Aku Bunga. Umur 17 tahun. Aku merupakan seorang pelajar yang belajar di tahun akhir di sekolah swasta Daisy St. Fregrid. Sebenarnya, aku taklah sekaya tu sampai mampu nak sekolah dekat sekolah semahal tu, tapi semua tu berkat sifat baik daripada Auntie Julia dan Uncle Joe. Mereka yang tanggung aku sepanjang aku bersekolah dekat sekolah ni.
Siapa diorang tu?
Auntie Julia dan Uncle Joe, mereka semacam ibu dan ayah angkat ku. Mereka yang tanggung semua kos pendidikan aku sejak aku kecil lagi. Sejak ayah ku meninggal. Yes, ayah aku dah takde lama dah. Ibu? Allahamdulillah, ibu masih lagi ada. Ibu sekarang ni sedang mengusahakan rumah anak-anak yatim. And yes, aku tinggal dekat situ bersama-sama adik-adik (anak-anak yatim itu) dan ibu ku. Dan, aku anak tunggal.
Prestasi aku? Perangai aku?
Well, sekolah tu sekolah bagus kan? Mestilah aku kena buat yang terbaik. And i did my best. Masa aku tingkatan 3 dulu, i got straight A's for my exam.
Tapi susah nak akui, aku ni 'nerd' dekat sekolah. Buli? Tu aku dah anggap macam perkara biasa. But, its okay. Aku terima. Dah takdir kan?...
Aku memakai baju kemeja ku dan blazer putih ku lalu memakai tudung bawal putih. Dalam erti kata lain, aku bersiap-siap dan memakai uniform sekolah ku.
Aku turun untuk bersarapan di saat aku melihat adik-adik ku masih lagi tidur di ruang tamu.
Aku mengangkat kening ku.
Aku menuju ke dapur dan menemui ibu.
"Ibu, kenapa adik-adik tidur dekat ruang tamu?".
"Haih, Bunga ni. Macam tak tahu, adik-adik kamu tu kan suka tengok tv sampai lewat malam. Ibu dah nasihat dah. Diorang tak nak dengar". Ibu ku menjawab pertanyaan ku.
"Haah lah". Aku tersenyum sambil mengambil secawan kopi yang telah dihidangkan.
"Makan cepat, nanti tak sempat nak pergi sekolah".
"Oke, ibu".
...
Setelah habis waktu persekolahan, aku terus menaiki bas untuk ke rumah Auntie Julia. Katanya nak bincang sesuatu dengan aku dan ibu. Pergi jelah kan?
(author: i know it may be too early but, i wanna write it down from now on)
...
"Assalamualaikum". Aku memberi salam dan mengetuk pintu rumag banglo 3 tingkat itu.
Kaya kan keluarga diorang? Memang pon.
Auntie Julia merupakan seorang pereka fesyen terkenal manakal Uncle Joe bekerja sebagai pemilik atau CEO sebuah syarikat di Paris. Dia juga mempunyai cawangan di Malaysia tapi aku tak tahu lah siapa yang uruskan.
"Waalaikumusallam, Bunga. Masuklah, Ibu Yati ada kat dalam tu". Kata salah seorang pembantu rumah yang membuka pintu itu.
Memang semua orang panggil ibu aku dengan panggilan 'Ibu Yati' tu. Termasuk lah adik-adik aku di rumah. Ibu cakap, dia selesa kalau semua orang panggil dia macam tu.
Awalnya ibu sampai.
"Terima kasih Mak Senah". Aku kenal Mak Senah sebab dulu aku dah pernah datang sekali dekat sini. Having dinner, maybe? Entah, tak ingat dah.
Aku melangkah masuk ke dalam rumah itu dan melihat semua orang sedang duduk di ruang tamu, memandang ke arah ku.
"Bunga, meh duduk sebelah Auntie ni". Aku menggerakkan kaki ku lalu duduk di antara Auntie Julia dan ibu ku. Kepala ku tetap ku tundukkan.
YOU ARE READING
[BOOK 1] BUNGA DAHLIA ||©
Romansa[BUNGA DAHLIA The Series] Bunga Dahlia Isaac Daniel One of the cutest love story I've ever written. Apa lah nasib dia. Dikahwini di usia muda. Tambahan pula berkahwin dengan orang yang paling dibencinya. Eh, benci ke? Lama kelamaan, berputik juga...