Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sun terbangun dari tidurnya. Terasa aneh kenapa terasa bahang panas melampau sejak tadi.
Terfikir juga dia untuk mengintip keluar melihat apa yang berlaku. Namun dia telah diberi amaran oleh Kai untuk tidak keluar daripada bilik sehinggalah tiba pagi keesokannya.
Katanya tak mahu Han mengamuk lagi kalau ternampak Sun berkeliaran. Sun terpaksa akur.
"Kenapa panas sangat ni?"keluh Sun sambil mengipas-ngipas dirinya.
Dia meneguk air yang terletak di sebelah katilnya. Namun bahang panas masih terasa.
"Tok tok tok"
Pintu bilik Sun diketuk cepat.
"Siapa tu?"
Sun bertanya namun tiada balasan daripada seseorang di luar.
Saat kakinya menyentuh lantai, bahang panas dari lantai mengejutkan dirinya sendiri.
"Dah kenapa ni? Takkan lah... "
Kasut miliknya di hujung katil diambil, disarungkan ke kaki. Sekurang-kurangnya bahang panas di lantai berkurang sedikit.
Bunyi ketukan di pintu terhenti. Meragukan fikiran Sun.
Batang kayu di tepi pintu dipaut. Dia perlu bersedia takut itu bukan orang.
Tanpa sabar, Sun membuka pintu biliknya dengan cepat.
Tiada orang di koridor biliknya.
Namun dia sedar akan sesuatu.
Bahang panas dan asap.
"Bangunan ni.. Terbakar?"
Sun panik. Asap yang semakin tebal memaksanya masuk ke dalam biliknya kembali.
"Macam mana ni?!"
...
"Rin! Bangun Rin!"
Han menggoncangkan tubuh Rin yang terbaring di pangkuannya. Masih tak sedarkan diri. Mungkin tersedut asap ataupun kes lain.
Dengan bantuan Teh, Han berjaya mengeluarkan Rin daripada bilik yang terbakar tu.
Han membawa Rin ke tangga dan membuat CPR. Tubuh Rin mula merespon dan mula bernafas kembali secara perlahan.
Teh pula cuba memadamkan api yang semakin marak namun gagal kerana ia merebak dengan cepat.
"TEH KAU BUAT APA TU? KELUAR LA PANDAI! KAU NAK MATI KE PERGI MAIN NGAN API?!" Han menengking Teh yang tampak begitu yakin nak memadamkan api yang sudah marak.
Tersedak kejap Teh kena tengking ngan Han buat kali kedua.
Namun kata-kata Han benar, dia tak mampu nak padamkan api. Maka dia pun keluar dan cuba menolong Han mengangkat Rin.