𝟏

271 61 141
                                    

Program Majlis Akhir Tahun Yang diadakan oleh Kolej Komuniti Teknologi Korea melabuhkan tirainya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Program Majlis Akhir Tahun Yang diadakan oleh Kolej Komuniti Teknologi Korea melabuhkan tirainya. Semua pelajar mula kelihatan galak kerana berakhirnya pengajaran semester mereka.

Mungkin. Beberapa orang daripada mereka tetap perlu masuk semester depan sebab gagal ujian.

"Mina! Jom, aku dah tak sabar nak balik. Mesti omma aku dah siapkan masakan sedap-sedap untuk aku. Palii!"

Salah seorang daripada gadis kolej itu kelihatan tidak sabar sambil menarik sahabatnya yang bernama Mina itu.

"Sabarlah Sun, slow slow sudah la. Kau nak cabut lengan aku ke apa."

"Lambat nanti tertinggal bass!"

20 minit mengemas bilik, Sun menarik bagasi dia. Amboi tak sabar.

"Eh? Kau nak bawak bagasi pergi mana tu?"

"Aku nak letak kat pondok guard kat depan tu."

"Awalnya, kot ye pun tunggu la aku jugak. Lagipun kita bukan nak balik terus lagi, kita kan nak pergi makan kat cafe nanti. Kot ye pun sabar la dulu.. "

Mengendahkan kata-kata yang keluar daripada mulut Mina, Sun terus keluar daripada bilik dan terus menuju ke pondok guard.

Walaupun namanya pondok guard, keluasannya bersamaan dengan stesen bas.

Melihat ada tempat kosong di salah satu kerusi, Sun terus meletakkan bagasinya di situ.

"Wokey! Satu tugas dah siap~ Nanti boleh la aku nikmati makanan dengan aman~" Sun bermonolog.

Fikirnya kalau dah letak bagasi awal-awal kat pondok guard tak perlulah dia berlari ambil bagasi turun bawah bila bas datang awal.

Tapi masalahnya bas datang lambat lagi, hmmm Sun ni..

Tanpa Sun sedar, ada iris mata yang meliriknya tanpa jemu. Iris mata itu hanya fokus melihat ke arahnya.

"Hey"

Sun berpaling. Iris mata coklatnya bertembung dengan iris mata yang dingin itu. Tanpa sedar sebarang kedinginan daripada lirikan itu, Sun terus bersuara,

"Tolong jaga bagasi aku boleh?"

Pemuda dengan iris dingin tu smirk. Sedar betapa polosnya gadis di depannya.

"Hati-hati. Dalam dunia ni, terlalu banyak penipuan dan kekejaman. Mereka menunggu mangsa saja." dia berkata membelakangi Sun

"Jadi... Apa maksudnya?" Sun yang bingung hanya mampu berkerut tapi dia tidak mendapat jawapan daripada soalannya.

Sebab Sun rasa awkward sangat, dia bertindak untuk meninggalkan saja pemuda itu sendiri.

Langkah Sun laju menuju ke cafe. Smartphonenya diambil, menghubungi sahabatnya yang sudah berada di sana.

𝐀𝐍𝐈𝐌𝐀𝐋 𝐊𝐈𝐍𝐆𝐃𝐎𝐌Where stories live. Discover now