𝟕

68 13 10
                                    

"KLAKK"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KLAKK"

Pintu kayu yang hampir mereput itu dibuka perlahan. Ruang di dalamnya diperiksa sejenak, penuh dengan beberapa buah kotak yang tersusun rapi.

"Pasti ia ada di dalam bilik ni.."

Han memulakan langkahnya dengan menggeledah sebuah kotak yang pertama. Dia terbatuk-batuk kejap apabila habuk yang berasal dari kotak itu mula terbang keluar.

Kotak pertama, berisi dokumen penting bagi pusat anak yatim. Dokumen itu dilempar satu-persatu tanpa rasa berminat. Bukan dokumen itu yang dia tercari-cari.

"Jangan buang dokumen sesuka hati, Han. Nanti letih aku nak kemas balik."

Teh mengeluh. Setiap bilik yang Han geledah mesti bersepah. Tapi dia bukan reti nak kemaskan balik. Terpaksalah Teh kemaskan kesemuanya seorang diri

"Aku tak suruh kau kemas pun. Tak perlu susahkan diri."

Jawapan bersahaja Han menyebabkan Teh menarik nafas dalam-dalam. Cuba bersabar dengan sikap Han sekarang. Bagi Teh, kalau tempat dah bersepah lagilah susah nak cari benda yang dicarikan tu.

Sudah beberapa minggu mereka menggeledah setiap bilik di dalam bangunan rumah anak yatim itu. Hasilnya ,mereka menjumpai banyak barang yang berguna seperti generator, kit bantuan kecemasan, bateri dan beberapa item lain.

Namun ternyata bukan itu tujuan asal Han. Setiap kali mereka menjumpai barang-barang tu, Han akan beredar terlebih dahulu dengan reaksi yang kosong. Perlakuannya sudah tentu membingungkan Teh, Jung dan Kai.

...

Sun mengintip kawasan kaki lima luar biliknya. Setelah berjaya memastikan tiada sesiapa di sana, dia keluar secara berhati-hati.

Tujuannya keluar ialah untuk mengisi air yang sudah habis dalam biliknya. Botol bersaiz 1.5 liter di dadanya dipeluk kemas sementara tangan tangannya memegang lilin.

Dari tingkat 3 ke tingkat 2, Sun berhenti seketika. Anak mata fokus merenung satu daun pintu. Bilik Rin dan Han.

Timbul rasa kesal dalam hati Sun apabila teringat kes beberapa hari lepas. Rin menuduhnya cuba melukainya dengan sebilah pisau. Padahal pada waktu itu Sun cuma memegang pisau hanya untuk menyiapkan makanan untuk mereka berenam.

Akibat tuduhan Rin, Han menahannya bersama dengan Rin lagi. Malah Han juga melarangnya bergerak secara sendirian.

Sun dapat merasakan yang Rin sengaja, kerana Rin smirk sebaik sahaja dia dimarahi Han. Kalau bukan sebab Rin sarat mengandung, mau ditendangnya dia sebab fitnah orang sukati.

Bunyi derapan kaki seseorang menyedarkan Sun daripada terus flashback. Dengan pantas, dia turun ke tingkat 1 iaitu tingkat yang mempunyai destinasinya, dapur.

Lilin yang dipegangnya sejak tadi diletakkan di atas meja. Botol airnya diisi dengan cermat. Dia sempat menoleh kawasan sekelilingnya. Mana tau ada sesiapa lalu.

𝐀𝐍𝐈𝐌𝐀𝐋 𝐊𝐈𝐍𝐆𝐃𝐎𝐌Where stories live. Discover now