30💜

67 25 10
                                    

"tak pe ke tinggal
Yoon sesorang tuh?"

Jimin bertanya semasa memasuki kereta.

"Hyung dah tanya. Dia cakap okay."

"Tapi risau la."

"Kita balik pukul berapa harini?"

"Ikut la manager suruh balik pukul berapa. Tapi tak rasa awal."

"Hmmm..tula. nak kene bawak dia tak?"

"Dia mana boleh tau...orang awam."

"Dah, dah... tak pe tak kupe kita berlatih cepat lepastu balik."

Selepas forum perbincangan tersbeut selesai, Suga memulakan pemanduannya ke tempat yang dituju.

------------------⏳⌛-----------------

7:00 pagi

Pn.Lee terjaga dari tidurnya.

Lebih awal, untuk membuat sarapan.

Dia melangkah ke bilik air sebelum menuju ke dapur untuk membersihkan diri.

8:15 pagi

Pn.Lee dan Tuan Lee menikmati sarapan dalam suasana yang sunyi.

Mereka cuba mengingati sesuatu. Masing-masing diam.

Joon-ah sudah lama berangkat ke sekolah.

"Chagi...Saya rasa saya mimpi Yoon..."

Tuan Lee yang menunduk senyap dari tadi memandang Pn.Lee dengan pandangan terkejut.

"Dekat pasar raya...tahun 2013 tu... sebelum kita pindah sini...dia --"

"Dia bawak Yoon balik dekat kita, waktu kita hilang Yoon dekat pasar raya tu."

Puan Lee menekup mulutnya terkejut, suaminya juga mimpi benda yang sama.

Air matanya mula jatuh. Sejak kehilangan Yoon...air mata Pn.Lee tak pernah tidak membasahi kelopak matanya.

Kalau dah dua orang mimpi benda yang sama...dia x rasa itu mimpi...

"Yoon minta maaf dekat saya, tapi saya tak kenal dia...isk..isk...isk..Chagi dia minta maaf...dia minta maaf dekat saya...."

Tuan Lee bergerak kearah isterinya yang sudah menangis teresak sambil mengetuk-ngetuk dadanya sendiri.

Rasa bersalah ya amat.

"Hajima.."

Tuan Lee menarik lengan isterinya supaya berhenti.

"Chagi dia cakap dia akan cari jalan balik.... kalau dia jumpa cara..isk..isk.."

"Araa.."

Tuan Lee tau kerana dirinya juga disitu semasa kejadian.

Pn.Lee menekup mukanya kebahu Tuan Lee.

Sudah 3 bulan sejak kehilangan Yoon.

Keluarga mereka menjadi sunyi. Selalunya yang banyak bersuara dan bercerita adalah Yoon.

Sejak dia hilang, keluarga itu jarang keluar ataupun bergembira.

Hidup seolah tiada warna.

Termasuk Joon.

-----------------⌛⏳------------------

*Ktang! Ktang!

"Uuuhhmm.."

Yoon menggeliat kecil lalu mengubah posisi baringannya disofa.

*Bam! Ktang! Bam!

"Uuhhmm.."

Seven hero'sWhere stories live. Discover now