𝟗

23 2 1
                                    

Sun bingung, tak silap tadi dia ada dalam bilik tingkat 3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sun bingung, tak silap tadi dia ada dalam bilik tingkat 3. Terperangkap dan tersedut asap. Tapi kenapa dia ada di luar?

"Kau ni degillah Sun, aku dah cakap kan dulu.. Tulah lain kali bila aku cakap, dengar betul-betul."

"Suara ni... Tak mungkin.." getus hati Sun. Baginya pemilik suara ni tak sepatutnya ada di sini.

"Mi.. Mina??"

Gadis berfigure kecil molek seperti Sun itu mula menggelengkan kepalanya. Seolah-olah hairan.

"Kau dah kenapa Sun? Dah la tadi menggumam dalam tidur. Demam ke?"

Gadis itu meletakkan tangannya di dahi Sun. Sun membulatkan matanya tidak percaya. Biar betul Mina ada depan mata dia ni. Bukan ke Mina dah mati jadi zombi?

Seluruh badan Sun menggigil. Tak semena-mena dia terus memeluk tubuh Mina. Melepaskan segala rasa rindu dan bersalah yang dia rasai selama ni.

"Mina... Aku minta maaf Mina.. Aku minta maaf..."

"Ehh?? Kenapa ni???"

Mina menolak balik pelukan Sun. Sun menyeka air matanya sendiri. Masih tidak percaya dengan Mina di hadapannya. Sihat,  hidup dan tidak menakutkan.

"Mina... Aku rasa aku mimpi buruk.."

"Mimpi buruk??"

"Haah.. Aku mimpi kau jadi zombi... Lepas tu kau cuba nak terkam aku..."

Riak wajah Mina berubah seketika. Wajah Sun yang basah dengan air mata itu ditenung. Namun akhirnya, Mina tersenyum.

Dengan senyuman yang mencurigakan.

"Kau nak tau Sun?"

Mina mengusap bahu Sun yang menyeka air matanya sendiri. Mengangkat dagu Sun supaya melihat ke arahnya.

"Mimpi kau tu... Ada yang betul, ada yang salah.."

"Huh??"

"Yang betul, aku memang dah jadi zombie.."

Sebaik sahaja Mina mengungkapkan ayat itu, isi kepalanya pecah dengan sendiri. Hancur seolah-olah dihentak oleh sesuatu yang keras.

"ARGHHHHHHH!!! MINAAAA!!!!"

Sun menjerit ketakutan. Darah dari kepala Mina memercik keluar membuat Sun terduduk.

"Kau takut ke Sun? Kau takut aku?" Tanya Mina sambil mendukung ususnya sendiri yang terkeluar daripada perut.

"PERGIIII JANGAN DEKAT!!"Sun berteriak takut. Dia cuba melarikan diri tapi kakinya membatu, tak mampu bergerak.

"Aku jaga kau sepanjang kita berkawan... Camni kau balas aku Sun..?" Mina mengungkit, kesal dengan tindakan Sun yang ingin menghalaunya. Terasa sakit hatinya walaupun hatinya sudah dirobek.

Wajah dan tubuh Mina kembali menjadi yang asal kembali. Tiada lagi kepala yang memercik darah dan usus yang keluar seperti tadi. Namun tanpa ampun, dia menarik Sun yang membatu sejak tadi ke suatu lembah curam.

"Mi... Mina kau nak buat apa ni-?"

"Pergilah Sun...masa kau belum sampai...."

Itulah kata-kata terakhir Mina, sebelum dia menolak Sun jatuh ke gaung yang gelap dan dalam.

Tetapi semakin Sun jatuh, semakin cerah persekitarannya. Jangka masa Sun jatuh itu agak lama. Seolah-olah Sun jatuh dari langit keempat.

"PRANG!!"

Bunyi tingkap yang pecah dapat didengari dengan jelas walaupun Sun merasakan dunianya masih pudar.

Kemas, hangat dan lembut.. Apakah ni?

"JUNG!! KAU OKEY??"

Suara panik dan derapan tapak kaki Teh, kedengaran samar-samar.

"Aku... Kat mana?" fikir Sun. Kontras dengan apa yang dia dengar, penglihatannya malah gelap dan kabur.

Jeritan Kai dan Teh, dapat didengar dengan jelas namun badannya kaku dan lemas.

Sebelum Sun mampu merungkaikan apa yang telah berlaku, tubuhnya sudah dirangkul seseorang yang kedengaran panik.

"Sun sedarlah.."

Bahunya ditepuk berkali-kali, menunggu sebarang respon positif sebelum CPR dilakukan.

....

"Sayang betul..." Han hanya mampu merungut melihat bangunan yang pernah menjadi tempat tinggalnya hangus terbakar.

Pandangannya beralih kepada kumpulan kecilnya. Seorang mengandung dan melecur ringan, manakala seorang lagi melecur teruk.

Sejak keluar, Rin sering mengadu sakit asbab lecur tu walaupun sudah diberi rawatan oleh Teh. Kedengaran mengada tapi lecuran tahap 1 memang selalunya akan terasa sangat sakit.

Lecuran kemerahan di tubuh Rin kelihatan tidak menyakitkan berbanding dengan kecederaan di tubuh Jung.

Kecederaannya kelihatan amat jelas memandangkan warna kulitnya yang asalnya amat cerah kini mempunyai bahagian kulit yang hitam terbakar.

Namun begitu, Jung tidak menunjukkan reaksi kesakitan sama sekali. Mungkin sel saraf kulitnya sudah rosak terbakar. Orang lain pulak yang macam rasa sakit dia terutamanya Kai, Sun dan Teh yang merawat luka dia.

"Sure ni kau tak rasa sakit?" tanya Teh lagi buat kali ke-11. Susah nak percaya.

"Tak, rasa geli-geli je. Dah siap belum?" jawab Jung selamba menunggu Teh selesai merawatnya.

Teh menggeleng-geleng. Lepas satu, satu lagi masalah datang. Hatinya luluh melihat keadaan tubuh Jung yang parah, meskipun Jung berulang kali meyakinkan yang dia okey dengan menepuk luka lecurnya. Tapi masalahnya mereka yang rasa sakit tengok. 

"Atleast kau tak mati Jung, aku dah cukup bersyukur"

𝐀𝐍𝐈𝐌𝐀𝐋 𝐊𝐈𝐍𝐆𝐃𝐎𝐌Where stories live. Discover now