2💜

82 34 8
                                        

Yoon-ah berlari jauh dari bandar tanpa ada arah tujuan. Yang pasti dia takkan balik kerumah atau pergi kesekolah.

Dia mula berjalan apabila sudah jauh dari sekolah dan rumahnya. Dia berjalan sambil mengusap belakang badannya. Sakit. GILA apa, kaca seramik terbang kat belakang badan.

Setelah beberapa minit berjalan dia tiba dikawasan hutan yang cantik. Dia memandang kawasan sekeliling, sunyi hanya bunyi burung Yang kedengaran. Dia mula melangkah masuk ke dalam hutan tersebut seperti ada yang mendorong.

Dia berjalan dan tersenyum keriangan apabila melihat burung-burung berterbangan dan berkicau.
Rasa macam dekat taman burung. Dia berjalan tanpa henti.

Dia memberhentikan langkahnya apabila matanya tertarik dengan satu kedai yang terletak cantik di tengah hutan itu.

Dia memberhentikan langkahnya apabila matanya tertarik dengan satu kedai yang terletak cantik di tengah hutan itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Magic..shop?"

Dia membuka pintu kedai antik tersebut.

Kring! Kring!
( diam! orang x pandai buat sound effect 😆)

Loceng pintu kedai berbunyi menandakan orang memasuki kedai.

"Annyeong. Ada orang tak?"

"Hi there~"

Yoon memandang ke arah kaunter yang berhadapan dengannya.

"Ni kedai apa ya nek?"

"Ouh, Lee Yoon-ah, mari ke sini nak..."

Yoon-ah terpaku sesaat apabila nenek yang menjaga kaunter tersebut tahu namanya.

"Mari sini, jangan terkejut sangat, tutup mulut tu nanti ada yang masuk...nek sudah lama perhatikan kamu...Lee yeon-ah."

Yoon-ah menapak ke arah Nenek tersebut.

"Kenapa kamu dilayan sebegitu... kamu layak mempunyai keluarga yang lebih baik. Kamu mahu ahli keluarga yang baharu?"

Yoon tidak memberi riaksi tetapi hanya membisu dan tekun akan perkataan yang dikeluarkan nenek tersebut.

"Kamu nak di sayangi?"

Perlahan kepala Yoon mengangguk.

"Kamu nak Omma Appa yang boleh dengar masalah kamu?"

Dia mengangguk lagi.

"Nak adik yang baik dan hormat kamu?"

Dia mengangguk.

"Mudah sahaja. Nek boleh tunaikan...tapi....mesti dibayar."

Yoon memandang nenek tersebut..dia meraba poketnya..kosong.

"Mianheyo..saya tak de duit.."

Nenek misteri tersebut menggelengkan kepalanya.

"Nek tak cakap nek nak duit kamu."

Jari runcing nenek tersebut tepat mengghala kearah rantai lehernya.

Seven hero'sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang