aku bila dengar pengumuman Abeoji. Tapi kenapa? Bukan ke HOPE orphanage berjaya survive bertahun-tahun walaupun dalam krisis ekonomi ni?
Adakah sampai sini je limitnya?
"Abeoji dah tak mampu, Seok. Lihatlah adik-adik kamu. Kesian.. Mereka tak cukup makan, tak dapat belajar macam kanak-kanak lain di luar sana. Abeoji dah gagalkan mereka.."ujar Abeoji sedih. Tatapannya sayu melihat anak-anak kecil jagaannya kurus-kering, berpakaian lusuh. Tidak sama lagi seperti mana keadaan anak-anak jagaannya sebelum ini.
Aku terdiam. Memang betul cakap Abeoji. Kesihatan adik-adik semua semakin merosot kebelakangan ni. Wajah mereka pucat lesi. Tidak lagi aktif seperti dulu. Memang wajarlah kerisauan Abeoji.
"Tapi... Macam mana dengan Abeoji?"tanyaku. Sekiranya HOPE orphanage ditutup, bagaimana dengan nasib Abeoji? Abeoji menghabiskan masa yang lama untuk kami, anak-anak yatim HOPE orphanage. Takkan dibiarkan begitu saja?
"Macam yang Abeoji cakap tadi, Abeoji akan tutup tempat ni. Tiba masanya untuk Abeoji bersara.."
Abeoji tersenyum, kelat.
Aku tau, keputusan ni tak mudah untuk Abeoji.
Dan untuk aku sendiri.
......
"Maaf la Kai, susah susah je kau tumpangkan aku"
Kai mengendahkan aku, sebaliknya perhatiannya beralih ke dapur sebaik sahaja kami terbau sesuatu yang hangit.
"Ish, aku lupa tutup sandwich maker rupanya. Nasib baik tak terbakar." Kai mengeluh. Namun isi sandwich maker tu of course la, roti bakar yang hitam legam.
"HAHHAAAHAHA apa la kau ni Kai, boleh ye kau lupa tutup api sebelum keluar rumah?"
Kai berdengus, kurang senang bila aku mengertawakannya. Ala member biasalah. Bila ada masalah, gelak dulu baru tolong.
Camtu la kan?
"Kau buat je macam rumah sendiri, aku pun bosan duduk sorang kat rumah ni. Orang-orang tua tu bagi je apa aku nak tapi tulah selalu sangat tinggal aku. Macam takde function amik anak angkat. Aku rasa macam dah jadi sugar baby tapi versi halal."
"Sugar.. baby? Natang apa tu Kai?" Dahi aku berkerut dengar bebelan Kai yang panjang lebar. Tambah perkataan pelik pulak tu. Sugar baby tu.... Bayi bergula ke atau peribahasa baru baby dan gula-gula?
"Hmmm sugar baby tu cam.. ALAH KAU BACA JELAH DICTIONARY KAT RAK BUKU TU!"
Eleh dia yang perkenalkan perkataan baru, dia yang taknak explain.
.....
End Sequel : Seok Part 1
Hi guys Snow kembali kejap, dah 3 tahun berlalu tak siap2 lagi full story citer ni haha. Senarnya snow tak puas hati ngan ending sebenar story ni, korang mesti tau kan ilham asal story ni drpd mimpi snow sendiri yang kadang-kadang kabur jelas kabur jelas tu. Actually Snow dah siap habis storyline tapi tulah rasa geram pulak ngan plot dia tu pasal malas tulis tu haha.
Snow rindu senarnya time era excitement nak menulis walaupun tak pakar sangat cam author2 lain. Kadang-kadang geram ngan penulisan sendiri sbb apa yang ditulis tak sampai sangat macam apa yang snow bebetul nampak kat mimpi. Tapi takpelah, snow menulis pun sbb nak have fun. Pendam dalam rasa sakit pulak.
Actually chapter ni more pada POV arwah Seok sebelum meninggal and honestly, POV Seok agak confusing sbb dia hmm nesen + dumb.
Anyway tq yg still baca sampai bawah ni. Haha rindu la zaman aktif wasap. ")
Snow harap boleh update sampai habis terus citer ni even snow tak suka ending dia haha.
YOU ARE READING
𝐀𝐍𝐈𝐌𝐀𝐋 𝐊𝐈𝐍𝐆𝐃𝐎𝐌
HorrorYou had two choice, " alive or dead " Start : 28 NOV 2020 End : 🚫 NO PLAGIARISM! Thanks sbb support citer ni even cuma bermula drpd status wasap. 🥺💜