21-The Baby

1.3K 51 3
                                    

Beberapa bulan kemudian,

Kini, kandungan ku sudah berusia 5 bulan. Dah nampak lah sikit perut besar tu. And i still go to school.

And, the baby is a girl.

Bulan lepas baru boleh tahu jantina. Hehe.

Harini, lepas je balik sekolah, Daniel terus ke pejabat. Katanya, ada urusan dengan papa. Mama pulak dah pergi butik. So, aku duduk kat rumah sorang-sorang dengan Mak Senah dan pemandu peribadi keluarga itu yang kebetulan berehat di rumah itu sementara menunggu masa untuk menjemput papa, Daniel dan mama balik ke rumah.

Aku menutup majalah yang dibaca sebentar tadi dan meletakkannya ke atas meja kaca yang ada di ruang tamu itu.

"Bosan, bosan, bosan!".

Aku menggosok perut ku itu dan berkata-kata dengan bayi yang ada di dalam situ,

"Nak pergi dekat ayah tak? Ibu bosan lah, jom pergi pejabat ayah".

Aku bangun daripada sofa yang ku duduki itu lalu bergerak ke atas (bilik) untuk menukar baju.

...

"Pak Man, boleh tolong hantarkan Bunga pergi pejabat tak?".

"Boleh, Bunga. Takde masalah. Jom!".

Semangat betul Pak Man ni.

Pak Man ni lah pemandu peribadi keluarga Daniel ni.

Aku masuk ke tempat duduk penumpang di bahagian hadapan dan memakai tali pinggang keledar.

"Kenapa tak duduk kat belakang, Bunga? Selesa sikit". Tanya Pak Man sambil tangannya ligat memasukkan kunci ke dalam tempat kunci (?) untuk menghidupkan kereta.

"Takpela, Pak Man. Bunga selesa duduk sini".

"Yela, Bunga". Pak Man ketawa kecil.

...

"Ha, dah sampai".

Besar betul bangunan syarikat ni. Ni baru pertama kali aku datang sini.

"Nanti Bunga balik sekali dengan papa ngan Daniel".

"Okay, Bunga. Pak Man pergi dulu".

"Terima kasih, Pak Man".

"Sama-sama".

Dengan berakhirnya perbualan terakhir aku dan Pak Man itu, deruan kereta langsung pergi meninggalkan aku bersendirian di situ.

Aku berjalan masuk ke dalam bangunan yang amatlah tinggi itu. Tak pasti berapa tingkat, tapi tinggi lah.

Kaki ku meneruskan langkahnya ke arah meja receptionist (?) yang ada di situ.

"Ye, Cik. Nak jumpa siapa?".

"Saya nak jumpa, Daniel".

"Oh, cik ni siapa? Ada buat temuduga ke?".

"Erk, tak".

Alamak!
Kene buat appointment ke?

"Kalau macam tu, cik tunggu kat situ dulu ye. Sebab, Encik Daniel tengah ada meeting". Dia tersenyum dan menghalakan jarinya ke arah tempat duduk yang ada jauh di hadapannya itu.

"Okay, terima kasih".

receptionist point of view:

Asal macam pernah nampak erh, budak ni?
Siapa dia?
Kenapa tiba-tiba cari Encik Daniel?

end

bunga point of view:

Aku menunggu di situ selama hampir 1 jam sambil memegang perut ku dan mengusapnya.

[BOOK 1] BUNGA DAHLIA ||©Where stories live. Discover now