Hazrina Syareena. Berjalan menuju ke kafe yang sentiasa menjadi kegemarannya dan Haziq kerana di situlah tempat yang menyatukan mereka berdua. Hazrina sudah tidak sabar untuk bertemu dengan kekasih hatinya setelah berbulan tidak bersua akibat komitmen kerja masing-masing. Hazrina di Selatan manakala Haziq di Utara.
Hazrina melangkah masuk ke kafe dengan ceria dan duduk di meja yang sering di duduki mereka.
"Maaf saya lambat".
Hazrina berpaling ke arah suara yang cukup dirinduinya. Namun, senyuman itu terhenti apabila melihat Haziq bersama seorang wanita yang cukup dikenalinya. Aina Dalila. Sahabat baik Hazrina sejak di bangku sekolah.Haziq dan Aina terus duduk setelah dipelawa oleh Hazrina.
"Hazrina sihat? Macam mana kerja di ibu kota?"
sapa Aina dengan mesra.
"Macam mana Aina boleh ada dengan awak Haziq?"
soal Hazrina tanpa menghiraukan pertanyaan Aina."Sebenarnya kami ingin berterus terang dengan awak Hazrina. Kami berdua akan melangsungkan perkahwinan minggu depan"
Pipi Hazrina sudah dihujani air mata.
"Apa yang awak merepek ni Haziq?! Bukankah sepatutnya awak hantar rombongan untuk meminang saya minggu depan? Apa semua ni Aina?!"
Tanya Hazrina yang sudah hilang sabar."Sebenarnya dah lama saya sedar cinta saya pada awak sudah lama padam. Sejak awak sibuk dengan kerjaya awak di sana saya, Aina menjadi peneman saya di sini. Mana awak? Tak habis-habis dengan kerja sehingga abaikan saya. Jadi saya putuskan untuk berkahwin dengan Aina"
Tergamam. Hazrina akui dia kian mengabaikan Haziq sejak dia bekerja di sana. Namun, dia tidak menyangka Haziq mampu bertindak sedemikian kerana dia sentiasa yakin Haziq cuma cintakan Hazrina seorang.
"Awak tengah bergurau kan Haziq? Aina? Jangan la macam ni, birthday saya bulan depan lahhhh.. Jangan la surprise prank saya macam ni.."Rayu Hazrina yang masih tidak mampu menerima kenyataan. Lambat laun Aina meletakkan kad jemputan perkahwinan yang tertera nama Haziq Syahmi & Aina Dalila di atas meja. Hazrina merampas kad tersebut sambil meneliti apa yang ditulis. Perlahan-lahan air mata Hazrina mengalir kembali sambil kepalanya digelengkan. Hatinya bagai disiat sahabat baiknya sendiri kerana ingin merampas kekasih hatinya.
"Sampai hati kau Aina. Aku kecewa dengan kau. Aku anggap kau sahabat aku dunia akhirat tapi ini yang kau balas?! Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku? Kau tak boleh tengok aku bahagia ke?"
Luah Hazrina kecewa kerana persahabatan yang telah terbina sejak tingkatan 2 musnah begitu saja dengan pengkhianatan ini. Hazrina merasa seolah-olah persahabatan itu dipermainkan. Percintaan yang terjalin selama 9 tahun juga hancur.
" Maafkan aku Hazrina, mungkin jodoh kau bukan dengan Haziq"
"Wowwww, yakinnya kau yang aku ni bukan jodoh Haziq. So kau lah perempuan yang kononnya jodoh Haziq tu?!"
Balas Hazrina dengan nada yang kasar.
"Sudah Hazrina, sudah ditakdirkan yang kita tiada jodoh bersama. Saya tetap akan kahwin dengan Aina walau apa pun yang terjadi"Hazrina mendengus kasar.
"Mulai dari saat ini, aku tak ada sahabat yang bernama Aina Dalila. Dan mulai saat ini, Haziq Syahmi dah mati dalam kamus hidup aku."
Hazrina terus melangkah keluar dari Kafe Kopi kegemarannya yang mungkin menjadikan itu kali terakhir dia menjejakkan kaki di sana. Aina menyimpan senyuman.
YOU ARE READING
Kembalikan Senyuman Itu
RomanceThis is going to be my first ever short story :) please forgive me for all the flaws.. Feel free to vote & comment wise words for me to improve.. Thank you & happy reading! <3 NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mungkin tak...